Tuesday 31 May 2011

Sham Kamikaze


Alhamdulillah. Tergerak hati Sham untuk mencari jalan pulang. Beberapa isu seperti berikut;

1) Suka berfikir sejak kecil

Ini satu sikap yang bagus. Berfikir adalah jalan agar manusia menjadi waras.

2) "Jangan tanya, haram."

Dalil yang digunakan oleh ustaz yang dimaksudkan oleh Sham itu boleh jadi riwayat hadis berikut;

Sesungguhnya orang Islam yang paling durhaka adalah orang yang banyak bertanya perihal suatu masalah, hingga sesuatu yang tidak diharamkan menjadi ia haramkan karena permasalahannya." (Riwayat Bukhari)

3) Pemakaian gelang dan rantai oleh lelaki

Mengharamkan pemakaian gelang dan rantai adalah bercanggah dengan konsep al-Quran.

Katakanlah; Siapakah yang mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan untuk hambaNya dan kebaikan dari rezeki... (7/32)

Malah, Nabi Muhammad ditegur oleh Allah kerana mengharamkan apa yang Allah halalkan;

Wahai Nabi, mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (66:1)

Jika larangan, itu persoalan lain.

Mengharam dengan melarang adalah dua perkara berbeza. Jika lelaki dilarang memakai rantai dan gelang, maka ini adalah berbeza dengan mengharamkan pemakaian rantai dan gelang. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dilarang menunggang motosikal tanpa lesen, atau mahasiswa dilarang memakai selipar ke kuliah.

Akhir coretan ini, saya mengucapkan selamat mencari kebenaran kepada Sham, satu usaha yang telah dan sedang saya lakukan. Satu resipi yang perlu adalah penggunaan akal, kerana akal yang menjadi faktor kepada kewarasan manusia untuk melakukan perkara-perkara betul.

Langkah Sham berjumpa dengan tokoh agama tajdid, boleh jadi satu permulaan yang baik. Bukan semua pendapat Mohd Asri saya setuju, namun, jika dibandingkan dengan Harussani, saya lebih syorkan Mohd Asri kepada Sham.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: