Sunday, 9 May 2010

Waalaikumussalam Muhd Abdillah Bhg. III

Alhamdulillah , Segala Puja Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. 
Dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w adalah penutup segala Nabi dan Rasul, Baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam telah meninggalkan ummatnya dalam keadaan yang terang dan jelas
"Setiap sesuatu yang baru itu adalah bida'ah, dan bida'ah itu adalah sesat dan sesat itu membawa ke neraka

1) Nabi Muhammad adalah penutup bagi semua nabi, namun mazhab Sunni lah yang mengajar manusia bahawa Nabi Isa akan datang kembali, seterusnya bercanggah dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad sebagai penutup bagi semua nabi.

2) Tiada dalil dalam al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir.

3) 'Nabi Muhammad' versi mazhab Sunni tidak meninggalkan umat Islam dalam keadaan terang dan jelas. Hukum agama bagaikan 'taman permainan' bagi mereka. Budaya 'menghalalkan yang haram' dan 'mengharamkan yang halal' popular dalam ajaran mazhab Sunni.

4) Komputer juga sesuatu yang baru, maka ia bidaah? Maka Abdillah menggunakan teknologi yang bidaah? Ya, mungkin Abdillah maksudkan adalah bidaah dari sudut hukum agama. Suatu ketika dahulu, memakai tali leher pernah difatwakan haram oleh puak Sunni, namun pada hari ini mereka halalkan pula. Jika memakai tali leher hukumnya haram, maka menghalalkannya adalah bidaah, bukan?

Hakikatnya, mengeluarkan fatwa bahawa memakai tali leher itu hukumnya haram, mungkin itulah bidaah yang dimaksudkan oleh Abdillah.

hujahku bertanda *, kau pula didalam kurungan ( ) 

Saya highlight kan ayat ini kerana mungkin ia menjadi satu panduan yang penting bagi pembaca.

Assalamualaikum sahabatku, kenapa kamu hanya menjawab sebahagian hujahku dan meninggalkan sebahagian besar yang lain?. Orang Islam berdiri diatas hujah dan dalil yang teguh.Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan pada saudara. Jika tidak keberatan harap dapat dipapar dalam blog kamu dan au ingin mengucapkan terima kasih kerana kamu telah memaparkan hujahku sebelum ini dan memberi sedikit masa bagi menjawabnya. Oleh itu sekali lagi aku ingin berhujah menjawab beberapa pertanyaan kamu, diharap dpt dipapar hujah ini pula bagi para pembaca. Semoga Allah menunjukkan kebenaran kepada hambanya yang ikhlas dan benar-benar menginginkan kebenaran.

Waalaikumussalam Abdillah. Semoga kita menemui kebenaran.

kenyataan dalam kurungan ( ) adalah kenyataan kau.
1(Saudara mengaku bahawa kaum muslimin tidak beriman kepada Injil dan Taurat. Hakikatnya, orang yang tidak beriman dengan Injil dan Taurat adalah bukan mereka yang soleh.)


*Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan kamu yang berbunyi:


2(Saya percaya bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original tersebut bukan semuanya palsu 100%. Persoalannya, adakah Muslim masih perlukan Kitab terdahulu versi yang tidak original itu untuk dijadikan hukum agama?)


*Mulanya kau kata tidak soleh kalau tidak beriman dengan taurat dan injil tapi lepas tu kau sendiri mengaku xperlukn kitab terdahulu. Mana satu? Yang aku maksudkan adalah kita wajib percaya bahawa taurat dan injil diwahyukan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa a.s tapi kita TIDAk BERHUKUM DENGANNYA. Apa yang terkandung didalam Kitab terdahulu itu telah diubah, walau bukan keseluruhannya tapi kita tidak berhukum dengannya. Islam hanya mengikut kitab terakhir iaitu Quran dan berpegang dengan Hadith sahih. Ngerti?

Apakah Abdillah tidak mampu bezakan antara 'beriman' dengan keperluan sumber untuk dijadikan hukum?

3(Saudara mengatakan bahawa tiada dalil dalam al-Quran bahawa Kitab terdahulu versi yang tidak original itu tiada kesesatan.)


*Tidak benar sama sekali! Didalam taurat dan injil memang banyak kesesatan! Banyak kesalahan dan percanggahan. Ini aku anggap sebagai kes salah faham. Aku ini manusia biasa,pasti ada kelemahan. Sebenarnya aku yakin akan ayat Surah Al-Baqarah ayat 79 itu menunjukkan salah satu bukti bahawa kitab terdahulu itu telah diubah suai oleh para paderi mereka dengan tangan. NAMUN. Tiada ayat khusus dalam Quran yang mengatakan taurat dan injil adalah sesat. Malah banyak pula ayat yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab Allah itu didalam Quran. Sebenarnya ramai orang Kristen dan yahudi menggunakan hujah ini mengatakan Quran tidak menyesatkan taurat dan injil pun secara khusus. Banyak hukum-hukum didalam taurat dan injil juga diamalkan oleh kita kaum muslimin. Seperti adanya hukum berhijab,berkhatan, haramnya babi,arak, dan lain-lain, bukanlah bermaksud kita mengikut kitab-kitab itu tapi kerana hukum-hukum itu juga ada dijelaskan didalam Quran dan Hadith maka itulah yang perlu kita taati dan wajiblah kita mengikutnya. Namun aku ingin jelaskan bahwa aku yakin ayat 79 surah al-baqarah itu adalah ayat yang membuktikan bahwa taurat dan injil telah diubah! Tidak syak dan tiada keraguan lagi! Dan kerana inilah kita sebagai muslimin wajib hanya menerima Quran dan Sunnah sahaja! Tiada sumber lain. Dengan inilah kita berhujah dengan ahlul Kitab menggunakan Surah Al-Kafiruun. Bagimu agamu bagiku Agamaku. Ayat 6. Ngerti?

Ya, Abdillah. Jika Al-Bukhari, As Shafie, atau mungkin Nabi Muhammad itu yang dipertuhankanmu, maka bagi saya agama saya, dan bagi kamu agama kamu.

4(Samada Sunni, Syiah, Wahabi, Kristian, Yahudi dan sebagainya, itu hanyalah label semata-mata bagi membezakan antara satu sama lain. Yang kritikal adalah isinya)


*Wahabi? Mereka tergolong dalam kelompok sunni. Mereka tidak melabel diri sebagai wahabi. Seperti orang sufi menggelar diri mereka sufi, syiah menggelar diri mereka syiah,ahlul Quran/Quranist menggelar mereka sebegitu, begitu juga yang lain-lain. tetapi manusia yang sombong tidak mahu menerima hakikat sahaja yang terus melabel mereka sebagai wahabi. Wahab adalah Nama Allah s.w.t.
Para muslimin yang menerima berpegang dengan Quran dan hadith dan tidak menokok nambah hal dalam agama adalah mereka yang terbaik. Mereka adalah muslim yang bermanhai Salafus-soleh(yang hanya menginginkan islam yang asal). Golongan Salafus-soleh adalah golongan terdahulu yang dijamin oleh Nabi s.a.w sebagai ummat yang terbaik. Semoga Allah merahmati sekalian muslimin!

Jika benarpun hadis nabi Muhammad yang terjamin kesahihannya masih wujud, apakah Nabi Muhammad menyeru umatnya meninggalkan al-Quran? Bukan satu atau dua ayat al-Quran yang diingkari oleh mazhab Sunni.

5(Kepupusan hadis sahih yang sahih dalam erti kata sebenar, sememangnya satu kehilangan. Apa tidaknya, itu adalah fakta sejarah. Padahal, tiada dalil dalam al-Quran bahawa kesahihan fakta sejarah di luar al-Quran itu terjamin sehingga ke hari Kiamat.)


*Kau menganggap Hadith sahih sebagai fakta sejarah yang pupus?? Berat tuduhan ini yang tiada asas! Malah amat dusta! Sememangnya ini adalah pemikiran karut marut. Ternyata kau telah termakan dengan hujah anti-hadith diinternet lalu mula terpedaya dengan hujah mereka yang nampak kuat tapi sebenarnya lemah-selemahnya! Ariji aku pasti kau banyak mengahabis masa diinternet menelaah apa yang sering bermain-main didalam fikiran dan apa yang sentiasa menjadi kemusykilan yang membuak-buak. Ramai juga yang jadi sebegini. Hadith adalah perkara diluar Quran namun ia telah dijamin akan dijaga. Surah Al-Hijr ayat 9.
Tak tersangka kau terperangkap pula dengan hujah anti-hadith yang zahirnya tampak begitu menarik. Cuba kau bandingkan yahudi dan Kristen. Mereka meninggalkan Nabi mereka, tiada sunnah Nabi Musa, Nabi isa. Mereka beribadah secara sesuka hati mereka tanpa ada sandaran dari Nabi mereka. Langsung wujudnya pelbagai benda baru dan pelik-pelik didalam agama mereka. Itulah perbezaan nya pada Muhammad s.a.w yang mendidik ummatnya secara menyeluruh!
Quran menuntut jika kita berkelahi dalam sesuatu perkara maka perlu dirujuk pada Allah dan Rasulnya, contohnya masalah hukum. Kita pasti ada yang tidak sependapat dalam sesuatu maka rujuklah pada Quran (Allah s.w.t.) dan Hadith (Rasulullah s.a.w) untuk menyelesaikannya. Maka itu adalah satu dalil untuk kita berpegang dengan Hadith sahih. Quran ada menjamin Hadith juga akan dijaga oleh-Nya.

Saya tidak mengatakan bahawa semua hadis Nabi Muhammad pupus, malah pengetahuan itu tiada dengan saya, hanya Allah Maha Mengetahui. Tetapi kegagalan puak Sunni merekod kesemua hadis Nabi Muhammad adalah satu fakta.

Nabi Muhammad dikala baginda masih hidup, sudah tentu banyak hadis yang disebutnya, tidak cukup dengan hanya apa yang terkandung dalam Kitab al-Bukhari itu.

Mengatakan riwayat hadis dijamin oleh Allah dengan menggunakan dalil Sura al-Hijr ayat 9 bercanggah dengan ajaran Sunni tertentu itu sendiri. Apa yang saya tahu, ulama Sunni sendiri mengatakan bahawa Surah al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada al-Quran, bukannya riwayat hadis.

Jika Surah Al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada riwayat hadis, maka tiada pula ayat yang menjamin al-Quran?

Mari kita perhatikan Surah Al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

Mari pula kita perhatikan Surah Fussilat ayat 41;

Yang mengingkari Peringatan apabila ia datang kepada mereka; dan ia adalah Kitab Suci.

Kitab al-Bukhari yang mengandungi fitnah terhadap Nabi Muhammad, apakah ia kitab suci yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Dan apakah Allah yang menurunkan Kitab al-Bukhari?

6(Saya mengatakan tiada dalil dari al-Quran bahawa riwayat hadis itu terjamin keasliannya. Ini terbukti apabila para ulama Sunni sendiri terpaksa mengkelaskan riwayat tersebut kepada kategori tertentu seperti Sahih, Hasan, Dhoif dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila pelbagai kerosakan di muka bumi telah terjadi selama ratusan tahun akibat orang Islam tertentu yang terlalu mempercayai riwayat hadis tertentu yang kononnya sahih sesahih-sahihnya, padahal yang 'mengecop' logo 'sahih' itu adalah manusia, bukannya Allah. Apatah lagi dengan ketiadaan Sahih Abu Bakar, Sahih Omar dan sebagainya, menerangkan bahawa mereka yakin bahawa al-Quran itu penuh terperinci).


*Riwayat hadith ada yang diklasifikasikan sebagai hasan,mutawwattir dan sebagainya adalah kerana dilihat dari segi keadaan sahabat yang berada mendengar pada waktu itu. Jika hadith itu sahih maka benarlah ia sabit kepada Nabi melalui beberapa disiplin juga. Iaitu antaranya seperti diambil kira sahabat yang mana mendengarnya?sahabat yang rapat atau tidak(adakah sahabat itu dilihat sebagai tinggi martabatnya disisi mukmin seperti Khulafa alrasyidin).? Berapa orang? Adakah ada hadith yang terkemudian yang telah menggantinya dan lain-lain lagi. Seperti yang kita ketahui kau bukanlah pencinta hadith malah kau memusuhinya, apatah lagi kau tidak belajar hadith dan tidak memahami segala disiplin dalam ilmu hadith sudah pasti hadith sahih, Hassan, dhaif menjadi masalah dan beban dalam fikiran kau yang cetek ilmu dan tidak meneliti apa yang dicedok dari internet. Sudah tentu kau tidak ngerti hadith dan cara ia berfungsi. Terangkan padaku apakah kerosakan dibumi selama beratus tahun itu yang disebabkan oleh ummat islam yang taat pada rasulnya? Ketiadaan sahih abu bakr. Umar r.a adalah kerana mereka tidak mengumpulnya. Namun mereka adalah orang yang amat berhukum dengan hadith seperti banyak peristiwa yang diungkap dalam sirah mereka bahwa mereka taatkan rasul melalui hadith yang dibawa oleh sahabat-sahabat lain seperti Abu Hurayrah r.a , seorang fakir yang amat rapat dengan Nabi s.a.w dan banyak meriwayat hadith dari baginda. Namun dengan jahil kau mengatakan dia tergolong dalam orang yang meriwayatkan kisah israilyyat, fitnah mu ini akan dibalas Allah kerana telah memfitnah sahabat yang banyak meniggalkan ilmu yang sahih dan sabit dari Nabi s.a.w yang membimbing muslimin hingga hari ini!

Kerosakan bukan datang kerana mentaati Rasul, tetapi kerana mentaat 'Rasul' palsu, yang digubah dengan unsur-unsur fitnah. Apa yang berlaku ini ada persamaan dengan kes 'Rasul Melayu'.

Apa yang dilakukan Omar itu iaitu keengganan menerbitkan kitab hadis tidak dicontohi dalam ajaran Sunni walaupun puak Sunni menggelarkan jua Omar sebagai salah satu daripada Khalifah Ar-Rashidin.

*Bacalah ayat ini dengan baik Ariji.
Ini adalah doa Ibrahim a.s. dan puteranya Ismail a.s .
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan(Sunnah) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".Al-Baqarah: 129
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! surah Muhammad:33
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! surah Muhammad :14
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. Surah Muhammad:16
Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina, Al-Mujaadalah:5
Berikut Adalah surah Al-Qalam dari ayat 4 - 10
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. 4
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, - 5
[6]
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
[7]
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
[8]
Oleh itu janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
[9]
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
[10]
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
[11]
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
[12]
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, !
Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "
Rahmat Allah itu luas salah satu rahmat bersumber dari Nabi s.a.w adalah Haditnya yang mengandungi sunnahnya!
Sedangkan Qiblat kita ditukar kerana doa Nabi s.a.w kepada qiblat yang disukai baginda! MasyAllah! Maka pasti ganjaran pahala dan rahmat akan diberi bagi mereka yang mengikut Sunnah!

Antara formula yang digunakan oleh puak Sunni adalah seperti berikut;

Hikmah = Sunnah = Az Zikr = Hadis = Rasul = Muhammad.

Mereka seolah-olah sudah tidak mampu membezakan maksud antara perkataan-perkataan tersebut. Hakikatnya, 'Rasul' dari kalangan puak Sunni adalah selalu berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada versi 'Rasul' yang meletakkan hukum wajib bagi penyimpanan janggut, ada pula versi 'Rasul' yang meletakkan hukum sunat.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan. Hikmah adalah tidak bersifat fizikal seperti rekod bertulis.

Mari kita perhatikan Surah Yunus ayat 1;

ALR, ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Mari pula kita perhatikan Surah Luqman ayat 2;

ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Sebahagian puak Sunni lazimnya melakukan amalan membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, mari kita perhatikan Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran hikmah.

Ini adalah kenyataan kau yang yang menolak Nabi itu maksum:


7(Keterangan saudara yang ini bercanggah dengan hadis Sahih Muslim, 2362;


Aku adalah manusia seperti kamu. Apabila aku memberi apa-apa arahan agama, terimalah ia. Apabila aku mengemukakan pendapat peribadiku, ingatlah bahawa aku adalah hanya manusia.


Hakikatnya, Nabi Muhammad mengajar kita Syura. Ini membuktikan bahawa baginda adalah manusia biasa, memerlukan pandangan/perbincangan/pendapat/nasihat.
Malah, baginda tidak terlepas daripada melakukan kesilapan).


*Sesatnya ajaran ini!. MasyAllah. Hadith apa ini????? Sahih muslim???? Tidak pernah didengari langsung! Berikan perawinya,sanadnya,dan matannya!
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar !
Ariji adalah seorang yang gila sahih Bukhari 3456.
Adakah dengan mudah dan bodoh menganggap ini juga hadith? Jahil!
Ini adalah fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w! Ya Allah berikanlah dia petunjuk sebelum dia dilaknat kau! Innalillah!






Sila rujuk pakar hadis, riwayat hadis itu sememangnya wujud dalam Kitab al-Muslim.

Hadith tidak mungkin berbeza dengan Quran!


Kenyataan apakah ini? Ini mungkin adalah perbuatan meletakkan riwayat hadis setaraf dengan Al-Quran. Sememangnya inilah antara gejala penganut Sunni.


Dan dia(Muhammad) tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.An-Najm: 3
Bukti nyata untuk kau yang berakal untuk beriman dengan Rasulullah s.a.w dan segeralah menolak hadith palsu itu! Dan ternyata setiap pendapat Rasulullah adalah benar!Tepat dan padat untuk kau yang tidak tahu. Sekarang buang jauh-jauh apa yang kau telan sebelum ini. Kau menolak hadith Abu Hurayyrah? Tapi menerima dengan bodoh hadith maudhu ini??? Jangan bersikap jahil tidak mahu menerima kebenaran dengan helah dan tipu daya lagi.terimalah yang hak. Bukankah kau menggelar diri Koranic dan beriya-iya mencari perempuan yang begitu? Sedangkan Quran mengatakan agar menggelar dirimu Muslim! Setahu saya 7 kali.
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal . An-Nisa: 80
Allah s.w.t yang telah menurunkan peringatan untuk kamu supaya bertaubat! wahai sahabatku,jangan bersikap jahil. Aku tahu kau seorang yang baik hati, amat sedih melihat kau begini. Innalillah wainnaila hirajiun.
Setiap apa yang diberi Nabi s.a.w adalah wajib diterima! Ini adalah dari dalil Quran!
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus - Al-Hujuraat ayat 7
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Ahzaab ayat 40.
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam ayat 4.
Ayat 4 surah Qalam ini membuktikan bahawa kita boleh mengenali watak baginda melalui Hadith sahih. Anti Hadith adalah golongan yang jauh tersesat.
Nabi Muhammad s.a.w adalah insan agung yang maksum! Tiada dosa dan baginda tidak akan tersalah dalam memberi hukum dan segala gala apa yang diungkap yang menjelaskan islam oleh Nabi s.a.w adalah dari Allah dan tiada sedikitpun kesalahan dan keraguan pada baginda s.a.w! jika baginda melakukan kesilapan ianya bukan kesilapan yang boleh menyebabkan dosa dan kesalahan baginda s.a.w akan terus diperbetul oleh Allah s.w.t. maka dengan itu yakinlah umat islam akan Rasulnya yang bersifat maksum iaitu tidak berdosa dan bebas dari kesilapan. Namun Baginda s.a.w hanya manusia biasa yang merasa suka,duka,sakit,penat,lapar dan sebagainya.
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. At-tahriim: 1
Adakah kau tahu kisah disebalik ayat ini? Nabi s.a.w mennggauli hamba perempuan Baginda s.a.w dirumah Isterinya Hafsa. Hafsa kecewa dengan hal itu lalu Nabi s.a.w mengambil hatinya semula dengan bersumpah tidak akan menggauli hamba itu lagi kerana sayangkan hafsa iaitu Isterinya. Nabi s.a.w telah melarang hafsa dari memberitahu sesiapa mengenai hal ini. Lalu turunlah ayat 1 surah tahriim. Kita semua boleh bersumpah ia tidak mendatangkan dosa kerana perempuan itu hanya hambanya bukan isterinya, maka ia adalah pilihan Nabi s.a.w untuk hendak menggaulinya atau tidak. Fahamkah? Nabi hanya telah diarah untuk melepaskan sumpahnya itu sahaja kerana Allah s.w.t meredhai peristiwa itu dan Nabi tidak mengetahui kehendak Allah yang ghaib maka Allah s.w.t telah memperbetulkan kekasihnya. Ini adalah salah satu bukti kemaksuman Nabi s.a.w yang dijaga Allah s.w.t. Muhammad s.a.w tidak sama sedikitpun dengan segala hero fiksyen barat namun, sememangnya Baginda Nabi s.a.w seorang Superman!

Salah satu taktik puak Sunni adalah menggunakan dalil dari Surah An-Najm ayat 3 bagi membela kesahihan riwayat hadis. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam hal ini adalah sila rujuk Surah An-Najm ayat 3 hingga 10.

Surah Najm ayat 3 itu merujuk kepada ucapan Nabi ketika menerima wahyu melalui Jibril. Sila kemukakan dalil dari al-Quran yang menerangkan tentang kemaksuman Nabi Muhammad.

8(Jika saudara susah untuk memahami perkara ini, saudara boleh ambil daripada kes mazhab Syiah dan sebagainya, bagaimana mereka mempercayai riwayat hadis tertentu.


Dari perspektif Sunni, riwayat hadis tertentu adalah palsu, tapi dari perspektif Syiah, hadis tersebut adalah Sahih pula. Lebih buruk lagi, apabila berlakunya peperangan, pengeboman masjid dan sebagainya)


*Ini samalah untuk hujah yang perlunya menerima yang hak dan yang batil. Hadith yang dipakai syiah banyak yang bercanggah, direka-reka dan pelik. Syiah juga memberi darjat yang tinggi pada imam mereka sehingga ada sebilangan memuliakan mereka lebih dari Nabi-Nabi! Kesesatan mereka yang mengambil sedikit dari Quran manakala meninggalkan sebahagiannya (sama seperti anti Hadith) adalah golongan yang benar-benar sesat. Kewujudan puak syiah juga bercanggah dengan ayat Quran. Golongan yang mengkafirkan Khulafa Al-Rasyidin r.a. (kecuali Ali r.a), Isteri Nabi s.a.w, dan keseluruhan sahabat kecuali beberapa orang sahaja adalah amat sesat lagi zalim dan tidak akan diterima sehingga akhir zaman. Ini adalah fakta

Puak Sunni lah yang hanya mengambil sebahagian ayat al-Quran.

Mari kita perhatikan Surah Al-Furqan ayat 30;

Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."

Ayat tersebut menerangkan bahawa Rasul berkehendakkan kita mengambil al-Quran, bukannya 'Sunnah Nabi' yang direka-reka dan berunsur fitnah.

9(Apakah yang saudara maksudkan? Mereka tidak menggunakan akal? Bukankah akal yang membezakan antara manusia dan binatang?)


*Aduhai sahabatku. Maksudku otak itu adalah akal. Aku hanya menggunakan bahasa pasar.cnth(pakailah kepala otak skit bro) yang dimaksudkan adalah akal tapi yang disebut otak. Maaf jika tersalah faham. Namun rasanya masih banyak pertanyaan ku yang lain tapi kau tinggalkan sahaja. Dimana pendirianmu untuk hal-hal itu?

Gunakanlah akal dalam memahami al-Quran. Al-Bukhari gunakan apa ketika mengsahihkan riwayar hadis? Hanya nafsu semata-mata?

10(Atau yang saudara maksudkan adalah bahawa mereka mendapat wahyu tertentu?)


*Aku langsung tidak maksudkan begitu.

Abdillah mengaku bahawa riwayat hadis yang 'dibawa' oleh al-Bukhari itu bukan wahyu. Namun dia meletakkan riwayat hadis dengan Al-Quran setaraf pula?

11(Ini memberi masalah kepada isu hukuman rejam sampai mati. Kerana setahu saya, pada hari ini, tiada riwayat hadis bahawa Nabi Muhammad hanya menjatuhkan hukuman sebat ke atas kesalahan zina.


Mungkin sebab itu isu ini menjadi titik pertemuan antara Sunni dan Syiah.


Namun, saudara boleh baca sendiri dalil berikutnya, Surah An-Nur ayat 2;)


*Inilah masalah yang menjadi kegemaran kau dan sering kau hujahkan. Aku juga sengaja tidak menyentuh isu ini dalam hujah terdahulu kerana aku ingin lihat apa kau akan gunakannya atau tidak. Penzina disebat 100 kali manakala penzina yang telah berkahwin pula disebat 100 kali kemudian direjam sampai mati. Sebenarnya hal ini amat sukar untuk dijalankan kerana ia perlukan:
1.4 orang saksi . Jika salah seorang sahaja dari saksi adalah kanak-kanak, orang yang dikenali sebagai pendusta, tidak diyakini, orang asing,gila,timbul beberapa criteria yang meragui dan lain-lain akan menyebabkan penzina tidak boleh disebat tidak dianggap zina dan jika tiga saksi itu masih menuduh pasangan itu berzina maka mereka disebat 80 kali. Ini membuktikan hukuman rejam sebenarnya amat sukar sehingga dalam keadaan dunia sebegini membuatkan ia seperti mustahil juga untuk berlaku.
2.Nabi telah bersabda jika ingin menuduh orang berzina maka mestilah ia seperti
sebagaimana benang masuk ke dalam jarum atau timba masuk ke dalam sumur
(((Alat kemaluan lelaki memang sah berada didalam alat kemaluan wanita dan dilihat 4 orang saksi yang beriman)))

Hukuman rejam sampai mati adalah ajaran daripada agama Yahudi. Malangnya penganut Sunni, apabila mereka percayakan riwayat hadis yang direka oleh musuh Islam untuk menfitnah Nabi Muhammad.

Sistem mengintip/mengetuk pintu-pintu hotel kemudian memalukan pasangan yang ditangkap khalwat (mereka tidak dianggap zina jika bukti tidak kukuh seperti diatas) adalah memalukan hukum islam kerana artis-artis dikaca tv dibiar terbogel,berjoget ,maksiat dipromosi,arak dijual,judi diberi lessen dan banyak lagi boleh pula mereka biarkan, inilah masalah akhir zaman, pelbagai fitnah dan segala macam maksiat berkuasa. Islam hanya dilihat melalui Quran dan Hadith bukan manusia masa kini.
Maka selamatlah manusia jika berhukum dengan menggunakan Hadith sahih. Sebab itulah hukuman penzina ini amat sukar dan seperti mustahil untuk dilaksanakan dengan manusia dizaman kini. Namun jika kena pada tempatnya maka Hukum Allah azzawajalla dan Rasulnya adalah pengukurnya. Demikian sulitnya pembuktian bagi sesuatu kes zina. Dan jika manusia berdegil dan dengan bodoh mentakwilkan ayat Allah dengan logik akal mereka sendiri maka kucar-kacir dan hancurlah system mereka. Orang yang menolak hadith tidak akan tahu bagaimana hendak mengurus pembuktian zina , kerana bukannya dengan mudah muslimin berhukum spt melepas panah dari busur2nya tanpa mengambil kira realiti semasa yg melanda umat islam hari ini jika tidak mengambil hadith.

Apakah Nabi Muhammad mampu selamatkan kamu dari Neraka?

Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah MELAINKAN dengan melakukan salah-satu drp tiga jenis kesalahan ini , iaitu : ( 1 ) Orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina , ( 2 ) Orang yang membunuh orang lain , dan ( 3 ) Orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya ( umat Islam ) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh .

Mungkin sebab itu mereka meletakkan perkataan 'jemaah' pada nama mazhab mereka, iaitu 'Sunnah wal Jamaah'. Apakah mereka adalah puak yang membunuh orang lain yang keluar dari mazhab mereka lalu menyebabkan peperangan demi peperangan berlaku?

Begitu juga dengan kisah seorang sahabat r.a yang bernama Saidina Maiz rh Bin Malik , yang mengakui telah melakukan kesilapan zina , walhal dia telah pun berkahwin, maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Saidina Maiz r.a dijatuhi hukuman rejam .
Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam .. ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Yaala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .
Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .
MUTAWATIR bererti : Satu berita yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai , yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu .


Nampaknya begitu panjang lebar hujah untuk menyokong hukuman rejam sampai mati itu.

cnth. Berpuluh-puluh orang yang menyaksikan jenayah ragut dikawasan itu amat pasti melihat dua orang pemuda yang naik motor telah meragut beg seorang nenek kemudian memecut motorsikal yang dinaiki manakala nenek tua itu cedera dengan parah akibat terjatuh kerana diragut. Orang ramai membantu Nenek tersebut. kemudian peristiwa itu disebar pada orang yang lain hingga diketahui seluruh negara.


Maka status hadis di atas pun begitulah juga , ianya bersifat MUTAWATIR .


Bagaimana pula riwayat yang terhasil daripada kisah sebegini sahihnya setaraf dengan sahihnya al-Quran? Atau ada unsur kufur di sini? Bukan Allah yang mengsahihkan riwayat hadis yang terdapat dalam Kitab al-Bukhari.


Berikut adalah jawpan dari Panel Al-ahkam.net mengenai hal ini:
Al-Quranul Karim tidak dapat dinafikan ianya bersifat Qotieyah ats-Tsubut sebab ia memang muktamad bersumber daripada Allah Taala tanpa ragu-ragu lagi .


Al-Hadist pula , apabila telah diselidik ianya benar-benar bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w , maka ia juga adalah Qoteiyah ats-Tsubut kerana ia telah diyakini bersumber drp Baginda Rasulullah s.a.w . Apatah lagi jika sesebuah hadis sahih itu pula bersifat Mutawatir ( sbg mana telah disebut di atas ) maka ia juga adalah Qotieyah ats-Tsubut .

Hujah ini mungkin adalah satu konspirasi untuk meletakkan al-Quran setaraf dengan riwayat hadis.

Orang-orang yang menentang Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ( yang telah dipastikan ianya adalah muktamad dan qotie , apatah lagi yang mutawatir ) bermakna dia telah menentang sesuatu yang telah diyakini datang daripada Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w ,. Dan orang-orang yang menentang Allah Taala dan Rasul-Nya s.a.w tidak syak lagi menjadi seorang yang murtad ! .


Hujah ini mungkin bertujuan menyamakan sifat mutawattir bagi al-Quran dengan sifat mutawattir bagi riwayat hadis. Pelbagai hujah mereka bagi menyamakan al-Quran dengan kitab lain.


Hadith-hadith lemah ( dhoief ) dan palsu ( maudhu ) sama sekali tidak bersifat QOTIEYAH ats-TSUBUT .
Walaupun Al-Quranul Karim itu telah muktamad bersumber drp Allah Taala ( Qotieyah ats-Tsubut ) , akan tetapi bukanlah semua ayatnya menunjukkan kepada dalil secara qotie ( secara muktamad ) ataupun di dalam lain perkataan tidak semestinya sesuatu yang qotieyah ats-tsubut itu MESTI JADI qotieyah ad-dilalah !!! .


Hujah daripada mereka yang ragu-ragu dengan al-Quran? Mereka hanya yakin pada sebahagian ayat sahaja?

Manakala al-Hadist pula walaupun diistilah sebagai ZONNI ( Boleh jadi benar datangnya drp Baginda s.a.w dan boleh jadi pula tidak bersumber drp Baginda s.a.w ) , akan tetapi banyak juga hadis-hadis yang bersifat QOTIEYAH ad-DILALAH . Yang bersigat Qotieyat ad-Dilalah ini sudah pastilah ia juga menjadi Qotieyah ats-Tsubut , dan sudah pasti pula hukuman yang diputuskan oleh hadis itu juga merupakan SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH LAGI DIPERTIKAIKAN !!!
Perbicaraan mengenai hal ini sangatlah menarik kerana ianya ada kena-menganai dengan apa yang dipanggil sebagai USUL dan FURU , dan kadang-kadang memeningkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan ahli di dalam selok-belok pengajian Islam dan B. Arab ! .

Riwayat hadis dalam Kitab al-Bukhari adalah disahihkan oleh al-Bukhari. Dan al-Bukhari tidak maksum, bukan? Atau kamu cuba menyamakan al-Bukhari dengan versi 'Nabi Muhammad' dalam ajaran Sunni?

Oleh sebab bukan semua hadis itu mestinya bersigat ZONNI ( pada dilalah mahupun tsubutnya ) sebagai mana kata-kata golongan yang anti-perlaksanaan undang-undang Islam , maka kata-kata mereka di atas itu sendiri sudah gugur secara automatik ( tak boleh dibuat hujah lagi ) !!! .

Mungkin inilah yang menjadikan Abdillah sebagai seorang muqallid? Iaitu orang yang mengikut ajaran nenek-moyang tanpa mempersoal ajaran itu. Apakah bezanya dengan penganut Hindu yang menyembah batu tanpa mempersoal sifat ketuhanan yang ada pada batu?

Kalau mereka tetap berkeras mengatakan bahawa semua hadis adalah ZONNI dan lantaran itu hadis tidak boleh dipakai ( sbg mana dakwaan GAH : Gerakan Anti Hadis ) ataupun mereka mengatakan bahawa hadist-hadist di atas semuanya tak boleh dipakai , maka kami jawab sekali lagi :
Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) .

Al-Quran adalah bukti kepada kesesatan yang terdapat dalam mazhab Sunni.

KESIMPULANNYA : Hukuman mati bagi mereka yang melakukan kesalahan zina ( bagi orang-orang yg telah berkahwin ) dan mereka yang melakukan kesalahan murtad adalah KUKUH dan SESUAI dengan ajaran Islam !!! .


Alangkah sayangnya tiadanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra diakhir zaman ini sebagai seorang perwira yang paling perkasa dan hebat menentang jenayah murtad ( Ar-Riddah Bi La Saiyyidina Abi Bakr as-Siddiq ) !!! .

Tiada paksaan dalam agama.

12(Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?)


Soalan gila.

Soalan gila? Atau kamu yang kekurangan hujah?
.
13(Adakah Al-Bukhari adalah satu lagi 'Superman'? Padahal, riwayat hadis dalam kitabnya berkenaan tarikh pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aisyah pun bercanggah antara satu sama lain.


Kemudian, saudara mendakwa ia langsung tidak bercanggah dengan al-Quran pula?


Atau saudara sekadar ingin menegakkan benang yang basah?
Apabila saudara sujud ketika solat, adakah saudara sujud kepada Allah atau As-Shafie? Atau saudara sujud kepada periwayat hadis tertentu?


Atau saudara menganggap bahawa Nabi Muhammad itu 'Superman'? Mempunyai 'lesen' untuk mengingkari perintah Allah yang terdapat dalam Surah An-Nur tersebut?


Atau saudara lebih beriman kepada Kitab Sahih Al-Bukhari berbanding Kitabullah?


Bukankah sudah banyak bukti yang menonjolkan kesilapan al-Bukhari dan As-Shafie?


Dari mana datangnya hukuman rejam sampai mati itu? Adakah Nabi Muhammad mendapat wahyu tertentu dari Tuhan yang lain selain daripada Allah?)


*Selagi ku ingin jawab. Bahwa memang ada segelintir Hadith Al-Bukhari dikritik namun ia mungkin difahami dengan dua makna malah mungki lebih dari itu. Ia tidak bersifat tetap semuanya. Kau bukanlah pengkaji Hadith, kau tidak belajar dengan guru tapi dengan internet? Ilmu mu belum takat mana jangan lah jadi sombong. Adakah kau tahu hadith yang berbeza itu? Aku takut kau hanya menerima hadith lemah atau maudhu mengenai hal ini. Perbezaannya hanya beberapa bulan sahaja itupun boleh difahami dengan lebih dari satu maksud. Siapa pula yang sujud pada As-Syafie? Al-Bukhari? Aku bukannya bermazhab Syafie. Namun tidak syak lagi As-Syafie adalah seorang soleh dan seorang yang imam mujtahid. Syafie bukanlah Nabi dan ajaran beliau adalah berdasarkan Hadith sahih! Imam Syafie tidak maksum beliau tidak menjumpai sebahagian Hadith Nabi s.a.w begitu juga imam-imam yang lain namun tidak pernah pula mereka berpesan mewajibkan ajaran mereka. Malah mereka orang soleh yang amat merendah diri dan hidup mereka dihujani ujian yang keras. Ke-empat-empat imam mazhab pernah mengungkap agar membuang ajaran yang bercanggah dengan hadith sahih termasuk ajaran mereka sendiri. Al Imam As Syafie r.a pernah berkata jika kamu menjumapai hadith Nabi s.a.w dan ia bercanggah dengan pendapatku maka terimalah ia dan campaklah pendapatku ke dinding!.
Jadi orang yang men-Nabi-kan Syafie lah yang bersalah bukan Imam Syafie sendiri. Ini juga boleh dicontohkan ajaran Nabi Isa a.s yang dieseleweng. Adakah kita menyalahkan Nabi Isa a.s atas kesesatan kristian? Tidak Ariji! Tidak!
Namun dengan tenang kau berkata As-Syafie telah menyebabkan ramai anak perempuan dipaksa kahwin?
Maka aku kata: Hatu Burhanakum In Kuntum Sodiqin ( Bawalah bukti kamu sekiranya kamu memang orang-orang yang benar ! ) .

Sila rujuk pakar hadis dan sila rujuk istilah 'wali mujbir'. Dalam mazhab Shafie berkenaan kes pernikahan, si bapa meminta izin si anak perempuan untuk menikahkan si anak perempuan hukumnya sunat, bukannya wajib.

14(Saudara baru saja memberikan bukti kelemahan riwayat hadis berbanding Kitabullah. Alhamdulillah.


Ya, faktor yang lebih kurang begitu juga berlaku sedikit terhadap riwayat Kitabullah, sehingga mempunyai dua riwayat Kitabullah iaitu Hafs dan Warsh, tetapi tidak sekronik riwayat hadis.)




*Tidak perlu bukti sememangnya Quran adalah lebih hebat kerana ia adalah Kalamullah. Tidak pernah pula aku menganggap hadith adalah sama tarafnya.
Riwayat Hafs dan Warsh langsung tidak sedikitpun kronik. Tiada masalah antara keduanya. Bezanya Qiraatnya saja. Hadith jika diberi pada yang jahil maka pasti ia kronik.


Antara riwayat Hafs dan Warsh juga berbeza sedikit dari segi makna. Sebagai contoh, sila rujuk Surah al-Baqarah ayat 125 bagi kedua-dua riwayat. Perbezaan 'tanda baris' boleh memberi maksud yang berbeza.


15(Pertamanya, mari kita lihat tafsir daripada Universiti Islam Antarabangsa bagi Surah Al-Hijr ayat 9;


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.


Sila rujuk http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html


Ini antara kelemahan puak Sunni dalam mentafsir al-Quran. Jelas, bahawa perkataan yang lebih sesuai adalah 'Peringatan' atau 'Al-Zikr', tetapi bagaimana pula mereka menukarnya dengan perkataan 'al-Quran'?


Namun, ini menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa 'Peringatan' itu merujuk kepada al-Quran. Dan mungkin kerana tidak mahu ia disalahfahamkan sebagai merujuk kepada riwayat hadis, lalu ditukarkan perkataan 'Al-Zikr' kepada al-Quran.
)
Aku tidak tahu mengapa kau membalas sebegini? Kau baca Quran ke kau baca TERJEMAHAN Quran??? Cuba buka Sura Al-hijr ayat 9 itu apa yang tertulis???
Zikir bukan hanya bermaksud peringatan sahaja ataupun hanya diterjemah sebagai Quran sahaja. Malah golongan Muslimin semua tahu apa itu zikir yang diamalkan seharian itu bukanlah hanya diterjemah sebagai Quran semata-mata malah mengandungi maksud lain termasuklah diterjemah sebagai Hadith Sahih!
Inna nahnu nazzalnaz ZIKRA wa innalahu,lahafidhzun surah Al-Hijr: 9
Dengan jelas dan terang ia tertulis zikir. Hadith itu Zikir kerana ia mengandungi cara beramal kepada Allah s.w.t melalui Rasul-Nya. Begitulah juga kerana solat juga digelar zikir. Kau menerima terjemahan zikir itu sebagai peringatan. Tapi Ariji, zikir juga diterjemah sebagai solat dalam :
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.surah Al-Baqarah : 239.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah zikir(solat) untuk mengingati Daku. Surah Taha: 14
.
Sila rujuk ulama Sunni sendiri berkenaan Surah al-Hijr ayat 9. Bukankah kamu bermazhab Sunni, wahai Abdillah?

Begitu juga di-surah yang lain zikir bermaksud dengan pelbagi seperti:


"Menceritakan" (QS. Maryam : 56),
"Al-Qur'an" (QS. Al-Anbiya : 50),
"Shalat" (QS. Al Baqarah : 239),
"Wahyu" (QS. Al Qamar : 25)


Maka jelaslah Zikir itu adalah cara mengingati Allah melalui Quran atau Rasul-Nya.

Tiada perkataan 'Salat' dalam Surah Al-Baqarah ayat 239. Al-Zikr, perkataan 'Al' itu menerangkan bahawa ia khusus kepada sesuatu.

Sebagai contoh; Al-Kitab, merujuk kepada Kitabullah, bukannya kepada kitab-kitab lain. Al-Quran pula bermaksud 'bacaan itu'; 'bacaan' jika diambil secara umum, suratkhabar pun boleh digelar sebagai bacaan.

16(Soalan ini, jika ditanya kepada si kena khatan pun tahu jawapannya. "Kulup la yang berubahnya. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Macam chipsmore.")


*ini sahaja kah hujah khatan mu? adakah masih tidak yakin akan Hadith? MasyAllah. Allah memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendaki-Nya!
*Lansung sedikitpun tidak sama seperti chipsmore! Chipsmore ditelan semuanya tapi kulup itu tidak pula!


Nah telah ku jawab hujah kau. Jadi jawablah semula jika kau masih enggan menerima Hadith. Dan semoga Allah s.w.t merahmat engkau dengan member taufik wa Hidayah kepada kau agar kembali menerima jalan yang lurus lagi benar. Amiin.Assalamualaikum Sahabat.


Allah Maha Besar. Berkuasa dalam tiap sesuatu.


Terima kasih kerana mendoakan saya agar dirahmati Allah dan diberi hidayah, dan semoga kita dipandukan ke jalan yang lurus.

Wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah merahmat kepada mereka yang benar-benar beriman.
Setelah membaca jawaban kau aku mengambil kira bahwa kau sememangnya jahil dalam ilmu agama dan taksub dengan ilmu sendiri.
Aku bukan mahu merendah-rendahkan kau namun jelas dan berbukti bahwa kau seorng yang mengikut hawa nafsu dalam berbicara mengenai agama. Al-Quran jika jatuh pada tangan orang yg jahil tidak mungkin boleh difahami. Sedangkan hujahku didalma komen kau begitu byk tapi hujah kedua ku yg telah lama aku beri pun masih kau tidak mampu menjawab semuanya. Bukan aku mahu menghina kau Ariji. Tapi kau sendiri yg memulakan dgn menyesatkan beberapa kefahaman dan pegangan kaum muslimin. kau menolak untuk menggelarkan diri dari golongan sunnah tapi dgn jahil kononnya menegak Quran. Tidak mengapa, Org seperti kau (anti hadith) amatlah banyaknya di beberapa kawasan di Afrika, Turkey, Amerika dll namun golongan ini tidak popular kerana hujah mereka lemah dan cacat. Apa kau igt kau mendapat 'Hidayah' dari Allah s.w.t utk menolak hadith Nabi s.a.w lalu kau merasa perlu untuk menyedrkan org ramai??? kemudian kau jumpa mcm2 hal yg tidak jelas bagi kau tapi kau da syok sgt. samapi kau buat blog dan dengan bangga kau ingin mengajar org?? tapi kau start dgn menyesatkan fahama Sunnah dgn senang lenang. MasyAllah.
Maaflah ariji, kes ini telah capai hampir ribuan kes. biasalah inilah namanya 'culture shock' mungkin terjadi pada kau kerana terlalu 'mengagungkan' ilmu di internet. hahahaha. tidak mengapa sedgkan masih begitu byk soalan -soalan tajam dari org kafir dan anti hadith namun kau ini (ariji) hanya mengketengahkan isu2 remeh yg telah berjuta kali dijawab sejak zaman dulu lagi. sekali lagi tidak mengapa!
cuma aku nasihatkan kau agar carilah dulu jawapan pada persoalan-persoalan kau ini. janganlah sombong bodoh berlagak konon pandai sangat. Hujah macam nie budak jurusan akaun pun bley bagi la. bukan aku mahu merendah2kan kau Ariji. igt kata2 kita boleh jadi doa dan mungkin dimakbul! oleh itu berhati2 dalam berkata2. Apa salahnya kau meneliti dulu perkara2 'sesat' itu dulu,siapkan dalil, teliti dulu adakah dalil itu sahih?, perlu ada hujah juga bagi menguatkan pandangan dan pendapat. ini soal Akhirat tahu,ini ilmu agama. jika tidak mampu menghormati dan mengikut disiplin dalam kalangan penuntut ilmu maka aku syorkan kau pergilah bentangkan hujah dan 'penemuan hebat' kau ini di media massa atau badan N.G.O yg sedia menerima kau. Ataupun sekurangnya kau patutnya fahamlah dulu sesuatu perkara atau buat satu Musyawwarah dan Syura dgn org2 berilmu dulu. bukannya dengan senyuman kau menunjukkan kecetekan ilmu dan menyanjungi sikap berandaian serta hidup dalam kejahilan yang nyata. Nauzubillah!
Jawablah kesemua hujah ku dan yang jawablah semula berkenaan kalendar hijrah dll lg. jangan hentam skit je sedangkan berpuluh yg lain kau tggalkan tanpa hujah dan aku pasti kau akan terus berdiam tanpa menjawab nya. xpalah Ariji kau tidak berilmu mengenai pelbagai perkara yg kau sendiri bangkitkan dan menjadi bingung jadi sebab itulah aku tidak berapa nak menunggu jawapan2 kau kerana bnyk yg kau jawab tapi xkene pada tempatnya atau ada yg jelas menunjukkan kau langsung tidak ada ilmu mengenai sesuatu hal. (tapi dgn gah pakai Quran pastu 'sesatkan' hal itu pulak) inilah contoh kejahilan yg dasyat.
bercakap atas nafsu dan kesombongan akhirnya jelas sesat.

Anonymous said...

(1 Nabi Muhammad adalah penutup bagi semua nabi, namun mazhab Sunni lah yang mengajar manusia bahawa Nabi Isa akan datang kembali, seterusnya bercanggah dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad sebagai penutup bagi semua nabi.)

(2 Tiada dalil dalam al-Quran yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir.)

* Nabi Isa akan dtg kembali bukan membawa wahyu baru. Baginda akan mengembalikan Islam dan menegakkan hak2 Muslimin.Baginda adalah Nabi yg belum wafat. Org terakhir yg dilantik membawa wahyu adalah Muhammad ibn Abdillah. Baginda adalah penutup semua Anbiyya dan Rasul. Apakah kau masih tidak faham aturan ini? atau berpura2 jahil dan tidak faham lagi?
Disebabkan kejahilan yg mengatakan akan ada Rasul setelah Nabi Muhammad s.a.w muncullah pelbagai versi 'rasul'. jadi kau percaya nanti akan ada lagi rasul yg dtg??
Innalillah..'rasul' palsu telah ada sejak zamn Abi Bakr r.a lg. golongan ahmadiyyah menganggap dajjal mirza ghulam ahmad juga 'rasul' adakah dia Rasul? tidak! 'rasul melayu' kahar pun dipuja sebagai 'rasul' oleh pngikutnya, adakah dia rasul? Tidak! ada juga yg menganggap rashad khalifa sbgai 'rasul' adakah dia Rasul? Tidak!
Jadi boleh aku bertanya samada 'rasul' kau sudah dtg?? siapa ya? atau belum lagi? atau sbenarnya kau pun xyakin akan dtgnya seorang rasul lg? Abis mana satu kau percaya nih? Muslimin yg menjadikan Quran sebagai panduan menganggap Rasul yg terakhir adalah Muhammad s.a.w!

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul SEBELUMMU (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami WAHYUKAN kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui. Al Anbiya : 7

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
Al Bayyinnah : 2

jelas sudah seorang Rasul adalah mereka yang diberikn wahyu serta syariat baru (yg menggantikan syariat yg lama). Jadi siapa agaknya pada kau atau dimana agaknya pada kau akan 'rasul' selepas Muhammad s.a.w al Mustafa.
seluruh kaum muslimin sedar akan syariat islam yg terkandung dlm Quran dan Sunnah adalah syariat yg akan kekal hingga kiamat. Apa kau ada pandangan lain? Jawab!

Anonymous said...

3) 'Nabi Muhammad' versi mazhab Sunni tidak meninggalkan umat Islam dalam keadaan terang dan jelas. Hukum agama bagaikan 'taman permainan' bagi mereka. Budaya 'menghalalkan yang haram' dan 'mengharamkan yang halal' popular dalam ajaran mazhab Sunni.

*kaulah yg menyesatkan fahaman sunnah. amat bahaya untuk berada di situasi kau ini. amat sesat. sila berikan bukti dan dalil tentang fahaman yg 'sesat' itu. kesemua hal fahaman sunnah yg kau 'sesatkn' telah aku jawab dengan dalil dan hujah. namun kau masih berdalih-dalih. Aku telah beri bukan satu tapi lebih dgn dalil yg terang dan jelas yg ditinggalkan Muhammad s.a.w!
Mungkin inilah salah satu bukti kecil bahwa kebenaran akan menghapuskan kebatilan seperti yg Allah s.w.t telah berfirman!

(4 Komputer juga sesuatu yang baru, maka ia bidaah? Maka Abdillah menggunakan teknologi yang bidaah? Ya, mungkin Abdillah maksudkan adalah bidaah dari sudut hukum agama. Suatu ketika dahulu, memakai tali leher pernah difatwakan haram oleh puak Sunni, namun pada hari ini mereka halalkan pula. Jika memakai tali leher hukumnya haram, maka menghalalkannya adalah bidaah, bukan?

Hakikatnya, mengeluarkan fatwa bahawa memakai tali leher itu hukumnya haram, mungkin itulah bidaah yang dimaksudkan oleh Abdillah.)

*Apakah kau faham akan bidaah dari segi agama itu? jika faham maka baguslah tapi kenyataan kau mengenai tali leher itu menunjukkan kau masih kurang teliti dlm memahami perkara ini. Jika mereka yg berpegang bidaah itu dari segi penambaham dlm agama pasti tidak akan susah pyh membuat fatwa itu. sedangkan billion lg ciptaan lain yg ada xkanlah ulama itu memilih tali leher sebagai bidaah lalu mengharamkannya pula???
ini pelik dan sia-sia. sila beri kan nama ulama yg 'mengharamkan' tali leher itu. jangan suka fitnah-fitnah. ia lebih dasyat dari membunuh!

Hakitkatnya kau masih tidak menjawab soalan pokok yg mendukung hujahku tapi memilih perkara-perkara biasa saja lalu sombong dgn jawapan itu. Sikap apa ini Ariji??
Marilah mencari kebenaran!

Anonymous said...

(Apakah Abdillah tidak mampu bezakan antara 'beriman' dengan keperluan sumber untuk dijadikan hukum?)

*kenyataan ku sebelum ini telah terdelete plak. pnt plak nk jwb semula. xpe2.

*Jawapan aku telah ada dlm hujah lepas.skrg aku bertnya pada kau apakah dan bagaimanakah caranya beriman kpd taurat dan injil itu untk jd org soleh seperti yg kau sebutkn itu??

(Ya, Abdillah. Jika Al-Bukhari, As Shafie, atau mungkin Nabi Muhammad itu yang dipertuhankanmu, maka bagi saya agama saya, dan bagi kamu agama kamu.)

*ayat ini adalah ditunjukkan pada mereka yg kafir. janganlah marah padaku dgn momokan sebegini. sedngkn akidah aku jelas aku nyatakan disini tapi kau pula hanya memusing2 fakta dan sentiasa menghina fahaman kaum muslimin. jngn biar emosi mengawasi akal!

(Jika benarpun hadis nabi Muhammad yang terjamin kesahihannya masih wujud, apakah Nabi Muhammad menyeru umatnya meninggalkan al-Quran? Bukan satu atau dua ayat al-Quran yang diingkari oleh mazhab Sunni.)

(Saya tidak mengatakan bahawa semua hadis Nabi Muhammad pupus, malah pengetahuan itu tiada dengan saya, hanya Allah Maha Mengetahui. Tetapi kegagalan puak Sunni merekod kesemua hadis Nabi Muhammad adalah satu fakta.

Nabi Muhammad dikala baginda masih hidup, sudah tentu banyak hadis yang disebutnya, tidak cukup dengan hanya apa yang terkandung dalam Kitab al-Bukhari itu.

Mengatakan riwayat hadis dijamin oleh Allah dengan menggunakan dalil Sura al-Hijr ayat 9 bercanggah dengan ajaran Sunni tertentu itu sendiri. Apa yang saya tahu, ulama Sunni sendiri mengatakan bahawa Surah al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada al-Quran, bukannya riwayat hadis.

(Jika Surah Al-Hijr ayat 9 itu merujuk kepada riwayat hadis, maka tiada pula ayat yang menjamin al-Quran?)

Nabi s.a.w tlh mensyariatkan agar ummatnya berpegang pada Quran dan Sunnah! Mana mungkin manusia berpegang pada Quran tanpa penjelasan dari Nabi s.a.w!
Tidak pernah pula Nabi s.a.w menuntut meninggalkn Quran. Ini dusta. Hadith Nabi s.a.w telah meliputi segala permasalahan agama. Islam telah lengkap. Jika hadith tiada permusuhan golongan2 'koranic' lah akan berleluasa. masing2 lebih pandai dr yg lain. sdgkn Quran wajibkan taati Rasul. Masih lg mereka jahil. Hadith dlm bukhari tdk lnkp dgn kesemua hadith sahih. byk lg kitab Hadith sahih dr Imam2 lain. Hadith dlm bukhari ada beribu! jwablah dulu haditnya jgn hentam orangnya! Apalah!

Kau tidak pandai Bahasa Arab. Lemahnya ilmu ini menyebabkn kau tidak faham akan Quran dgn baik. Bahasa Arab amat tnggi perkataan2nya amat kaya dgn tafsie dan tidak terikat dgn pemikran jumud seperti kau. Zikir merangkumi maksud yg luas bukan hanya diterjemah sebagai Quran sahaja. Apa kau buta atau tidak membaca hujahku yg telah tersedia jawab hal ini. aku telah bg dalil dr Quran lg. Kau suka betul mengingkari Quran ya. Sampai bila kau mahu hidup dalam kejahilan ini??

Anonymous said...

(Sila rujuk pakar hadis, riwayat hadis itu sememangnya wujud dalam Kitab al-Muslim.)

*Sila beli Sahih Muslim boleh? jangan sombong tahu 'sessatkan' aja. Fitnah terhadap Nabi s.a.w!!
Sila beri apakah salah satu 'pendapat peribadi' Nabi s.a.w itu.....
Hadith Nabi s.a.w adalah berkaitan hal2 Agama dan kesemuanya benar dan tepat. sekali lagi sila beri bukti utk Hadith ini. jangan bersikap lepas tangan. kau sudah menggunakan Hadith ini walhal kau bukannya terima Hadith!
Ini talam dua muka!
Beri dalil kalau kau di pihak yg benar!
Jika kau sombong degil tidak mahu belajar sifat Nabi s.a.w dgn benar dan terus cuba 'sesat'kn apa yg hak semoga Allah laknat perbuatan sebegitu!

(Kenyataan apakah ini? Ini mungkin adalah perbuatan meletakkan riwayat hadis setaraf dengan Al-Quran. Sememangnya inilah antara gejala penganut Sunni.)

*Terima kasih krn bertanya. Maksud aku adalah Hadith sahih tidak akan menyanggahi syariat Quran. Jika ia berbeza dgn Quran maka ia dinilai palsu. Faham?

(Kerosakan bukan datang kerana mentaati Rasul, tetapi kerana mentaat 'Rasul' palsu, yang digubah dengan unsur-unsur fitnah. Apa yang berlaku ini ada persamaan dengan kes 'Rasul Melayu'.

Apa yang dilakukan Omar itu iaitu keengganan menerbitkan kitab hadis tidak dicontohi dalam ajaran Sunni walaupun puak Sunni menggelarkan jua Omar sebagai salah satu daripada Khalifah Ar-Rashidin.)

Bagaimana keataatan dalam mentaati rasul itu Ariji?? Kita mentaati Allah dgn Quran dan mengikut Rasul agar tidak tersesat dari Quran!
Cuba lihat kau mudah saja sesatkan fahaman Sunnah sdgkan ayat Quran sendiri ada menyokong fahaman itu. cnthnya seperti kalendar hijrah. Sila jawab isu ini ya.
Bagaimana kau mentaati Muhammad s.a.w. ?
Apakah 'kerosakan' dimuka bumi yg disebab kan mentaati Rasul itu? sdgkan Billion lagi manusia kafir dan jahat yg merosakkan muka bumi serta manusia juga dibunuh! Tapi kau sibuk menyalahkan golongan Sunnah?? kau mendakwa golongan ini sesat dan sebagainya, kau sendiri yg menzalimi diri dgn ilmu yg kosong serta fikiran yg terganggu. Masakan masih banyak orang yg boleh kau herdik dan perbetulkan walaupun kau sendiri tidak betul, jgnlah sibuk menghentam Orang2 Soleh dan Ulama yg benar. Setiap sesuatu amalan dicatit Ariji, walau sebesar zarah pun!
Khalifah Al-Rasyiddun Umar Al-Khattab r.a adalah insan agung yg amat taat pada Nabi s.a.w dan pada setiap kata2 Baginda s.a.w hingga jika org kafir yg membaca sejarahnya pun tahu bagaimana perwatakan Umar r.a terhadap Nabi s.a.w.

Anonymous said...

(Salah satu taktik puak Sunni adalah menggunakan dalil dari Surah An-Najm ayat 3 bagi membela kesahihan riwayat hadis. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam hal ini adalah sila rujuk Surah An-Najm ayat 3 hingga 10.

Surah Najm ayat 3 itu merujuk kepada ucapan Nabi ketika menerima wahyu melalui Jibril. Sila kemukakan dalil dari al-Quran yang menerangkan tentang kemaksuman Nabi Muhammad.)

Nabi Muhammad adalah maksum dan terpelihara. segala apa yg ada didlm hadith sahih adalah dari Allah! Nabi s.a.w adalah terpelihara dari perkara yg sia-sia dan daripada kesalahan yg menyebabkan dosa besar dan mahupun dosa kecil.

“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari tuhan kamu. Dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanatnya..Dan ALLAH memelihara kamu dari KEJAHATAN manusia.” (al-Maaidah : 67)

Sila rujuk Tafsir Quran dan terjemahan Arab - Melayu mengenai istilah 'KEJAHATAN' dlm ayat di atas. Ia menunjukkan Nabi s.a.w adalah maksum.

“Dan bukanlah dia (Muhammad) seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.” (al-Takwir : 24)

sila beri bukti2 'pendapat Nabi s.a.w sendiri' seperti didlam Hadith 'muslim' itu Ariji.

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

An-Najm :2 - 5

Sdgkan didlm Sahih Hadith juga ada merakamkan tentang dtgnya Jibril a.s menemui Nabi s.a.w dan mengajarkan apa yg hanya boleh kita dapati didlm Hadith!
Bagaimana kau menerima Hadith seperti itu yg mempunyai sokongan dari Al-Quran? dgn akal sahaja? Rosak lah begitu.

Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz menyebut :


“Telah sepakat semua (ulama) umat Islam bahawasanya para Anbiya’ terutamanya Nabi saw maksum dari kesalahan dalam menyampaikan risalah dari ALLAH swt, firman ALLAH :(maksudnya : “Demi bintang ketika terbenam. [2] Kawanmu Muhammad tidak sesat,dan tidak pula keliru. [3] dan tiadalah yang diucapkannya itu(al-Quran) mengikut hawa nafsunya. [4]Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm : 1-5). Maka Nabi kita Muhammad saw maksum dalam semua perkara yang disampaikannya dari ALLAH swt samaada perkataannya, perbuatannya ataupun pengakuannya. Perkara ini tidak ada pertikaian di kalangan ulama. –tamat perkataan Ibn Baz-

Anonymous said...

(Antara formula yang digunakan oleh puak Sunni adalah seperti berikut;

Hikmah = Sunnah = Az Zikr = Hadis = Rasul = Muhammad.

Mereka seolah-olah sudah tidak mampu membezakan maksud antara perkataan-perkataan tersebut. Hakikatnya, 'Rasul' dari kalangan puak Sunni adalah selalu berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada versi 'Rasul' yang meletakkan hukum wajib bagi penyimpanan janggut, ada pula versi 'Rasul' yang meletakkan hukum sunat.

Kitab itu adalah rekod bertulis, manakala Hikmah adalah kebijaksanaan. Hikmah adalah tidak bersifat fizikal seperti rekod bertulis.

Mari kita perhatikan Surah Yunus ayat 1;

ALR, ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Mari pula kita perhatikan Surah Luqman ayat 2;

ini adalah tanda-tanda bagi Kitab hikmah.

Sebahagian puak Sunni lazimnya melakukan amalan membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, mari kita perhatikan Surah Yasin ayat 2;)

Sekali lagi aku beritahu kau krn kau seperti masih tidak mampu faham yg Bahasa Arab adalah kaya dgn keluasan dan ketinggian maknanya, lebih2 lg ayat Quran yg paling agung itu. Sila pelajari ilmu Bahasa Arab dahulu sebelum berlagak tidak tentu hala!

rujuk pada tafsir Quran dan Asbabun Nuzul bagi ayat surah Al Baqarah :129 itu dulu ya!
antara maksud doa yg terdpt didlm tafsir Quran mengenai doa Nabi Ibrahim a.s;

2.Mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah. Al-Kitab ialah Alquran, Al-Hikmah ialah mengetahui rahasia-rahasia, faedah-faedah, hukum-hukum syariat, serta maksud dan tujuan diutusnya para rasul itu menjadi contoh yang baik bagi mereka sehingga mereka menempuh jalan yang lurus.

Janggut adalah amat mustahak dan menjadi antara satu sunnah yg mulia utk diikuti. Golongan yg mewajibkannya berpegang dgn dalil yg kuat namun dalil itu masih tidak mewajibkannya. Apa pun ia bukan soal akidah dan kedua-dua pendapat dibenarkan dgn beberapa disiplin.Tidak syak lg menyimpan janggut adalah lebih mulia (dgn disiplin agama) berbanding bg mereka yg mencukurnya. Sila rujuk dengan lebih teliti dan mendalam mengenai hal ini dahulu sebelum kau ingin mengkritik apa2.

“Hikmah” adalah sampainya kepada kebenaran dan realitas melalui media ilmu dan akal. Hikmah berasal dari perkataan “hukm” yang bermakna menahan dan menawan. Dan makna pertamanya adalah menghukum yang menjadi sebab tercegahnya dan tertahannya kezaliman. Di antara tipologi hikmah adalah menahan manusia dari kebodohan,kekufuran dan kefakiran. Adapun 'ilmu bermakna mengetahui, pengetahuan, mencerap, memahami hakikat, dan asas sesuatu. Yang menunjukkan terdapat pada sesuatu melaluinya yang dapat dibezakan,dll.

semua surah yang kau sebutkan itu menaqalkan perkataan 'Hakim' bukannya 'Hikmah'. Walaupun terdapat juga persamaan diantara keduanya namun ia terdapat perbezaan. Disebabkan hal inilah yg menyebakan kau jahil ariji. Masakan kau hanya menggunakan terjemahan! silalah rujuk pada Quran ariji. Belajar dulu Bahasa Arab. Jgnlah membinasakan akal mu sendiri. kau telah banyak salah ni!!

Anonymous said...

(Nampaknya begitu panjang lebar hujah untuk menyokong hukuman rejam sampai mati itu.)

*Apakah kau tidak baca hujah ku mengenai hukum rejam didlm komen kau?? Lebih banyak telah aku berikan!! Fahamkan!

(Soalan gila? Atau kamu yang kekurangan hujah?)

*Sudah tentu soalan GILA malah JAHIL! Mana hujah kau untuk semua ini??? janganlag nak mengherdik aku dan mengejek2 ku selagi kau tidak menjawab hujah dan dalil ku!!
kau TIDAK LAYAK untuk ckp macam ini. Jawab dulu. jika sudah jawab kau maki hinalah aku ini macam mana sekalipun aku xkisah. TAPI JAWAB DULU HUJAH KU!!


(Antara riwayat Hafs dan Warsh juga berbeza sedikit dari segi makna. Sebagai contoh, sila rujuk Surah al-Baqarah ayat 125 bagi kedua-dua riwayat. Perbezaan 'tanda baris' boleh memberi maksud yang berbeza.)

*MasyAllah. Inikah perkataan yg disebut oleh org yg mendakwa dirinya 'Koranic'?
Rujuk Surah Hijr ayat 9 bagi kau beroleh kepastian bahwa Al-Quran dijaga oleh Allah s.w.t!
Quran diturunkan dlm 7 dialek Arab! Mana mungkin kesemuanya mengandungi beberapa 'maksud' yg berbeza! ini adalah fahaman Shia. Ini mengingkari Quran! Perbetulkan fahaman ini ariji!

Anonymous said...

Barangsiapa menceritakan hadith dariku dan hadith tersebut diketahui dusta(tidak sahih) maka dia adalah salah seorang pendusta.
(HR.Muslim)


Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka persiapkanlah tempat duduknya dalam neraka.
(HR.Muslim)