Tuesday, 21 August 2012

Akl

Akl bermaksud "pemakanan-atau-penggunaan";

Dan pengambilan mereka riba dan sesungguhnya mereka dilarang darinya dan akl mereka harta manusia dengan batil dan kami sediakan bagi si kafir dari mereka azab pedih (4:161).

Dan kamu melihat banyak dari mereka mengetatkan pada dosa dan pelampauan-batas dan akl mereka suht pasti jahat apa yang mereka telah amalkan (5:62).

Kenapa tidak kamu larang mereka, rabb-palsu dan ahbar-ahbar dari perkataan mereka dosa dan akl mereka suht pasti jahat apa yang mereka telah kerjakan (5:63).

Dan kamu makan-atau-guna warisan akl yang-mendatang (89:19).

Wallahualam.

Friday, 3 August 2012

Afilin

Afilin bermaksud "yang dari ada kepada tiada". Namun dalam coretan ini, kata kerja bagi afilin ditulis sebagai afilin jua;

Dan apabila diseliputi atasnya malam dia melihat bintang, dia berkata; "Ini adalah Rabb ku", maka apabila ia afilin, dia berkata, "Tidak aku mencintai afilin". Maka apabila dia melihat bintang menyinsing dia berkata; "Ini Rabb aku", maka apabila ia afilin dia berkata; "Pasti jika tidak Dia menghidayahkan aku, pasti aku menjadi dari kaum pesesat. Maka apabila dia melihat mentari menyinsing, dia berkata; "Ini Rabb aku, ini lebih besar maka apabila ia afilin dia berkata; "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas-diri dari apa yang kamu syirikkan (6:76-78).

6/77-78 menerangkan bagaimana kalimah "sesat" (6/77), dithen-ifkan dengan "syirik" (6/78).

Namun, dalam ajaran Sunni terdapat fahaman kalimah "sesat" dithen-ifkan dengan "bidaah", namun begitu terdapat jua fahaman "bidaah hasan", mungkin sebagai counter kepada fahaman yang pertama itu.

Wallahualam.

Thursday, 2 August 2012

Ifk

Ifk bermaksud "penipuan".

Sesungguhnya orang yang mendatangkan dengan ifk sekumpulan dari kamu, jangan menghisabnya keburukan bagi kamu, malah, ia kebaikan bagi kamu (24/11).

Kenapa tidak, apabila kamu mendengarnya, mereka anggap, yakni-orang yang beriman dan perempuan yang beriman, dengan nafs mereka kebaikan, dan mereka berkata; "Ini adalah ifk yang nyata" (24:12).

Dan berkata orang yang kufur; "Sesungguhnya ini hanya ifk, dia menggubahnya dan dia mencari-pertolongannya, atasnya kaum terkemudian, maka sesungguhnya mereka datangkan kezaliman dan kepalsuan" (25:4).

Sesungguhnya  apa yang kamu ibadatkan selain dari Allah, berhala, dan kamu menciptakan ifk, sesungguhnya yang kamu mengibadatkan dari selain Allah tidak menguasai bagi kamu rezeki, maka carilah di-sisi Allah rezeki dan mengibadatkanNya dan mensyukuri bagiNya kepadaNya kamu kembali (29:17).

Dan mereka berkata; "Tidaklah ini kecuali ifk yang-digubah (34/43).

"Adakah ifk tuhanah-tuhanah selain dari Allah kamu mahukan" (37:86).

Tidaklah, sesungguhnya  mereka dari ifk mereka, pasti-mereka katakan.; "Lahir-anak Allah" dan sesungguhnya mereka pasti pendusta (37:151-152).

Maka mereka-akan-berkata;"Ini adalah ifk purba (46/11).

Dan itu ifk mereka dan apa yang mereka menggubah (46/28).

Wallahualam.

Sunday, 29 July 2012

Ufuq

Ufuq bermaksud 'ufuk'. Ayat Allah mampu 'dilihat' di ufuq, mahupun di nafs;

Kami akan memperlihatkan mereka ayat Kami di ufuq dan di nafs mereka sehingga menerang bagi mereka sesungguhnya ia kebenaran (41/53).

Ufuq merujuk kepada keadaan seperti terang (81/23) dan tinggi (53/7) jua;

Dan dia melihatnya dengan ufuq Terang (81:23).

Dan dia dengan ufuq Tinggi (53:7).

Wallahualam.

Friday, 6 July 2012

Uff

Uff bermaksud 'huh' bagi mengekspresikan keluhan. Seumpama merenung keperihan si ibu mengandung (31/14), dan melahir dan mendukung dan mefisal (46/15), si anak diberikan peringatan;

Dan jangan kamu katakan kepada mereka-berdua uff dan jangan menengking mereka-berdua dan katakan bagi mereka-berdua perkataan mulia (17/23).

Contoh bagi 17/23 diterangkan dalam 46/17;

Dan yang berkata kepada kedua-ibubapanya; "Uff bagi kamu-berdua, adakah kamu-berdua menjanjikan aku yang aku akan dikeluarkan dan sesungguhnya telah-berlalu generasi dari sebelum aku?" (46/17).

21/67 pula menerangkan Ibrahim mengekpresikan keluhan bagi kaumnya;

"Uff bagi kamu dan bagi apa yang kamu abdikan dari selain Allah, maka apakah tidak kamu menggunakan-akal?" (21:67).

Wallahualam.

Wednesday, 4 July 2012

Asl

Asl bermaksud 'asalan' atau 'akar'.

Seperti pohon baik aslnya kukuh dan dahannya di langit (14/24).

Pohon yang sudah besar-panjang, sebelum itu bijian benih. Dari tanah, ia tumbuh keluar ke langit. Si Arab menggelar akar sebagai 'asalan' kerana di tempat itu permulaan si pohon.

Jika dilihat pada pohon dan ditanya, 'dimanakah asalannya?', maka akar dituju, sebagaimana asl dirujuk kepada akar jua dalam 59/5;

Apa kamu menghiris dari linah atau kamu meninggalkannya aqim atas aslnya (59/5).

37/64 pula menerangkan Jahim dicipta dalam kadar waktu, kerana ia diumpamakan mempunyai asalan;

Sesungguhnya  ia pohon yang keluar di asl Jahim (37:64).

Wallahualam.

Monday, 2 July 2012

Isr

Isr bermaksud 'ikatan'.

Dan dia meleraikan dari mereka isr mereka dan gari yang telah-dijadikan atas mereka (7/157).

7/157 menerangkan isr dari konotasi negatif, sebagaimana diterangkan dalam 2/286;

Rabb kami, dan jangan Engkau letak-beratkan atas kami isr, sebagaimana Engkau letak-beratkan atas orang dari sebelum kami (2/286).

Manakala 3/81 menerangkan isr dari konotasi yang positif;

Dia berkata;"Adakah kamu berikrar dan kamu mengambil atas itu isrku?" Mereka berkata; "Kami berikrar", dan dia berkata;" Maka kamu bershahadahlah dan aku bersama kamu dari penshahadah (3/81).

Wallahualam.

Sunday, 24 June 2012

Ashir

Ashir bermaksud 'angkuh'.

"Telah ditemukan Zikr atasnya dari antara kita, bahkan-tidak, dia penipu yang ashir". Mereka akan-mengetahui siapa itu penipu yang ashir. (54:25-26).

Wallahualam.

Saturday, 23 June 2012

Uswat

Uswat bermaksud 'ikutan'. Salah faham bagi takrif 'uswat' dalam konteks 33/21 boleh membawa kepada konsep 'Sunnah Nabi' dalam erti fizikal semata, padahal si ustaz pergi ke pejabat dengan menaiki Volvo, bukan dengan menaiki unta, walaupun berpegang pada 'sunnah', jika katanya.

Atau si ustaz melabel orang lain sebagai 'anti-sunnah', sedangkan dia sedang bercakap dalam bahasa Melayu?

Pasti-sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasul Allah uswat bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan yang ingat Allah banyaknya (33:21).

Golongan yang tidak menepati 3 ciri yang diterangkan dalam 33/21, maka pada Rasul Allah bukan uswat bagi mereka, walaupun jika mereka berjubah dari leher hingga ke buku lali. Uswat boleh merujuk kepada Ibrahim jua;

Sesungguhnya adalah bagi kamu uswat yang-baik pada Ibrahim dan yang bersamanya apabila mereka berkata pada kaum mereka; "Sesungguhnya kami berlepas-diri dari kamu dan dari apa yang kamu ibadatkan dari selain Allah, kami kufur dengan kamu dan yang muncul antara kita dan antara kamu ketidak-sukaan dan kebencian selamanya sehingga kamu beriman dengan Allah satuNya (60/4).

Mari pula perhatikan 60/6;

Pasti-sesungguhnya bagi kamu pada mereka uswat yang-baik bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan siapa berpaling maka sesungguhnya Allah, Dia Kaya dan Terpuji. (60:6).

 'Mereka' dalam 60/6 merujuk kepada 'Ibrahim dan yang bersama Ibrahim' dalam 60/4.

Wallahualam.

Tuesday, 19 June 2012

Asin

Asin bermaksud 'berubah kepada buruk' atau 'basi'.

Misal jannah yang-mana dijanjikan-kepada orang yang bertaqwa padanya sungai dari air yang-tidak asin (47/15).

Sunday, 17 June 2012

Ismail

Apabila Allah jadikan Bait model bagi manusia dan keamanan, Allah kontrakkan kepada Ibrahim dan Ismail; "Bersihkanlah Bait Aku bagi yang melawat, setia, rukuk dan sujud (2/125). Dan apabila Ibrahim merafa' kedudukan dari Bait dan Ismail;" Rabb kami, terimalah dari kami sesungguhnya Engkau, Engkau Mendengar dan Alim" (2:127).

Sesungguhnya Ismail siddiq pada janji dan dia adalah Rasul, Nabi. Dan dia menyuruh ahlinya dengan Solat dan Zakat dan dia di-sisi Rabb nya diredhai (19/55). Ismail adalah dari kalangan penyabar (21/85) dan dari kalangan lebih-baik (38/48).

Ibrahim berkata; "Pujian bagi Allah  yang menganugerahkan aku atas ketuaan, Ismail dan Ishak, sesungguhnya Rabb ku pasti Mendengar doa" (14/39).

Wallahualam.

Saturday, 9 June 2012

Asaf

Asaf bermaksud 'kekecewaan'.

Maka apabila mereka cuba-mengasafkan Kami, Kami naqim dari mereka, dan Kami tenggelamkan mereka semuanya (43:55).

Golongan yang tidak beriman dengan Kitab, boleh mengecewakan penganzar (18/6), di mana penganzar boleh terdiri dari Nabi jua (7/150, 20/86).

Wallahualam.

Tuesday, 5 June 2012

Tadabbur Bhg. II

Bagi penubuhan GTQ, maka kalimah 'tadabbur' dalam bahasa Melayu harus didefinasikan secara kritikal. Dalam coretan ini, kalimah 'tadabbur' dipaksikan kepada bahasa Melayu.

Kalimah 'tadabbur', dipinjam dari bahasa Arab, iaitu 'tadabbur', kata akarnya adalah 'dabara'. 'Dabara' bermaksud 'mengikut dari belakang' atau 'membawa bersama'.

Kalimah 'dibrah', iaitu bersifat antonim bagi 'qiblah'. Dalam keadaan al-Quran mengadap ke arah qiblah, maka perilaku 'mengikut dari arah belakang al-Quran' boleh dikenali sebagai 'tadabbur al-Quran'.

Kata akar itu juga membawa unsur maksud 'yang akhir', menerangkan bahawa 'tadabbur Quran' ini prosesnya dari seseorang secara berperingkat, sebagai contoh mungkin bermula dengan sebilangan kecil ayat pada permulaannya, di mana lebih banyak jumlah ayat pada akhirnya.

Kalimah 'udabir' bermaksud pemutus hubungan, dalam konteks ini, menerangkan ada hubungan tertentu yang diputuskan apabila 'tadabbur al-Quran'.

Kalimah 'tadbir' dalam bahasa Melayu dipinjam dari kata akar ini. Dalam konteks ini, tadabbur al-Quran boleh membawa maksud 'menjadikan al-Quran sebagai asas pentadbiran'.

Manakala kalimah 'tadabbur' itu sendiri didefinasikan sebagai 'meneliti-memikir', iaitu perilaku yang dilakukan untuk 'mengikut al-Quran dari arah belakang'.

Adakah anda expect untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan tanpa 'meneliti-memikir' arahan soalan?

Berikut adalah adalah visi, misi dan objektif GTQ setakat ini;

1) Visi

Untuk tadabbur setiap kalimah dalam al-Quran secara komprehensif.

2) Misi

Memberi ruang dan peluang kepada manusia samada ahli team atau bukan ahli terutamanya di penempatan orang berbahasa Melayu seperti Malaysia, untuk menyuara, mendengar, berkongsi dan berdiskusi pendapat atau analisis mengenai al-Quran secara matang supaya menambah ilmu mengenai al-Quran dari masa ke semasa dengan berimejkan muslim.

3) Objektif

- Mengadakan aktiviti interaktif dua-hala seperti pembentangan, sesi soal jawab, dan debat mengenai al-Quran secara maya atau bukan-maya.

- Mengutamakan kaedah QbQ dalam memahami maksud sesuatu kalimah dalam al-Quran.

- Memberi penekanan terhadap Bahasa Arab al-Quran.

- Mempraktiskan nilai-nilai murni al-Quran dalam aktiviti seharian.

Wallahualam.

Monday, 4 June 2012

Assas

Assas bermaksud 'asas'.

Jangan kamu aqim padanya selamanya, pasti masjid assas atas ketaqwaan dari awal hari lebih haq bagi kamu aqim padanya rijal yang mencintai untuk membersih dan Allah cintakan orang yang membersih (9/108).

9/107-108 menerangkan persoalan dasar penubuhan masjid. Masjid yang berasaskan ketaqwaan, ahlinya adalah golongan yang cenderung untuk membersih.

Adakah maka siapa telah-assas binaannya atas taqwa dari Allah dan keredhaan lebih-baik atau siapa telah-assas binaannya atas pinggir hurf maka roboh dengannya di Neraka jahannam dan Allah tidak menghidayahkan qaum yang zalim (9:109).

Wallahualam.

Tuesday, 22 May 2012

Israil

Israil pernah mengharamkan makanan atas dirinya (3/93), dan zuriatnya pernah dinikmatkan oleh Allah (19/58). Zuriatnya dikenali sebagai 'Bani Israil'.

Allah memberi Bani Israil Kitab dan Hikmah dan Kenabian (45/16). Musa dan Harun berjumpa dengan Firaun dan berkata; "Sesungguhnya kami Rasul-rasul Rab alam-alam. Hantarkan dengan kami Bani Israil" (26/16-17).

Musa berkata; "Tidak patut aku berkata atas Allah kecuali kebenaran, sesungguhnya aku datang kepadamu dengan keterangan dari Rabb kamu maka hantarkanlah dengan aku Bani Israil (7/105).

Musa berkata;" Sesungguhnya kami Rasul-rasul Rabb kamu, maka hantarkanlah bersama kami Bani Israil, dan jangan seksa mereka. Sesungguhnya kami datangkan kamu dengan ayat dari Rabb kamu dan salam atas siapa yang ikut panduan (20/47).

Oleh kerana Bani Israil bersabar, Allah hancurkan apa yang Firaun dan orangnya lakukan dan rancangkan, dan Allah lintaskan Bani Israil lautan (7/137-138), dan Allah tempatkan mereka penempatan yang sidiq, dan Allah rezekikan mereka dari kebaikan, dan mereka tidak khilaf sehingga datang-kepada mereka ilmu (10/93).

Allah memberi Musa Kitab dan Allah menjadikannya panduan bagi Bani Israil (17/2, 32/23), dan Allah wariskannya kepada mereka (40/53) dan Allah selamatkan mereka dari Firaun (44/30-31, 20/80) dengan melintaskan mereka lautan (20/77).

Allah berkata; "Wahai Bani Israel, ingatilah kamu akan nikmat Aku yang Aku nikmatkan atas kamu (2/47, 2/122), dan penuhilah ahdaKu, dan Aku akan-penuhi dengan ahda kamu" (2/40). Allah mengambil-perjanjian dengan Bani Israil; "Kamu tidak menyembah selain dari Allah, dan berbuat baik kepada ibubapa, saudara-mara, dan anak-yatim, dan orang miskin, dan berkata kepada manusia dengan baik, dan aqim Solat, dan berikan Zakat", kemudian mereka berpaling kecuali sedikit dari mereka (2/83).

Bani Israil memungkiri janjinya dengan Musa (7/135). Harun berkata; "Wahai anak ibuku, jangan menarik dengan janggutku dan jangan dengan kepalaku. Sesungguhnya aku takut nanti kamu katakan;"kamu memfariqkan antara Bani Israil, dan tidak kamu mengikut kataku (20/94).

Telah datang kepada Bani Israil, ayat yang terang (2/211). Pemimpin Bani Israil  selepas Musa, mereka berkata kepada nabi mereka; "lantikkan kepada kami seorang raja supaya kami berperang di jalan Allah". Nabi berkata; "Apakah jika peperangan dikitabkan kepadamu, kemudian kamu tidak berperang?" Mereka berkata;" Kenapa kami tidak berperang di jalan Allah apabila kami dihalau keluar dari rumah kami dengan anak-anak kami." Namun, apabila peperangan dikitabkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit dari mereka. (2/246).

Sesungguhnya Allah mengambil perjanjian Bani Israil dan Allah menghantar kepada mereka Rasul apabila saja datang kepada mereka Rasul dengan apa yang tidak hawakan nafs mereka, satu kumpulan menafikan dan satu kumpulan membunuh (5/70).

Isa berkata;" Siapakah membantu aku kepada Allah?" Disipel berkata;"Kami pembantu Allah". Maka beriman satu kumpulan  dari Bani Israil dan kufur satu kumpulan (61/14).
Isa adalah Rasul (3/49) dan contoh kepada Bani Israil (43/59). Allah mengambil perjanjian bagi Bani Israil dan Allah melantik dari mereka  dua-belas wakil, dan Allah berkata; "Aku adalah dengan kamu jika kamu aqim Solat, dan kamu berikan zakat, dan kamu beriman dengan Rasul-rasulKu, dan kamu sokong mereka, dan kamu meminjamkan Allah pinjaman baik, maka Aku akan timbuskan dari kamu kejahatan kamu dan Aku memasukkan kamu ke dalam Jannah mengalir dari bawahnya Sungai" (5/12).

Isa berkata; "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah Rasul kepada kamu mensiddiqkan dengan apa  antara tanganku dari Taurat dan membawa berita-gembira dengan Rasul mendatang dari  selepas aku, namanya Ahmad" (61/6).

Allah mengkitabkan Bani Israil; "Sesiapa yang membunuh nafs dengan tanpa nafs, atau kerosakan di Bumi, maka umpama dia membunuh manusia kesemuanya dan siapa menghayatkannya maka umpama dihidupkan manusia kesemuanya (5/32).

Dan apabila Allah menghalang Bani Israil dari Isa, apabila Isa datang kepada mereka dengan keterangan maka berkata seorang yang kufur dari mereka; "Tidak ini melainkan sihir yang nyata" (5/110).

Kecelakaan yang mengkufur dari Bani Israil atas lisan Daud, dan Isa anak Maryam itu dengan apa yang mereka engkari (5/78).

Wallahualam.

Sunday, 13 May 2012

Q1st Bhg. II




Tajuk: Q1st
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji & Eny

Penyanyi: Ahli Q1st


We are from Q1st
We are a great team
We always support each other strive for our team
We are together
To achieve the dreams
We share our laugh and tears in good and hard time


We love Q1st
We are always the best
We love Q1st always
Professionalism excellence self-discipline active learning teamwork innovative and integrity


We should always think positive
If we make a mistake we learn
And improve to be a better Q1st


We are from Q1st
We are together
We always support each other strive for the better
Whenever we fall
We never give up
We strive to do the best in whatever we do

Wallahualam.

Thursday, 10 May 2012

Gems

Saya pernah mahu menulis artikel bertajuk "Gems" suatu ketika dahulu. Tetapi hari ini, saya telah menamatkan kursus itu, bagi bahagian pertama.

Kembali punya lebih masa untuk mencoret blog.

1) Tujuan

Tujuan saya memasuki kursus ini adalah untuk belajar. Setelah permohonan saya untuk menyambung Coursework MBA di UiTM Shah Alam ditolak, rakan saya Zam, mencadangkan saya memasuki Gems. Wow, that's good idea, saya ingin belajar.

2) Rakan

Mendapat rakan-rakan baru di Gems. Ada seorang gadis menarik perhatian saya. Kerana dia aktif, tabah, soft skill yang baik, dan boleh dikatakan open-minded. Saya lebih tertarik gadis sebegini daripada gadis berjubah, tetapi minda tertutup. Tetapi dia sudah berpunya.

Saya tidak mampu menerima gadis yang minda tertutup sebagai pasangan hidup. Isu ini mengingatkan saya kepada seorang gadis berpurdah, tetapi mindanya tertutup.

3) Open-minded

Apa yang saya maksudkan dengan open-minded dalam isu ini? For me, it's about how her respond for a kritikan membina.

4) Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul

Oh my, perempuan memang suka buku ini ya? Aiza menyebut tajuk buku ini kalau tidak silap saya. Buku ini yang pernah dibeli oleh Geng Fela', satu buku bagi setiap ahli.

5) Lirik

"Two heads are better than one."

Wow, bagaimana Eny initiate, mengajak saya siapkan lirik lagu Q1st dikala saya sedang stuck dalam menyiapkannya. Thanks Eny!

Mungkin saya akan kembali lagi dengan episod kedua. Adakah saya tertinggal penyembur ketiak di Merang tadi? Baru dalam seminggu saya beli barang itu.

Tidak sempat untuk copy semua gambar dari Azizi tadi. Nampaknya, saya perlu menggunakan plan B iaitu mendapatkan gambar dari Facebook. :P

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

Monday, 7 May 2012

Asr

Asr bermaksud 'tambatan';

Kami menciptakan mereka dan kami menguatkan asr mereka (76/28).

Asir pula bermaksud 'yang ditambat';

 Dan mereka memberi-makan makanan atas cintanya orang-miskin, anak-yatim, dan asir (76/8).

Wallahualam.