Saya jatuh cinta lagi. Manfaatnya adalah saya dapat 'melupakan' Hani. Masalah yang sama jua dihadapi, iaitu bagaimana untuk 'melupakan' si dia pula?
Saya sudah mula bosan memikirkan tentang couple. Biarlah cinta itu sekadar untuk persahabatan. Motto 'single forever' bukan sesuatu yang baru beberapa tahun yang lalu. Motto itu, sememangnya ada something wrong. Bukanlah 'forever' itu yang ditekankan, cuma ia hanya satu istilah ekstrem terhadap cara hidup single. Itu adalah kisah lama, saya tidak berminat untuk menggunakan motto itu lagi.
Situasi couple yang terkongkong dan terhindar daripada sosial rakan-rakan kelihatan agak membosankan.
"Jika kamu couple, kamu tidak bosankah selalu keluar dengan pasangan kamu? Bagi saya, ia sesuatu yang membosankan."
Ayat ini yang boleh digambarkan pernah diquotekan oleh Blue Chelsea. Apa yang menarik dalam kes couple ini adalah kasih sayang. Persahabatan hebat jua dalam aspek kasih sayang, cuma mungkin kalah dari segi perkongsian.
"Best apa ramai kawan. Abaikan gosip yang tidak betul. Namanya pun tak betul, bukan? Kalau betul lainlah."
Ini sampukan saya apabila Blue Chelsea berasa kurang senang dengan gosip yang melabelkannya sebagai playgirl.
Dengan situasi saya yang berkontroversi dalam isu agama, ditambah pula 'bakal mertua' di Malaysia yang lazimnya bermazhab Sunni, berkemungkinan mereka tidak dapat menerima seorang menantu yang tidak bermazhab.
"Saya tidak bermazhab. Mungkin ini menjadi antara faktor cabaran bagi saya dalam memilih pasangan hidup." kata saya kepada beberapa kawan perempuan Thai beberapa bulan lepas.
Ini mungkin juga antara sebab kenapa Hani pernah menjadi target saya, kerana dia kelihatan tidak bermazhab.
Ada lelaki yang melihat isu couple ini untuk zina/rogol. Saya mengharapkan perempuan yang baik terselamat daripada jerat mereka. Hanya perempuan yang baik yang saya patut berkahwin. Ini perintah dalam al-Quran.
Berkawan dengan perempuan berniatkan untuk zina/rogol, mungkin itu bukan kasih sayang namanya, walau mungkin beribu wang yang dilaburkan, tetapi ia adalah nafsu. Dan lelaki sebegini, bukankah mereka sesuai untuk perempuan yang merelakan penzinaan demi wang pula? Bagai pinang dibelah dua.
Berkawan dengan perempuan berniatkan persahabatan atau perkahwinan, ini contoh yang baik. Mungkin ada perasaan cemburu apabila si dia berkawan dengan lelaki lain, namun apa yang lebih penting adalah niat si lelaki itu.
Mungkin ada juga lelaki yang berniat baik pada awalnya, kemudian dikuasai nafsu setelah mendekati zina, lalu terlanjur.
Al-Quran menyarankan lelaki dan perempuan saling berkenalan, bagaimana pula untuk saya menghalang si dia, mahupun bakal isteri saya, berkenalan dengan lelaki lain?
Apabila saya menulis tentang berkenalan, yang dimaksudkan adalah berkenalan, bukannya melakukan maksiat. Dan berkenalan itu bukan maksiat.
"Mari kita dapatkan four flat semester depan." kata saya kepada Fatim. Fatim, adalah kawan baru saya. Dia pernah bercita-cita untuk menjadi pilot, tetapi terhalang kerana faktor halangan pemakaian tudung kepada pilot wanita.
Menghalang wanita memakai tudung, tidak ubah seperti menghalang saya menulis tentang isu agama. Saya pernah mendapat ugutan bunuh, tulisan didelete, dilocked, dan sebagainya. Mendapat sumpah seranah itu perkara biasa.
Menulis di blog ini seolah-olah tinggal di rumah sendiri. Moderator mana yang mahu menghapuskan tulisan saya?
Mereka 'marah-marah' apabila saya cuba mengikut al-Quran. Bukankah mereka orang Islam?
"Hidup tidak bermakna tanpa persahabatan, dan persahabatan tidak bermakna tanpa keikhlasan."
Ini yang diqoutekan oleh Lynn di facebooknya tadi. Quote ini mungkin sesuai dengan coretan kali ini. Menurut facebooknya, dia baru saja mendapat boyfriend. Mungkin boyfriend baru.
Saya ucapkan salam kepada persahabatan. Hidup dan membesar di Malaysia yang disulami dengan campuran pengaruh Sunni dan liberal, berbeza pendapat dalam isu agama dengan para sahabat, sememangnya dijangka.
Kepada mereka yang menghargai persahabatan, mungkin mereka sedar bahawa friendship is priceless. Dan seperti yang diquotekan oleh Lynn, persahabatan mensyaratkan keikhlasan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment