Tuesday 24 May 2011

Abadan

Kassim Ahmad mengatakan 'abadan' bermaksud 'lama', bukannya 'kekal'. Apabila kita berkata tentang kekal, persoalannya kekal sehingga bila?

Sudah tentu berbeza antara 'kekal selama-lamanya' dengan 'kekal untuk tempoh masa yang berterusan tetapi tertentu'. Sudah tentu berbeza antara kekekalan Allah dengan kekekalan nikmat Syurga mahupun kekekalan azab Neraka. Ini adalah persoalan pendefinisian kalimah 'kekal'.

'Abadan' bermaksud 'kekal untuk tempoh masa yang berterusan tetapi tertentu'. Sebagai contoh, orang kafir tidak diberi hidayah abadan. Namun, apabila si kafir itu tidak lagi kufur, maka boleh jadi dia diberikan hidayah.

33:53 menerangkan mu'min diperintahkan agar jangan bernikah dengan bekas isteri Nabi Muhammad abadan. Namun, perintah Allah tidak semestinya terlepas daripada dilanggar oleh makhlukNya.

60:4 menerangkan abadan mempunyai limit, dimana kalimah 'hatta' digunakan selepas kalimah 'abadan'.

5:24 menerangkan abadan yang bersyarat.

Kalimah 'abadan' tidak digunakan untuk menerangkan kekekalan Allah.

Kemudian, timbul persoalan, selama mana manusia di Syurga nanti? Apapun, kalimah 'abadan' digunakan untuk menerangkan kekekalan bagi makhluk, bukan kekekalan Allah.

Wallahualam.

No comments: