Friday 10 June 2011

Iblis

Allah berfirman kepada malaikat; "Sujudlah kepada Adam."

Maka mereka sujud hanya Iblis bukan dari yang sujud (7/11), engkar (20/116) untuk bersama yang sujud (15/31), dan takbur, menjadi dari yang kafir (2/34, 38/74), menjadi dari jin maka fasiq dengan perintah pentadbirnya (18/50).

Allah berfirman; "Wahai Iblis, apa yang membuatkan kamu tidak bersama yang sujud (15/32), mengapa kamu tidak sujud? (7/12). Apa yang menghalang kamu dari sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tanganKu? Adakah kamu takbur? atau kamu menjadi dari yang berkedudukan tinggi?" (38/75).

Iblis berkata; "Aku lebih baik darinya. Engkau mencipta aku dari api dan Engkau menciptanya dari tanah (7/12, 38/76). Patutkah aku sujud pada yang Engkau ciptakan dari tanah? (17/61). Aku tidak sujud kepada insan Engkau ciptakan dari tanah keras dari tanah lembab yang boleh-digubah" (15/33).

Allah berfirman; "Turunlah kamu darinya, ia bukan untuk kamu menjadi takbur padanya (7/13), maka keluarlah darinya maka sesungguhnya kamu dihalau (15/34, 38/77), sesungguhnya kamu dari yang tidak-bersyukur (7/13). Dan sesungguhnya atas kamu laknat hingga ke hari Deen" (15/34).

Iblis berkata; "Pentadbirku, perhatikan aku sehingga hari mereka dibangkitkan?" (7/14, 15/36, 38/79). Lihatkah Engkau yang ini Engkau lebih muliakan dari aku, jika Engkau lanjutkan aku hingga ke hari Kiamat, aku akan musnahkan keturunannya kecuali sedikit" (17/62).

Allah berfirman; "Sesungguhnya Kamu dari yang diperhatikan (7/15, 15/37, 38/80). Sehingga ke hari yang masanya dimaklumkan" (15/38, 38/81).

Iblis berkata; "Oleh kerana Engkau telah menyebabkan aku sesat, aku akan menjadikan Bumi ini kelihatan cantik bagi mereka, maka demi kekuatan Engkau (38/82), aku akan pesongkan mereka (15/39, 38/82). Aku akan halang mereka dari laluan Engkau yang lurus (7/16). Kecuali hambaMu dari yang ikhlas (15/39, 38/83). Kemudian aku akan datang kepada mereka dari tangan-tangan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka, Engkau tidak akan mendapati ramai dari mereka yang bersyukur" (7/17).

Allah berfirman; "Keluar kamu darinya, kamu tidak-disukai dan dihalau (7/18). Pergilah kamu maka sesiapa yang ikut kamu dari mereka maka sesungguhnya jahannam balasan kamu, balasan yang layak (17/63). Pujuklah sesiapa kamu mampu dari mereka denga suara kamu serang atas mereka dengan tentera kamu dan orang kamu dan syirikkan mereka dalam kekayaan dan keturunan dan janjikan mereka dan tidak Setan janjikan mereka, kecuali khayalan (17/64). Ini adalah laluanKu yang lurus (15/41). Bagi hambaKu, kamu tidak ada kuasa ke atasnya (17/65), kecuali yang disesatkan dan mengikut kamu (15/42). Dan sesungguhnya Neraka akan menjadi tempat destinasi mereka (15/43). Sesiapa yang ikut kamu dari mereka, Aku akan penuhi jahanam dari kamu semua (7/18). Kebenaran, dan Kebenaran adalah apa yang Aku firmankan (38/84). Bahawa Aku akan penuhi Neraka dengan kamu dan semua yang ikut kamu (38/85). Ia mempunyai tujuh pintu, bagi tiap pintu akan ditugaskan segmen dari mereka (15/44). Yang soleh akan berada di Syurga dan aliran (15/45). Masuklah ia dalam kesejahteraan dan keselamatan" (15/46).

Cadangan Iblis kepada orang-orang Saba' berjaya apabila mereka mengikutinya kecuali satu kumpulan orang yang beriman (34/20). Iblis tidak mempunyai kuasa ke atas mereka, kecuali yang Allah tahu bahawa mereka beriman dengan hari Akhirat dari sesiapa yang darinya ragu-ragu (34/21).

Iblis, tentera Iblis, dan orang kafir dilempar dalam Neraka secara-terkumpul-dibalik-balik (26/94-95).

Wallahualam.

No comments: