Thursday 10 May 2012

Gems

Saya pernah mahu menulis artikel bertajuk "Gems" suatu ketika dahulu. Tetapi hari ini, saya telah menamatkan kursus itu, bagi bahagian pertama.

Kembali punya lebih masa untuk mencoret blog.

1) Tujuan

Tujuan saya memasuki kursus ini adalah untuk belajar. Setelah permohonan saya untuk menyambung Coursework MBA di UiTM Shah Alam ditolak, rakan saya Zam, mencadangkan saya memasuki Gems. Wow, that's good idea, saya ingin belajar.

2) Rakan

Mendapat rakan-rakan baru di Gems. Ada seorang gadis menarik perhatian saya. Kerana dia aktif, tabah, soft skill yang baik, dan boleh dikatakan open-minded. Saya lebih tertarik gadis sebegini daripada gadis berjubah, tetapi minda tertutup. Tetapi dia sudah berpunya.

Saya tidak mampu menerima gadis yang minda tertutup sebagai pasangan hidup. Isu ini mengingatkan saya kepada seorang gadis berpurdah, tetapi mindanya tertutup.

3) Open-minded

Apa yang saya maksudkan dengan open-minded dalam isu ini? For me, it's about how her respond for a kritikan membina.

4) Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul

Oh my, perempuan memang suka buku ini ya? Aiza menyebut tajuk buku ini kalau tidak silap saya. Buku ini yang pernah dibeli oleh Geng Fela', satu buku bagi setiap ahli.

5) Lirik

"Two heads are better than one."

Wow, bagaimana Eny initiate, mengajak saya siapkan lirik lagu Q1st dikala saya sedang stuck dalam menyiapkannya. Thanks Eny!

Mungkin saya akan kembali lagi dengan episod kedua. Adakah saya tertinggal penyembur ketiak di Merang tadi? Baru dalam seminggu saya beli barang itu.

Tidak sempat untuk copy semua gambar dari Azizi tadi. Nampaknya, saya perlu menggunakan plan B iaitu mendapatkan gambar dari Facebook. :P

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: