Tuesday 21 June 2011

Kalau Cinta


Lagu 'Kalau Cinta' gubahan Panji, memberi saya rasa keindahan bercinta dengan makhluk. Nampaknya saya tidak perlu bercinta dengan makhluk secara realiti untuk merasai keindahan bercinta?

Begitu romantik. Tahniah Panji. Lagu gubahan kamu memberi saya keindahan.

Dan janganlah kamu bernikah dengan perempuan-perempuan musyrik sehinggalah mereka beriman. Bagi seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan musyrik walaupun jika dia membuatkan kamu tertarik. Dan janganlah kamu bernikah dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Bagi seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun dia membuatkan kamu tertarik. Yang itu mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan keampunan dengan izinNya. Dia menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka beringat (2:221).

Ayat ini menerangkan hidup single lebih baik dari bernikah dengan si musyrik.

"Couple adalah haram."

Kata rakan saya berkenaan isu couple. Ini adalah ajaran Sunni. Haram bercouple, tapi penganut Sunni jua yang ramai bercouple.

Couple, definisi saya, lebih kurang dengan bertunang, cuma, couple cenderung kepada tidak semestinya melibatkan campurtangan orang tua.

Perempuan jahat untuk lelaki jahat dan lelaki jahat untuk perempuan jahat, dan perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan baik (24/26).

Seorang lelaki yang meminta untuk berzina, kemudian pasangannya mengizinkannya dan mereka melakukannya, ini antara contoh perempuan jahat untuk lelaki jahat. 'Jahat' dalam ayat ini perlu dilihat dari perspektif al-Quran.

Namun, jika ada tiga perempuan baik, dan empat lelaki baik, seorang lelaki terpaksa single jua. Maka saya tidak hairan jika saya single, boleh jadi saya lelaki yang terpaksa single itu.

Jika perempuan baik bertemu dengan lelaki baik sekalipun, mungkin serasi untuk berkawan, tetapi belum tentu serasi untuk hidup bersama.

Saya berimpian untuk menggubah lagu yang hebat seperti lagu 'Kalau Cinta' ini. Untuk ini, saya memerlukan kolaborasi, atau dikenali sebagai menjadi produser yang serius. Apapun, ia bermula daripada songwriting jua.

Bagaimana seorang komposer single untuk menggubah lagu romantik berprofail tinggi seperti lagu ini? Ingin jua saya tahu, siapakah buah hati Panji. Atau dia menggubah lagu ini tanpa buah hati?

Namun, lirik lagu ini melepasi batas memuja makhluk, yang mana saya hindari apabila menulis lirik.

"Seluruh jiwaku hanya dirimu yang aku mahu."

Wallahualam.

No comments: