Tuesday, 31 August 2010

Pekomen Bhg. XI


*apa yang kau jawab ini? haih... tidak perlulah dgn megah mengkritik tanpa ilmu lagi. Nampaknya mmg kau tidak mahu berterus terang dgn menjawab tetapi berdolak dalih saja. kalendar hijrah kini kau xmampu nak persoalkan tapi masih xmahu menerima.. jangan begini, Puasa adalah wajib di Bulan Ramadhan.. inilah Bulan Ramadhan! Berpuasalah Ariji... Bertaubatlah.. Innalillahiwainnailaihirojiun ...

Semoga kau dikurnia Hidayah dan petunjuk Islam.. Amiin
Semoga Kita dirahmati Yang Maha Mengetahui.

-MuhdAbdillah-

1)Kalendar Hijrah

Adakah haram jika saya berpuasa menggunakan kedua-dua versi kalendar? 

Saya tidak pernah mengatakan kalendar Hijrah sesat seperti yang kamu dakwa. Saya cuma mendakwa bahawa kalendar Hijrah tidak Koranik kerana 'mengenepikan' Matahari dalam pengiraan tahunan.

Hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina adalah jelas dan terang tidak Koranik. Maka apa yang kamu hairankan wahai Abdillah?

2) Buka puasa

Al-Quran menerangkan berpuasa sehingga 'al-Lail'. 'Al-Lail' dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak. maka haramkah jika saya berbuka puasa pada waktu Isyak seperti yang dilakukan oleh puak Syiah?

Puak Syiah menganggap riwayat hadis agar berbuka puasa lebih awal itu adalah hadis palsu, sebab itu mereka berbuka pada waktu Isyak.

3) Pengorbanan

Untuk menjadi penganut Sunni yang 'baik' seperti Taliban memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Jangan nanti disangka ke Syurga, tapi ke Neraka pula.

Mohd Asri juga kelihatan tidak berapa suka dengan ideologi Talibanisasi. Mari perhatikan antara petikan coretan beliau di http://drmaza.com/home/?p=1219;

Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media.

Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

(Perkataan 'yaum' yang bermaksud 'hari', berjumlah 365 dalam al-Quran. Mungkin dalil ini lebih mudah untuk mereka terima...
-Ariji-)

*Inilah kejahilan yang masih kau pegang. perkara itu kau katakan dalil.. tersasar sudah pemikiran ini.

(Saya cuma mendakwa bahawa kalendar Hijrah tidak Koranik kerana 'mengenepikan' Matahari dalam pengiraan tahunan...-Ariji-)

*Aku kesiankan kau kerana pemikiran yang sebegini.. Kalendar Matahari yang kau sanjung itulah yang mengenepikan Bulan. kau lah yang tidak 'koranic' disini. Mengagungkan hal yang batil dan menolak kebenaran. dgn mengatakan Kalendar Hijrah tidak 'Koranic' krn mengetepikan Matahari adalah sama juga menganggap ia sesat. malah kau pernah menulis kalendar hijrah bercanggah dengan Quran. Aku tidak pernah menokok tambah jika aku copy tulisan kau, dan dulu ketika seingat aku kat mmg ada katakan ada unsur kesesatan dalam kefahamku ketika merujuk perihal Kalendar Hijrah tapi ia seperti telah dipadam pula kini.. hurm. pelik..xpalah.. itu tidak penting kerana bukti kau menganggap Kalendar Hijrah sesat adalah amat nyata. Inilah buktinya. segala yang bercanggah dgn Quran sudah tentu sesat! apa kau xfaham benda mudah macam ni? kau nak main pusing - pusing bak munafiq ketika berbicara. tidak menegakkan apa yang benar.
kerana apa2 yg tidak 'koranic' adalah batil iatu sesat. jadi kau sememangnya menganggap kalendar hijrah sesat walhal kau lah yang sesat. adalah satu kejahilan yg nyata dgn mendakwa sekalian Muslimin yang mengikut kalendar Hijrah adalah salah.

Anonymous said...

Jumlah hari dalam satu bulan dalam Kalender Hijriah bergantung pada posisi bulan, bumi dan matahari. Usia bulan yang mencapai 30 hari bersesuaian dengan terjadinya bulan baru (new moon) di titik apooge, yaitu jarak terjauh antara bulan dan bumi, dan pada saat yang bersamaan, bumi berada pada jarak terdekatnya dengan matahari (perihelion). Sementara itu, satu bulan yang berlangsung 29 hari bertepatan dengan saat terjadinya bulan baru di perige (jarak terdekat bulan dengan bumi) dengan bumi berada di titik terjauhnya dari matahari (aphelion). dari sini terlihat bahwa usia bulan tidak tetap melainkan berubah-ubah (29 - 30 hari) sesuai dengan kedudukan ketiga benda langit tersebut (Bulan, Bumi dan Matahari)


Awal bulan (kalender) Hijriyah terjadi jika:

Pada saat Matahari terbenam, ketinggian (altitude) Bulan di atas cakrawala minimum 2°, dan sudut elongasi (jarak lengkung) Bulan-Matahari minimum 3°, atau
Pada saat bulan terbenam, usia Bulan minimum 8 jam, dihitung sejak ijtimak

Kalendar hijrah adalah yang paling tepat dengan Quran.

Kau menggunakan kalendar jenis apa pun aku xtahu la dgn mengatakan puasa pada 21 disember pula. walhal kau tidak membaca Quran.

Mereka bertanya tentang hilal-hilal, katakanlah itu adalah WAKTU bagi manusia dan bagi (ibadah) haji (QS. al-Baqarah [2]: 189)

*Dengan ayat ini ternyata bulan haji juga perlu dirujuk pada HILAL. iaitu FASA BULAN.
sesiapa yang mengikut kepala hotak sendiri sahaja adalah sesat dan tidak menepati Quran.

Kalendar yang berasaskan matahari adalah mengenepikan fungsi Bulan. walhal tidak terjadi hal ini jika mengikut fasa Bulan.

"Dan matahari ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". Yaasin:38

inilah Matahari didalam Quran. dan jika Allah Azzawajall berkata tentang perihal waktu untuk manusia nescaya disebut BULAN DAN MATAHARI. keduanya sekali.

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan MATAHARI DAN BULAN untuk MENGIRA WAKTU (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

Kalendar yang kau percaya itu salah! kau tidak menepati Quran.
Kalendar Hijrah adalah yang paling tepat. ia tidak di 'fix' kan seperti kalendar kau itu. sebaliknya mengikut peredaran BULAN DAN MATAHARI bagi pengiraan waktu.

Wallahu'Alam Bissawab.

Anonymous said...

(2) Buka puasa
Al-Quran menerangkan berpuasa sehingga 'al-Lail'. 'Al-Lail' dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak. maka haramkah jika saya berbuka puasa pada waktu Isyak seperti yang dilakukan oleh puak Syiah?
Puak Syiah menganggap riwayat hadis agar berbuka puasa lebih awal itu adalah hadis palsu, sebab itu mereka berbuka pada waktu Isyak.)

*inilah kesalahan yang nyata lagi. kesesatan yang jelas menjadi pegangan kau. nampaknya kau sememangnya manusia yang berpura-pura.
Apakah waktu MAGHRIB itu dikira sebagai SIANG???


"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya".
Al-Israa:12

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96


“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.” (QS. Al Baqarah: 187)


jelas dalam Quran Allah s.w.t mengatakan ada dua macam iaitu.
MALAM dan SIANG.

tidak ada MALAM,MAGHRIB dan SIANG.

apakah maghrib dikira waktu siang? apakah yang menjadikan MAGHRIB itu MAGHRIB? iaitu terbenamnya FAJAR.
NAH! jelas sudah MAGHRIB adalah MALAM. seperti PAGI dan PETANG, keduanya dikira sebagai SIANG walaupun jika hujan menjadikan ia gela ia tetap dikira SIANG.
begitulah Halnya berlandaskan Qura'nul Karim dan Sunnah Nabi s.a.w.

“Fajar ada dua macam: [Pertama] fajar diharamkan untuk makan dan dihalalkan untuk shalat (yaitu fajar shodiq, fajar masuknya waktu shubuh, -pen) dan [Kedua] fajar yang diharamkan untuk shalat shubuh dan dihalalkan untuk makan (yaitu fajar kadzib, fajar yang muncul sebelum fajar shodiq, -pen).” (Diriwayatakan oleh Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro no. 8024 dalam “Puasa”, Bab “Waktu yang diharamkan untuk makan bagi orang yang berpuasa” dan Ad Daruquthni dalam “Puasa”, Bab “Waktu makan sahur” no. 2154.

kau telah meniru Yahudi dan Nasrani walau telah tertegak dalil dan hujah dari Quran dan Nabi!

لَا تَزَالُ أُمَّتِى عَلَى سُنَّتِى مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُجُوْمَ

“Umatku akan senantiasa berada di atas sunnahku (ajaranku) selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa.”[13] Dan inilah yang ditiru oleh Rafidhah (Syi’ah), mereka meniru Yahudi dan Nashrani dalam berbuka puasa. Mereka baru berbuka ketika munculnya bintang. Semoga Allah melindungi kita dari kesesatan mereka.

Kefahaman kau telah tertolak. Minta jasa baik kau mempromosi artikel ini di Facebook kau ya. agar orang ramai dapat mengadili. jgn kau sangka orang ramai itu dungu dan xfaham. kau aja yang arif segala macam hal. tinggalkan kejahilan!

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya (semulajadinya) satu perkara yang tetap lenyap. Al-Isara:81

Wallahu'Alam Bissawab.

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

Dari Sahl bin Sa'ad ra. Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Umatku akan senantiasa dalam sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka (puasa)."
(Hadits Riwayat Ibnu Hibban (891) dengan sanad Shahih).

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, karena orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya"
(Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, sanadnya Hasan).

Dari Abu Darda' ra. ,

"Tiga perkara yang merupakan akhlak para nabi : menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan di atas tangan kiri dalam shalat"

Syaikh Abdur Razaq telah meriwayatkan,
"Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir dalam sahur"

(Di dalam Mushannaf 7591 dengan sanad yang dishahihkan oleh Al-Hafidz dalam Fathul Bari 4/199 dan al-Haitsami dalam Majma' Zawaid 3/154 dari Amr bin Maimun Al Audi).

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin" [At-Taubah : 128]

Anonymous said...

P/s: dah kalau syiah mmg sume dari sunnah diorg kate palsu. nak ikut syiah? daa.. pi baca kitab depa 2 semua karut xboleh la kau nak tolak sunnah dgn alasan ambik dari syiah, mereka sesat. kau xdepun kitab syiah tapi bab - bab gini kau nak pakai fahaman diorg mmg xboleh diterima pakai. fahaman syiah bukanlah dalil fahaman Islam. Ulama Syiah yang mengetahui hujah dan dalil sunnah dgn memahaminya maka dia dihukum kafir. bagi orang awam yg berfahaman syiah mereka dikira muslim. inilah jumhur dan kesepakatan Ulama muktabar. Dan Hanya Allah s.w.t layak mengadili.

Wallahu'Alam Bissawab.

-Muhd Abdillah-