Hidup pada hari ini, ada menyerupai hidup pada zaman Jahiliyyah. Kejadian umpama menanam anak perempuan hidup-hidup, siapa kata tidak berlaku, cuma mungkin aktiviti itu tidak popular di Malaysia.
Ada kes di negara Arab, anak perempuan dibunuh oleh keluarga sendiri hanya kerana si dia berbual dengan lelaki bukan muhrim. Honor killing, kata mereka.
Lihat pula apa yang diajar di masjid-masjid, di sekolah-sekolah agama, di institusi pengajian, di universiti dan sebagainya, apakah mereka mengajar Islam yang sebenar? Apakah mereka tidak meninggalkan al-Quran?
Peperangan demi peperangan, umat Islami kalah. Perang Salib, Bosnia, Gaza, sebutkan saja. Pemimpin Islami pula, seperti Saddam Hussien, sempat lagi mengambil kesempatan menyerang Iran bagi mendapatkan sumber minyak, dikala Iran sedang berkalutan dengan US.
Mereka tahu, bahawa Nabi Muhammad menjadikan musyawarah untuk memerintah negara, tapi mereka tidak kisah semua itu, pemerintahan autokrasi juga yang dipilih oleh Arab Saudi.
Masjid-masjid pula begitu banyak di Malaysia, malah akan bertambah dari semasa ke semasa, namun kelahiran anak luar nikah juga meningkat.
Teruk. Teruk. Teruk. Ini belum masuk bab kalendar lagi. Kalendar Hijrah kurang relevan jika dilihat dari perspektif al-Quran. Sila rujuk http://ariji86.blogspot.com/2010/04/kalendar-hijrah-bhg-ii.html
Lihat pula negara Islami, tidak ada satu pun bertaraf negara maju. Kebuluran di Afrika seolah-olah unstoppable.
Perbankan Islami pula, masih tidak dapat menyaingi perbankan konvensional. Saya pernah membuat assignment tentang isu ini pada tahun lepas. Perbankan Islami pada hari ini seolah-olah tiada sengat.
Tinggi tekanan yang dialami apabila memikirkan isu dunia secara keseluruhan. Ini baru bab dalaman, belum masuk isu luaran seperti Illuminati, Rothschild, isu nuklear dan sebagainya.
Ini soal Syurga Neraka. Siapa tidak mahu masuk Syurga? Samada apa agama mereka, apa mazhab mereka, semua mahu masuk Syurga. Masing-masing dengan versi 'Tuhan' masing-masing.
Teruk. Dunia ditabur dengan wang fiat. Mereka yang bertanggungjawab dalam perbankan Islami, masih kurang 'nampak' mereka menjalankan kegiatan wang yang bersandarkan emas atau perak.
Menakutkan. Dimanakah Islam? Kebenaran begitu kabur. Waktu bergerak, ajal kata datang.
Jika dikaji, apakah punca konflik antara puak Sunni dan Syiah selama ratusan tahun, anda akan mendapati ia berpunca dari riwayat hadis.
Kenapa begitu sukar untuk mereka menolak riwayat hadis yang bercanggah dengan konsep al-Quran? Kenapa mereka mengabaikan Rasul yang terdapat dalam Kitabullah? Namun mereka lebih sibuk memakai jubah dan menyimpan janggut.
Tidak 'kelihatan' turunnya para Malaikat membantu Taliban di Afghanistan. Mereka berjuang menegakkan kepentingan mazhab, mentaati versi 'Rasul' mereka, kenapa mereka tidak nampak Rasul dalam al-Quran?
Mereka cuba memasuki Syurga secara shortcut dengan mengebom diri sendiri, sesungguhnya belum tentu mereka memasuki Syurga dengan cara itu. Kenapa pula nyawa insan yang tidak berkaitan perlu terkorban jua?
Mereka seolah-olah tidak takut pada Allah. Apabila mata mereka tidak dapat mempercayai ayat al-Quran, mungkin mereka patut tanya diri mereka, "apakah kami orang beriman?"
Zaman kegemilangan Islami telah lama meninggalkan umatnya. Bilangan masjid dan ulama, telah gagal mengembalikan zaman kegemilangan ini walaupun selama ratusan tahun. Kembalilah kepada al-Quran.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment