Saturday 7 May 2011

Kasih Tak Sampai

Bayangkan jika saya mati pada petang ini, tidak sempat untuk publish demo version bagi lagu 'Kasih Tak Sampai'. Bukan itu saja, kegagalan mendapatkan girlfriend selepas berusaha seadanya, ini semacam menginsafkan. Ia memberi mesej; "Ariji, kamu kena rajin."

Secara jujurnya, saya tidak berapa suka mengejar perempuan. Jika kita lihat dalam filem-filem tertentu bagaimana si lelaki mengejar perempuan, wow, saya tidak sanggup se agresif itu.

Jika dilihat bagaimana Zulfadhli mengejar Fatim, agak agresif bagi saya. Saya tidak sanggup sampai ke tahap itu. Jika saya kalah dalam persaingan ini, tidak mengapa.

Berbalik kepada isu penggubahan lagu, selama ini saya kurang komited dalam bidang songwriting, sekadar hobi.

"Aku tidak mahu jadi performer."

Pemikiran ini mungkin sedikit sebanyak membantut kejayaan saya dalam bidang songwriting. Samada praktis instrumen mahupun nyanyian, terasa kemalasan.

"Jiwa aku bukan bidang performance."

Suatu ketika dahulu senior saya ada masanya menegur saya bila malas praktis. Mungkin ada benarnya senior itu.

Lagu dan lirik 'Kasih Tak Sampai', kedua-duanya saya mula gubah pada tahun 2008. Berikut liriknya;


Kasih Tak Sampai
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji


Bila pertamanya
Aku terpandang wajahmu
Hatiku telah jatuh tersungkur


Bila kau tiada  
Aku mencarimu
Kerna aku derita tanpamu


Engkau yang satu
Menambat hatiku
Apakah mungkin
yang mampu sama dengan dirimu 


Tetapi mungkin takdir
memisahkan kita
Ada sahaja yang tak kena
Melanda perjuangan ini


Sejak hari itu
kau mula bermasam muka 
Tanpa menjelaskan hal sebenar


Oh kerana fitnah itu
Kau membenci aku
Sedangkan aku tak bersalah pun


Telah ku cuba
Terangkan semua
pada dirimu 
Agar terungkai kebenarannya


Tiada lagi kata 
Yang mampu ku ucap
Pergilah engkau dengan dia
Semoga bahagia selalu
Kasih


Apabila check kembali karya ini yang tersimpan dalam 'stor', saya melakukan sedikit perubahan pada lirik dan melodi. Dari sudut arrangement pula, bagi saya ia sudah memadai bagi demo version, cuma perlu diperbaiki dari segi balancing.

Kerja melakukan balancing adalah kerja audio engineer. Memandangkan saya seorang diri saja di sini, saya buat semua kerja ini. Apatah lagi velocity bagi lagu ini adalah secara manual, bukan automatik dari performance, kecuali bagi instrumen gitar akustik. Sudah tentu kecuali bagi vokal juga.

Oleh kerana lirik lagu ini mungkin agak kontroversial, biarlah dirahsiakan kepada siapa saya tujukan lagu ini. Sudah tentu bukan Fatim, kerana ia mula digubah pada tahun 2008. Saya takut ada salah faham pula.  Tambahan pula, ada ayat; "... Pergilah engkau dengan dia..." Sudah tentu dia itu bukan Zulfadhli.

Namun, sememangnya ada beberapa persamaan. Dari segi jatuh hati, pihak ketiga, dan sebagainya. Saya tidak perlu melakukan sumpah khianat untuk mengatakan lagu ini bukan ditujukan kepada Fatim.

Sebagai contoh, ayat berikut; "... Kau mula bermasam muka...", sejak bila Fatim bermasa muka dengan saya? Maka lagu ini ditujukan kepada perempuan lain. Tambahan pula, penulis lirik ada masanya lebih kepada imaginasi berbanding realiti.

Semalam antara kenangan indah saya di institusi ini. Meluangkan masa bersama Geng Fela' dan dapat berkenalan dengan beberapa junior baru. Saya lihat mereka masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Bak kata orang muda; "Banyak orang banyak ragam."

Mereka adalah manusia seperti saya, dan saya manusia seperti mereka. Kami umat manusia.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: