Wednesday, 26 May 2010

Papan Kekunci

Ini bukan tentang papan kekunci komputer atau laptop. Ini adalah papan kekunci muzik. Kenapa 'board' diterjemahkan sebagai 'papan'? Tetapi itulah Bahasa Malaysia, saya cuba terima ia seadanya.

"Dimanakah lagi kedai yang menjual instrumen muzik di Kota Bharu?"

"Setahu saya hanya di kedai ini." jawab pekerja kedai.

Saya pernah membeli gitar akustik Santa Cruz di kedai itu suatu ketika dulu. Hari ini, kedai yang pada mulanya ada dua lot, sekarang sudah menjadi satu lot. Di tingkat atas pula ada kelas muzik. Majoriti student di sini adalah berbangsa Cina.

Di US, harga keyboard ini hanya dalam RM300 sahaja. Di Kuala Lumpur pula ada kedai yang menjualnya serendah RM700. Namun di Kota Bharu ini harganya RM970 termasuk adapter. Keyboard lama saya telah dicuri. Saya 'harap' pencuri itu pandai bermain keyboard.

Saya tidak ada banyak pilihan. Hanya ada dua model keyboard yang dijual di kedai itu. Jenama Yamaha sememangnya diakui kualiti bunyinya. Jenama model ini adalah PSR E323.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

Kedai mana ni encik? Saya tak jumpa lagi kedai alat muzik di kota bharu.

Unknown said...

Kalau ikut keterangan penulis tu, rasanya Harmony Music tu. Area sri Cemerlang belakang Hayaki berkembar.

Unknown said...

Kalau ikut keterangan penulis tu, rasanya Harmony Music tu. Area sri Cemerlang belakang Hayaki berkembar.