Thursday, 27 May 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Filem ini mengingatkan saya ketika menuntut di sekolah agama suatu ketika dahulu. Dari segi pakaian, kitab-kitab, akhlak dan sebagainya. Juga mungkin dari segi sebahagian silibus pelajaran, kerana bekas sekolah agama saya menggunakan sukatan pelajaran dari Universiti Al-Azhar.

Mazhab apapun, semua meletakkan al-Quran di tangga teratas. Kemudian baru hadis, ijmak, qias, dan ijtihad, dan sebagainya. Ini menunjukkan mereka ada laluan untuk kembali kepada al-Quran.

Dalam mazhab Sunni, dikatakan ada dua sumber wahyu. Al-Quran dan Sunnah. Wahyu yang bersumber daripada al-Quran adalah jelas, tersedia. Tidak perlu kepada perawi, sanad dan sebagainya. Yang bermasalah mungkin adalah yang bersumberkan Sunnah, sehingga memecahkan mazhab Sunni kepada beberapa puak lagi. Lebih merbahaya apabila ada versi 'Wahabi' yang mengganas umpama Osama Bin Laden.

Gelaran 'Wahabi' pada hari ini lazimnya akan dilemparkan kepada sesiapa yang menolak ijmak tertentu. Samada ke arah yang lebih dekat dengan al-Quran, atau semakin jauh.

Persoalannya, apakah ijmak yang sebenar-benar? Jawapannya boleh dikatakan hanya al-Quran. Jika yang bermusyawarah itu ditapis sehingga hanya tinggal satu puak sefahaman sahaja yang terlibat, maka di situ akan wujud ijmak yang hanya terhad kepada puak itu sahaja.

Saya hanya baru menonton Ketika Cinta Bertasbih episod satu. Mungkin saya telah ketinggalan. Merancang untuk melihat episod yang seterusnya pula. Mungkin ia perlu didownload.

Yang menariknya, gubahan melodi Melly Goeslaw mengalir dalam filem ini.

Wallahualam.

No comments: