Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu, lagu ini dipromosikan oleh Azureen Haris di Facebook, dia baru saja add facebook saya tadi. Dari quotenya; dia mendakwa bahawa lagu ni best, saya pun mendownloadnya, hm, boleh tahan.
Bila melayan lagu ini, saya terbayangkan seseorang. Oh, ini perkara biasa. Bila ada perasaan sayang, beginilah. Lagu ini memang sesuai bagi menggambarkan tentang kasih sayang dari sudut kesedihan yang sederhana. Stylenya seperti 90an genre balada. Gitarnya pula bunyi tidak seperti Indon, tetapi Melayu punya touch.
Lagu ini juga terbayangkan saya kira-kira 18 tahun lalu, suasana tempat kelahiran saya, Jeli. Mungkin sebab lagu ini bersifat 90an. 2010 tolak 18 sama dengan 1992. Rumah Nenek di Kota Bharu pula ketika itu dihiasi dengan bunga raya, pokok jambu merah, lebih banyak unsur 'kehijauan' berbanding sekarang.
Ketika kecil dahulu saya selalu berkhayal. Mencipta dunia sendiri. Ada hero, heroin, penjahat dan sebagainya. Alat-alat permainan mewakili watak-watak semua itu. Yang penting, endingnya hero menang jua, hehe, walaupun hampir mengalami kekalahan. Kenapalah watak penjahat selalu mengusik watak heroin? Tak ada skrip lain ke?
Pernah juga saya bergurau dengan kakak. Saya sebagai watak gadis sunti memakai coli, coli siapa entah. Seingat saya, coli itu berwarna merah. Kakak saya pula sebagai watak perogol. Aih, bertukar jantina?
Pernah juga tidur, lalu jatuh dari katil. Pernah juga mandi parit ketika hujan lebat. Oh tidak, apa yang telah saya lakukan, mandi parit? Ini mungkin sebab pengaruh rakan-rakan.
Pernah juga seekor ular melalui celah kaki saya ketika saya berdiri berdekatan dengan pintu. Ketika itu saya tidak takut pula. Ular itu dengan selamba memasuki rumah saya.
Pernah juga jatuh cinta. Haha. Ketika itu saya di darjah satu di Pulai Chondong. Dia suka apabila bukunya dicoretkan dengan bintang-bintang. Apa lagi, saya pun coretkan bintang-bintang di bukunya.
Sebelum itu, ketika di Ayer Lanas pula, dengan perempuan lain, kami berpegang tangan pergi menonton aksi sukan di padang. Oh, tak sangka saya begitu ketika kecil.
Ketika saya mungkin umur lima tahun, ada tetamu datang. Si dia dalam berumur empat tahun mungkin, memakai gincu merah. "Lawanya." Detik hati saya. Haha.
Pernah juga mengigau. Di sekolah berhampiran ada makmal sains, ada patung rangka manusia di situ. Saya mengigau saya berada di dalam kelas terkunci gelap, lalu dikelilingi oleh patung-patung tersebut. Patutlah, kerana malam itu, kami bermain-main di sekitar kelas itu. Kononnya masing-masing berani. Bila jerit "hantu!" Semua mahu lari.
Ketika di Ketereh pula, ada kejadian mati lemas. Saya masih ingat, mulutnya berbuih.
Ketika di Kota Bharu pula, pernah juga terkena kejutan elektrik. Saya mencucuk soket dengan gunting, kemudian menyentuhnya, lalu terpelanting. Kenapa saya buat begitu? Berani betul. Haha.
Pernah juga ditipu oleh seorang rakan ketika berumur tujuh tahun.
"Dekat rumah saya ada Power Rangers." Entah bagaimana, kami percaya katanya. Power Rangers yang didakwanya adalah yang real, bukan plastik. Lalu petang itu kami bergerak ke rumahnya.
"Dia tiada di rumah. Tadi dia keluar." kata seorang wanita, setelah kami sampai ke rumahnya. Tidak nampak pula Power Rangers. Bagaimana kami boleh percaya? Jawapannya saya tahu pada hari ini.
Secara asasnya, sama seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin dunia pada hari ini, bagaimana mereka cuba menguasai minda penduduk dunia. Ketika itu, senior mengiya-iyakan apa yang didakwa oleh si penipu itu, membuatkan kami percaya.
Saya masih ingat lagi. Di dalam kelas, kami dikehendaki menulis tarikh di buku latihan. Saya tulis '93', memberi dalil bahawa ketika itu adalah pada tahun 1993. Setakat ini dahulu. Lagu dendangan Jaclyn Victor itu telah membantu sedikit sebanyak kepada ilham coretan ini.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment