Video di atas mengisahkan pernikahan oleh seorang penganut Sunni dengan gadis berumur 13 tahun. Abdillah pernah berhujah, bahawa 'Sunnah Nabi' tergolong kepada itu dan ini, dibenarkan menolak riwayat hadis tertentu apabila mendapat riwayat hadis sahih yang lain, dan sebagainya. Namun lazimnya, penganut Sunni memilih sahaja mana-mana 'Sunnah Nabi' pilihan mengikut kefahaman masing-masing.
Al-Quran menerangkan, antara syarat si perempuan untuk dinikahi adalah;
1) Calon mencapai puberti
2) Calon mencapai pemahaman yang sihat
3) Mendapat izin daripada penjaga bagi calon yang belum pernah bernikah
4) Mendapat izin daripada calon
Konsep 'wali mujbir' dari mazhab Shafie yang menghalalkan nikah paksa hukumnya adalah haram kerana melanggar syarat no 4). Isu umur pula adalah subjektif. Puberti dan pemahaman yang sihat tidak bergantung kepada umur tertentu.
Umur 13 tahun, ada kemungkinan calon telah mencapai puberti, namun belum tentu mencapai pemahaman yang sihat. Pemahaman calon hendaklah diuji, samada ia adalah baik, atau belum lagi.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment