Saturday 25 February 2012

Kebaikan

Kebaikan bersifat universal. Dan Islam bersifat sinonimous dengan kebaikan.

Manusia mempunya daya fitrah untuk mengenal apa itu kebaikan. Jika anda melihat seorang kanak-kanak kebuluran di tepi jalan dan anda punya banyak wang ketika itu, mungkin anda akan berkata; "Apa salahnya jika aku berikan dia sedikit makanan atau wang kepadanya".

Dan perkara-perkara yang mempunyai label "Islam" belum tentu penuh dengan kebaikan, seperti "Negara Islam", "Bank Islam", "Parti Islam", Ia cuma seperti kalimah "Islam" yang ada pada kad pengenalan.

Jika kita melihat kebaikan itu pada label "Islam" semata-mata, itu tidak kena. Sebagai contoh, jika ajaran Buddha mengajar agar kita menghormati tetamu, itu kebaikan walaupun tiada label "Islam".

Saya ingin melihat kebaikan itu merentasi dua dimensi. Seekor monyet yang mempunyai label "manusia" belum tentu perangainya seperti manusia. Bahkan melabel ini bersifat taktikal dalam politik;

"Itu pakaian pengganas. Serban, jubah dan janggut".

Dan kesan dari aktiviti melabel ini boleh berlaku pecahan takrif. Di sini ahli bahasa perlu kritikal. Bahasa Melayu pada zaman Hang Tuah sudah tentu berbeza dengan Bahasa Melayu dalam ujian SPM.

Saya pernah dilabel. Mungkin saya memahami apakah perasaan Mohd Asri apabila dilabel "Wahabi", mahupun perasaan Nik Aziz apabila dilabel sebagai "Ayah Pin".

"Apa ada pada nama?"

Ini adalah satu falsafah. Bukan bermaksud nama tidak berguna, tetapi menyeru agar 'don't judge a book by its cover'.

Apabila manusia yang baik melihat kebaikan itu bukan pada label semata-mata, tapi melihat dengan menggunakan mata jantung, di situlah penyatuan orang-orang yang baik.

Selamat bersatu manusia-manusia baik! Bukan bersatu dengan pakaian seragam, tetapi bersatu dengan pandangan mata jantung. Bagaimana untuk mendapatkan seseorang yang baik 100%? Tidak, kebaikan sesuatu perkara itu boleh bersifat relatif dan boleh ada naik turunnya.

Sebagai contoh seperti berikut;

1) Kebaikan minuman

2) Kebaikan minuman ringan

3) Kebaikan minuman ringan keluaran Nestle

4) Kebaikan minuman susu kurang lemak keluaran Nestle

5) Kebaikan minuman susu kurang lemak perisa vanilla keluaran Nestle

So how kita boleh melihat kebaikan pada sesuatu perkara itu pada pecahan-pecahan malah secara lebih dari dua dimensi.

Sekian dahulu coretan.

Wallahualam.

No comments: