Friday, 23 March 2012

Istabraq

Istabraq bermaksud 'kilauan'.

Dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera dan istabraq (18/31).

Wallahualam.

Thursday, 22 March 2012

Azifah

Azifah bermaksud 'mendekat';

Dan kamu anzarkan mereka  hari Arafah apabila jantung-jantung di hanajir kazim tidak  bagi pezalim  dari kawan-rapat dan tidak pesyafaat yang ditaati (40:18).

Hari Arafah merujuk kepada hari Kiamat (40/16-17).

Wallahualam.

Saturday, 17 March 2012

Azz

Azz bermaksud 'motivasi'.

Tidakkah kamu melihat bahawa Kami mengutuskan Setan atas orang yang kafir mengazz mereka azz (19:83).

Ia seumpama air sejuk yang dipanaskan, orang yang beriman diseru agar bersabar menghadapi karenah mereka (19/84).

Wallahualam.

Tuesday, 13 March 2012

Azr

Azr bermaksud 'kuat-liput'.

Dan misal mereka di Injil seperti benih yang dikeluarkan pancutannya maka diazrkannya (48/29).

Menurut Greenwing, benih tidak dapat tumbesar kecuali jika ia mempunyai tanah yang baik, bersama dengan jumlah suhu dan air yang sesuai. Tanah, suhu dan air ini sebagai penguat azr benih sebagaimana Harun menjadi penguat azr Musa;

Kuatkanlah dengannya azrku (20:31).

20/31 menerangkan Musa mahu meningkatkan keupayaannya dari 'tahap satu' kepada 'tahap dua' seumpama meliputi dirinya dengan armor yang lebih kuat.

Wallahualam.

Monday, 12 March 2012

Iram

Iram yang bertiang, yang mana tidak dicipta misalnya di negeri-negeri (89:7-8).

Berdasarkan wikipedia, wujudnya dialek yang menyebut 'Iram' sebagai 'Aram'. 'Aram' dalam bahasa Hebrew bermaksud 'tanah tinggi'.

1) Kenapa sebutan berbeza?

Sebutan berbeza antara Abraham dengan Ibrahim bukan sesuatu yang ganjil, kerana al-Quran menggunakan dialeknya tersendiri.

2) Nama orang atau nama tempat?

'Iram' pada asasnya tidak mengkhususkan kepada nama orang mahupun nama tempat, tetapi menjadi kebiasaan apabila kita menamakan sesuatu tempat dengan nama orang.

4) Apa yang berlaku?

Iram, terletaknya antara bangunan yang paling tinggi pada zaman itu, kemudian mengalami faktor kemarau dan tenggelam.

Wallahualam.

Sunday, 11 March 2012

Araik

Mereka bersandar padanya atas Araik (18/31, 76/13).

Mereka dan pasangan mereka di bayangan atas Araik bersandar (36:56).

Atas Araik mereka melihat (83/23, 83/35).

1) Apakah ciri-ciri Araik?

Araik adalah tempat menyandar (18/31, 76/13, 36/56) dan tempat melihat, di mana penglihatan padanya tidak panas-terik dan tidak sejuk-beku (76/13), dan dengan penglihatan itu dapat mengenali wajah ahli syurga terpancar nikmat (83/24).

Wallahualam.

Saturday, 10 March 2012

Ard

Ard bermaksud Bumi.

Allah yang melebar-panjangkan Bumi  dan menjadikan padanya gunung dan sungai dan siapa yang makan buahan padanya berpasangan, malam meliputi siang (13/3), bersilih-ganti malam dan siang (2/164 3/190 22/46). Bumi termasuk kerusi Allah (2/255), ia berunsur ghaib (2/33 27/75) dan rahsia (25/6). Bumi luas (4/97), banyak jalan (4/100), dan menjadi sumber halal toyyib (2/168).

Ditempatkan di Bumi yang terbentang (2/22, 51/48), khalifah  (2/30 6/165, 7/129 10/14 24/55 27/62 35/39 38/26). Di Bumi adanya  kehidupan (16/65 29/63 30/24 30/50 35/9 45/5 57/17), berlakunya  kerosakan (2/11, 2/27, 2/60, 2/205, 5/32, 5/33, 5/64, 7/74, 7/75, 7/127, 11/116 12/73, 13/25, 17/4. 18/94, 26/152 27/48 28/77 29/36 40/26), kesenangan (2/36), tumbuhan (2/61 10/24 18/45 26/7 36/36 39/21), pembajakan (2/71), pengeluaran (2/267), pengembaraan (2/273 3/137 16/36 27/69 29/20 30/9 30/42 35/44 62/10), kemaraan (3/156 4/101 5/106 73/20), penindasan (4/97 8/26 28/4 28/5),  penqudusan (5/21), perayauan (5/26 9/2), pencari-galian (5/31), pelampau-batasan (5/32), pembinasaan (6/6), kesetanan (6/61), pemakanan (7/73 11/64), pewarisan (7/96), penakburan (7/146 29/39 35/43 41/15 46/20), perpecahan (7/168), kecenderungan (7/176), fitnah (8/73), penderhakaan (10/23), zarah (10/61), kebesar-kuasaan (10/78), permaharajalelaan (10/83 42/42), makhluk-berkaki (11/6 27/82 34/14), penempatan (14/14), pernampak-elokan (15/39), pengusiran (17/103), penghunian (17/104, 23/18), penghabitatan (20/53), pengtuhanahan (21/21), kekeringan (22/5), autoriti (22/41), pensubuhan (24/42), perjalanan (25/63), pembengisan (28/19), ketanpa-haqan (28/39), penimbusan (28/77), perletakan (31/10), kemasukan (34/2), pengeluaran (34/2), pemerintahan (40/29), pemancaran (54/12), dan pembiakan (67/24).

Wallahualam.

Irbah

Irbah bermaksud kehendak-dan-berupaya;

Dan tabiin yang bukan ulul irbah dari rijal mahupun tifel yang tidak menzahirkan atas aurat nisa' (24/31).

Mari perhatikan 20/18;

Dia berkata; "Ia barangku, aku berpaut atasnya, dan aku mengawal dengannya atas biri-biriku dan bagiku padanya irbah yang akhir (20:18).

20/18 menerangkan Musa mempunyai kehendak menggunakan tongkat, dan berupaya menggunakannya, maka kata akar alif-ra-ba digunakan.

Wallahualam.

Friday, 9 March 2012

Adhan Bhg. II

Adhan kali ini kata akarnya berbeza iaitu alif-dha-ya dan bermaksud 'mudharat'.

Maka sesiapa  jadi dari kamu kesakitan atau dengannya adhan dari kepalanya maka fidyah dari siam atau sedekah atau nusuk (2/196).

Dan mereka bertanya kamu dari haid katakanlah ia adhan maka kamu jauhinya nisa pada haid dan jangan kamu dekati mereka sehingga mereka membersih (2/222).

Orang yang menifaqkan harta mereka di jalan Allah kemudian tidak mengikut apa mereka nifaqkan ejekan dan tidak adhan, bagi mereka ganjaran mereka di sisi Rabb mereka dan tidak ketakutan atas mereka dan tidak mereka dukacita (2:262).

Perkataan makruf dan maghfirah lebih-baik dari sedekah ikutinya adhan (2/263).

Wahai orang yang beriman, jangan kamu batilkan sedekah kamu dengan ejekan dan adhan (2/263).

Tidak mereka sakitkan kamu kecuali adhan (3/111).

Kamu pasti akan mendengar dari orang yang diberikan kitab dari sebelum kamu dan dari orang yang syirik adhan yang-banyak (3/186).

Dan tidak salah atas kamu jika jadi dengan kamu adhan dari hujan (4/102).

Dan jangan taati orang kafir dan orang munafiq dan abaikan adhan mereka dan tawakkal atas Allah dan cukup dengan Allah wakil (33:48).

Wallahualam.

Thursday, 8 March 2012

Adhan

Adhan bermaksud azan.

Dan azan dari Allah dan RasulNya  kepada manusia hari Haji Akbar bahawasanya Allah tidak-terikat dari musyrikin dan RasulNya maka jika kamu bertaubat maka ia baik bagi kamu dan jika kamu berpaling maka mereka tahu sesungguhnya kamu tidak terlepas-dari Allah dan khabarkan orang yang kafir dengan azab yang pedih (9:3).

Maka azan si pengazan antara mereka bahawa laknat Allah atas orang yang zalim (7/44).

Kemudian azan si pengazan "Wahai kamu penunggang-binatang sesungguhnya kamu pasti pencuri" (12/70).

Dan dia azan pada manusia dengan Hajj, mereka datang kepada kamu dengan berjalan dan atas setiap unta-dhomir, mereka datang dari bentangan jarak (22:27).

1) Bagaimana dengan 'azan' tradisi dalam sunni?

Azan yang dilakukan oleh si bilal di masjid sunni, disandarkan kepada kata-akar nun-dal-waw dalam al-Quran;

Wahai orang yang beriman apabila kamu dipanggil bagi Solat (62/9).

Wallahualam.

Thursday, 1 March 2012

Bacalah al-Quran Bhg. II

"Yes, I prefer to be songwriter rather than an audio engineer or arranger."



Versi kedua. Distorsyen memang memikat sebagai instrumen melodi. Harap kali ini lebih balanced.

Bacalah al-Quran



Tajuk: Bacalah al-Quran
Pencipta: Ariji
Penulis lirik: Ariji

Ya Allah
Ampunilah dosaku
Aku telah zalim


Dan apabila dibacakan al-Quran maka dengarkanlah perhatikanlah
Supaya kita dirahmati dan ingatlah Allah selalu ingat selalu
Mari kita cinta Allahu Rabbana
Tuhan yang menciptakan kita


Bacalah dengan nama Tuhan kita Allah
Belajar al-Quran
Membaca al-Quran
Mengaji al-Quran
Mengkaji al-Quran
Kitab suci kita oooo

Lagu ini dalam F major, digubah untuk suara tenor.

Wallahualam.

Saturday, 25 February 2012

Kebaikan

Kebaikan bersifat universal. Dan Islam bersifat sinonimous dengan kebaikan.

Manusia mempunya daya fitrah untuk mengenal apa itu kebaikan. Jika anda melihat seorang kanak-kanak kebuluran di tepi jalan dan anda punya banyak wang ketika itu, mungkin anda akan berkata; "Apa salahnya jika aku berikan dia sedikit makanan atau wang kepadanya".

Dan perkara-perkara yang mempunyai label "Islam" belum tentu penuh dengan kebaikan, seperti "Negara Islam", "Bank Islam", "Parti Islam", Ia cuma seperti kalimah "Islam" yang ada pada kad pengenalan.

Jika kita melihat kebaikan itu pada label "Islam" semata-mata, itu tidak kena. Sebagai contoh, jika ajaran Buddha mengajar agar kita menghormati tetamu, itu kebaikan walaupun tiada label "Islam".

Saya ingin melihat kebaikan itu merentasi dua dimensi. Seekor monyet yang mempunyai label "manusia" belum tentu perangainya seperti manusia. Bahkan melabel ini bersifat taktikal dalam politik;

"Itu pakaian pengganas. Serban, jubah dan janggut".

Dan kesan dari aktiviti melabel ini boleh berlaku pecahan takrif. Di sini ahli bahasa perlu kritikal. Bahasa Melayu pada zaman Hang Tuah sudah tentu berbeza dengan Bahasa Melayu dalam ujian SPM.

Saya pernah dilabel. Mungkin saya memahami apakah perasaan Mohd Asri apabila dilabel "Wahabi", mahupun perasaan Nik Aziz apabila dilabel sebagai "Ayah Pin".

"Apa ada pada nama?"

Ini adalah satu falsafah. Bukan bermaksud nama tidak berguna, tetapi menyeru agar 'don't judge a book by its cover'.

Apabila manusia yang baik melihat kebaikan itu bukan pada label semata-mata, tapi melihat dengan menggunakan mata jantung, di situlah penyatuan orang-orang yang baik.

Selamat bersatu manusia-manusia baik! Bukan bersatu dengan pakaian seragam, tetapi bersatu dengan pandangan mata jantung. Bagaimana untuk mendapatkan seseorang yang baik 100%? Tidak, kebaikan sesuatu perkara itu boleh bersifat relatif dan boleh ada naik turunnya.

Sebagai contoh seperti berikut;

1) Kebaikan minuman

2) Kebaikan minuman ringan

3) Kebaikan minuman ringan keluaran Nestle

4) Kebaikan minuman susu kurang lemak keluaran Nestle

5) Kebaikan minuman susu kurang lemak perisa vanilla keluaran Nestle

So how kita boleh melihat kebaikan pada sesuatu perkara itu pada pecahan-pecahan malah secara lebih dari dua dimensi.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.

Thursday, 23 February 2012

Idhan

Idhan bermaksud 'akan'.

Dan jangan kamu berdoa dari selain Allah, apa tidak memanfaatkan kamu dan tidak memudaratkan kamu maka jika kamu lakukannya, maka sesungguhnya kamu akan dari yang-zalim (10:106).

Wallahualam.

Wednesday, 22 February 2012

Kebersihan

Satu suami empat isteri. Maksud saya, 1H 4W. Kita mulakan dengan W dahulu;

1) Apa itu kebersihan?

Kebersihan adalah kebersihan.

2) Kenapa perlu kepada kebersihan?

Supaya Allah cinta (2/222, 9/108).

3) Siapa yang bersih?

Pasangan ahli syurga (2/25, 3/15, 4/57), al-Quran (98/2), air hujan (25/48), air minuman (76/21), Maryam (3/42), Lut dan ahlinya kecuali isterinya (27/57).

4) Dimana kebersihan?

Dimana ada kebersihan, di situ ada kebersihan.

5) Bagaimana untuk membersih?

Menggunakan air (8/11), dengan berwuduk dan tayammum (5/6).

6) Kesimpulan

Pentingnya membersih, samada dengan menggunakan air (8/11) mahupun membersihkan jantung (5/41), supaya Allah mencintai kita (2/222).

Wallahualam.

Sunday, 19 February 2012

Solat Bhg. III

Antara yang perlu diambil perhatian adalah kalimah 'qaim Solat'. Dalam coretan ini, saya menggunakan kalimah 'qaim' secara am untuk mewakili kata akar 'qaf-wau-mim' selain untuk 'kaum'.

1) Apa maksud 'qaim'?

Kalimah 'qaim' bukan khusus bermaksud 'berdiri' semata-mata. Tetapi ia mempunyai unsur 'berdiri'.

Dan apabila ia gelap atas mereka atas mereka berqaim (2/20).

Sifat goncang pada kaki mereka ketika mereka berjalan (2/20) bertukar menjadi lebih teguh apabila mereka tercegat.

Sebahagian orang mungkin dizalimi tanpa pembelaan sepatutnya di dunia. Maka al-Hisab (14/41) diqiamkan pada hari Kiamat, dimana kalimah 'Kiamat' juga dari kalimah 'qaim'. al-Hisab ini memberi pembelaan yang ditangguh di dunia sebelum itu, sebahagian orang mungkin menggelarkannya sebagai 'hukum karma'.

2/229 menerangkan tentang 'qaim hudud Allah', bermaksud 'menegakkan' hudud Allah, seumpama lutut dalam keadaan kaki-berduduk 'ditegakkan' apabila keadaan kaki-berdiri.

Begitu juga apabila kita menyebut 'sirotolmustaqim' (1/6) yang bermaksud 'laluan yang lurus'. Dan tidak ketinggalan 'qaim' dalam 95/4;

Kami menciptakan insan pada sebaik-baik qaim (95/4).

Dan untuk mempertahankan 'sebaik-baik qaim' ini adalah dengan  beriman dan beramal soleh (95/6). Malah Allah adalah qaim atas setiap nafs dengan apa ia perolehi (13/33).

2) Maka mengapa berdiri ketika sembahyang cara tradisi?

Ia sebagai simbolik, sedangkan orang yang sujud 34 kali sehari secara ritualistik masih boleh melakukan perkara mungkar sedangkan Solat melarang dari kemungkaran (29/45). Kalimah 'Islam' pada kad pengenalan belum tentu bermakna pemiliknya adalah bukan beragama Hindu.

Wallahualam.

Buku Bhg. III

Harun Musa telah menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk 'Bacaan untuk Peringatan' penulisnya Othman Ali. Penghantaran melalui pos, setem beharga RM3.50.

Terima kasih bro.

Wallahualam.

Saturday, 18 February 2012

Young Da Vinci

Meluangkan beberapa hari untuk menamatkan game Assassins's Creed II.

"... Bumi mengelilingi Matahari." kata Leonardo Da Vinci dalam game itu.

"Maksud awak, Matahari mengelilingi Bumi?"

Mungkin pada dalam abad ke 1400, kebanyakan manusia berpendapat Matahari mengelilingi Bumi.

"Tiada yang benar, semuanya halal".

Ini falsafah Assassin dalam game itu. Sudah tentu ada yang benar dan bukan semuanya halal.

Kemudian saya juga berjumpa lagu "We Are Young" bukan dari game itu. Wow, chorusnya mengingatkan saya dengan band Vengaboys yang pernah 'meletup' suatu ketika dahulu.



Isu 'Codex' dalam game itu mengingatkan saya kepada al-Quran. Adakah kita mempunya 'Codex' untuk memahami al-Quran?

Wallahualam.

Wednesday, 15 February 2012

Solat Bhg. II

Antara yang perlu diberi perhatian adalah kalimah 'Solat atas'.

1) Allah dan MalaikatNya Solat atas manusia tertentu

Itulah mereka atas mereka Solat-Solat dari Rabb mereka dan rahmah dan itulah mereka muhtadin (2:157).

Dia yang Solat atas mereka dan MalaikatNya supaya Dia mengeluarkan kamu dari kezaliman kepada cahaya (33/43).

Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya Solat atas nabi (33/56).

2) Larangan Solat

Dan janganlah kamu Solat atas walau-satu dari mereka yang mati selamanya (9/84).

3) Suruhan Solat

Dan Solatlah atas mereka sesungguhnya Solat kamu ketenangan bagi mereka (9/103).

Wahai orang yang beriman, Solatlah atasnya dan salaminya dengan-salam (33/56).

Wallahualam.