Terima kasih Ira kerana menghadiahkan saya hadiah ini. Ira adalah pelajar semester akhir, kami dijangka akan berpisah buat jangka waktu yang lebih lama dari biasa. Bila dibelek-belek gambar di Facebooknya, hanya ada satu gambar saya dengan Ira berduaan, iaitu ketika menjayakan SUKYA tempoh hari.
"Kenapa tetiba bagi hadiah ini?"
"Sebab saya telah berjanji."
Mengotakan janji. Satu contoh yang baik ditunjukkan oleh Ira. Kami akan menghadapi final exam bermula Rabu ini. Jika mengikut putaran jam, Rabu itu adalah esok. Apa? Esok?
Saya mengjangkakan pointer saya pada semester ini lebih rendah berbanding semester lepas.
Saya telahpun menyiapkan rangka aktiviti dalam minda untuk mengisi waktu cuti akhir semester nanti.
Tidak pula saya mahu mencoret panjang lebar, bukankah esok ada exam?
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment