Sunday 15 May 2011

Perempuan dan Lamaran


Tiga perempuan yang telah saya lamar di institusi ini. Saya mengatakan institusi ini, kerana saya masih berada di institusi ini, menghabiskan baki kerja yang perlu diselesaikan.

Apabila saya mencoret 'lamaran' dalam coretan ini, yang saya maksudkan adalah melamar sebagai girlffriend saya.

1) Hani

Mula tertarik dengannya apabila dia menunjukkan sikap mempersoal. Lihat bagaimana dalam blog ini saya mempersoal ajaran Sunni, di situ saya lihat persamaan antara saya dengan dia, iaitu mempersoal.

Faktor keduanya, perangainya umpama kanak-kanak riang. Dia pernah menggelepar di atas lantai seperti kanak-kanak ketika kami menjalani kursus Biro Tatanegara. Tetapi, pada hari ini, dia mungkin sudah lupa tentang kes ini.

Faktor ketiga, bagaimana dia membela watak si suami yang mati pucuk. "Takkanlah dah bersama 4 tahun, nak tinggalkan si suami begitu saja? Cubalah usaha bagi merawat penyakit itu."

Kes yang ini berlaku apabila kami beramai-ramai berdiskusi, antaranya tentang isu mati pucuk.

Ketiga-tiga faktor di atas adalah berlaku ketika kami menghadiri kursus Biro Tatanegara pada tahun lepas. Dalam keadaan yang tak berapa kenal, saya telah melamarnya melalui tagged. Dia lah perempuan pertama di institusi ini, yang saya melamar. Saya melamarnya dengan sms. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/03/putus-cinta.html

2) Fatim

Fatim, mula mengenalinya apabila kami sekelas bagi subjek bahasa Inggeris pada penggal pertama tahun lepas. Ketika itu berlaku kekurangan tenaga pengajar bahasa Inggeris, sehingga kami terpaksa bergabung kelas.

"Hai, boleh minta tolong? Boleh awak tolong kutip duit bagi bayaran membeli buku bahasa Inggeris pada rakan-rakan awak pelajar diploma?"

Mungkin ayat seumpama ini yang pertama saya katakan kepadanya.

Antara faktor yang saya tertarik dengan Fatim ketika itu adalah adalah adanya item al-Quran di Facebooknya ketika itu. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/04/target-bhg-ii.html

Dalam keadaan yang kurang kenal juga, saya melamarnya, melalui Facebook.

3) Farhana

Mula mengenali gadis ini ketika kami menjadi sukarelawan Sukan Anak Yatim Malaysia, atau secara ringkasnya, SUKYA. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/03/sukya.html

Faktor yang saya tertarik dengannya antaranya, ayat berbaur tauhid di bahagian maklumat facebooknya seperti berikut, kalau tak silap saya;

cinta ini kdg2 myakiti ati,trutamnya apabila dimain olh org yg bnr2 kte cnta,olh itu,jgn fkrkn cinta duniawi,ushalh utk mcari cnta Allah s.w.t,krn cnta Allah sahaja dpt mnnagkn hati kte stiap keadaan suka maupun duka,wahai kaum hawa skalian,jgnlh bsdh tkkala cnta klian ddustai.krn ia mmg x akn kekl dlm khidupn,yg kekl hnylah stu,iaitu cnta kpd Allah…insyaAlaah kalian akn mdpt ktnngan..,yg burk dtg dri kta,yg baik dtang dri Allah s.w.t…

Dalam keadaan kurang kenal juga, saya melamarnya melalui Facebook.

Berikut adalah persamaan dari ketiga-tiga kes di atas;

1) Kurang kenal

Ketiga-tiga gadis di atas, saya melamar ketika kami kurang kenal antara satu sama lain, atau dalam erti kata lain, pada awal perkenalan.

2) Tidak bersemuka

Saya melamar mereka secara tidak bersemuka, iaitu samada sms atau facebook. Apa? Melamar secara bersemuka? Mungkin lain kali.

3) 2010

Kesemua lamaran dan awal perkenalan antara kami berlaku pada tahun 2010.

4) Merek bertiga pernah sebagai penari.

Antara perbezaan pula seperti berikut;

1) Kekerapan lamaran

Saya melamar Fatim lebih dari sekali. Pada tahun ini, saya telah melamarnya sekali lagi, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2011/01/aku-bukan-siapa-bhg-iii.html. Sedar tak sedar, Zulfadhli telah menjadi boyfriend nya.

2) Bulat

Hani dan Fatim berwajah bulat, tetapi Farhana berwajah bujur. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/04/mana-lebih-bulat.html. Gambar dua orang gadis dari link ini bukan Hani mahupun Fatim.

Tiga kes lamaran yang saya coretkan di atas adalah penting dalam hidup saya. Ia menjadi pengalaman yang berharga pada saya dalam pengalaman mengorat perempuan. Umpama kaedah test and error. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada awak bertiga, kerana jujur dengan saya. Bersikap jujur adalah Koranik.

Akhir pesan saya, jangan berhenti belajar al-Quran. Saya ulang sekali lagi, jangan berhenti belajar al-Quran.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: