Wednesday, 26 May 2010

Nabi Muhammad Tidak Maksum

Katakanlah; "Sesungguhnya aku telah diharamkan untuk menyembah itu yang kamu panggil selain daripada Allah apabila telah datang kepadaku bukti yang jelas dari Tuhan dan aku diarahkan untuk berserah kepada Tuhan sekalian alam." (40:66)

Ayat di atas menjelaskan kewujudan pengaruh syirik sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi.

Sesungguhnya Allah menerima taubat Nabi, Muhajirin, dan Ansar yang mengikutinya ketika saat kesusahan selepas apa yang hampir terpesong jantung-hati sebahagian daripada mereka kemudian Dia menerima taubat mereka. (9:117)

Ayat di atas pula menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah diterima taubatnya oleh Allah.

Dan oleh itu Kami wahyukan kepada kamu satu roh dengan perintah Kami, tidaklah telah kamu tahu apa Kitab dan tidak juga Iman, tetapi Kami telah membuatnya satu cahaya yang Kami akan pandukan dengannya sesiapa dari hamba Kami. (42:52)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman.

Wahai Nabi, kenapa kamu haramkan yang dihalalkan Allah untukmu, mencari keredhaan isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. (66:1)

Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah mengharamkan yang halal.

Dia bermasam muka dan berpaling, kerana telah datang padanya seorang yang buta. Tetapi apakah yang membuatkanmu tahu bahawa dia mungkin ingin membersih dirinya. Atau diingati agar memberi manfaat kepadanya Peringatan. Maka untuk yang berasa diri bebas dari keperluan, kemudian padanya kamu memberi perhatian. Dan tidak kepadamu tidak dia membersih sendiri. Tetapi demi untuk yang datang kepadamu bersungguh-sungguh. Dan dia takut. Maka kamu darinya diganggu. (80:1-10)

Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad telah melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah.

Dan Dia mendapati kamu sesat, kemudian Dia menghidayahkan. (93:7)

Ayat ini pula menjelaskan bahawa Nabi Muhammad pernah berada dalam kesesatan.

Dalil-dalil di atas jelas menerangkan bahawa Nabi Muhammad tidak maksum. Ingin ditekankan di sini bahawa, hujah yang digunakan oleh pihak tertentu bagi mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah maksum, sebenarnya merujuk kepada Rasul, bukannya Nabi. Dengan ini diharapkan  dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara Rasul dan Nabi. Dalil yang digunakan mereka antaranya;

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu lakukan maka tidak kamu sampaikan mesejNya. Dan Allah akan melindungimu dari manusia. Sesungguhnya Allah tidak menghidayahkan orang-orang yang kafir. (5:67)

Jelas, adalah untuk kamu pada Rasul Allah satu contoh yang baik untuk sesiapa yang berharapkan Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah banyak-banyak. (33:21)

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Rasul, bukannya Nabi.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

salam, bagus if ko rajin cari benda2 detail mcm ni.

tapi, aku nak ingatkan, jgn terlalu banyak tanda soal dlm pencarian, nnt syaitan mencelah.

seeloknya if ko nak buat kajian, ko cari la benda yg skrg ni tengah jadi isu kat mesia/dunia.

wallahualam.

ahmed helmi said...

Mashaallah, Astagfirullah..
Semua nabi bersifat maksum, definisi maksum di sini ialah bebas drpd melakukan kesilapan2 yg boleh mencemarkan risalah yg dibawa. Bermakna sekiranya anda menimbulkan persoalan ttg nabi tidak maksum, maka akn terbukalah pintu2 fitnah terhdp risalah yg dibawa oleh baginda. sekiranya nabi tidak maksum, Al-Quran yg kita baca kini boleh dipersoalkan kredibilitinya. Yang anda maksudkan sebenarnya, nabi itu manusia, dan pernah melakukan kesilapan. Disebabkan nabi maksumlah kesilapannya itu tidak memberi kesan pada risalah yg dibawanya. Wallahualam

Sumber: Perkara ini pernah dibincangkan di Sek Agm Mngh sy, dan begitulah penerngn dr guru agm YG BERTAULIAH stlh beliau menceritakan semua kesilapan2 Nabi Muhammad yg saudara tlh sebutkn itu.