"No point of studying if we don't think."
Petikan ini dicoretkan oleh rakan baru saya, Nieteni di Facebooknya. Ya, baru, sangat baru. Dengan berfikir tentang sesuatu, kita akan mencipta persoalan seperti;
"Kenapa daun bewarna hijau? Adakah wujud daun yang bewarna ungu? Jika wujud, apakah faktor yang menyebabkan dua daun itu berbeza warna?"
Setelah membentuk persoalan, kemudian, perasaan ingin tahu itu akan membawa kita kepada kajian, sehinggalah kebenaran semakin terbongkar.
Gelagat ini lazimnya dilakukan oleh mereka yang bergelar saintis. Dari segi fitrah pula, si kecil sering mempersoal keadaan sekelilingnya.
Pada zaman Nabi Muhammad, perkataan 'ulama' atau 'orang yang berilmu' adalah bermaksud 'saintis' bukannya priesthood.
Sudah tentu saintis sahaja tidak mencukupi untuk memahami Islam, kerana kita perlukan al-Quran jua.
Dari perspektif al-Quran, saintis adalah merujuk kepada individu yang peka dengan keadaan sekeliling, dan 'merasai keagungan'/reverence Pencipta. Sila rujuk Surah Fatir ayat 27-28.
Sebab itu, walau fasih berbahasa Arab sekalipun, belum cukup untuk memahami al-Quran. Puak musyrikin pada zaman Nabi Muhammad pun fasih berbahasa Arab, bukan?
Apatah lagi puak musyrikin ketika itu fasih berbahasa Arab klasikal, yang mana semestinya berbeza dengan bahasa Arab moden.
Gejala mempersoal ini yang perlu diterapkan oleh manusia dalam mencari kebenaran. Kalimah 'Islam' adalah dari Kitabullah. Maka adalah logik, jika kita perlu belajar Kitabullah untuk memahami Islam.
Gejala mempersoal ini juga yang menakutkan para pesalah yang belum dihadapkan ke mahkamah.
"Dimanakah kamu ketika kejadian?" Soal pegawai polis kepada Abu.
Abu, si pembunuh upahan sememangnya tidak suka dengan soalan begitu.
Hakikatnya, Abu akan disoal jua di hari Pengadilan nanti.
Memburukkan keadaan lagi apabila pendekatan ala-ala Mafia digunakan, iaitu hukuman bunuh bagi kesalahan murtad, walaupun terang-terangan al-Quran menerangkan bahawa 'tiada paksaan dalam Deen'.
Mari kita perhatikan petikan Surah al-Baqarah ayat 256;
Tiada paksaan dalam Deen...
'Deen' dan mazhab mempunyai maksud yang berbeza walaupun mungkin ada ciri persamaan. Lelaki dan perempuan adalah berbeza, walaupun ada ciri persamaan bukan? Keluar dari mazhab bukan bermaksud keluar dari 'Deen'.
Namun, apa yang berlaku, golongan yang terkeluar dari mazhab mahupun Jemaah dianggap keluar dari 'Deen' lalu dihukum bunuh, tidak ubah seperti ahli kumpulan Mafia yang dibunuh kerana ingin keluar dari kumpulan tersebut.
Pendekatan ini juga yang digunakan oleh puak Wahabi ketika menyerang Mekah pada abad ke-18. Masing-masing dengan konsep Jemaah masing-masing, lalu saling bunuh-membunuh.
Mereka leka dengan ayat 'tiada paksaan dalam Deen' yang disebut dalam al-Quran, lalu menyebabkan ribuan nyawa melayang akibat konflik mazhab.
Jika Jemaah mahupun mazhab itu adalah 'Deen' sekalipun, al-Quran menerangkan bahawa 'tiada paksaan dalam Deen'. Apatah lagi jika Jemaah dan 'Deen' itu mempunyai maksud yang berbeza.
Jika kita mahu leka lagi dengan ayat 'tiada paksaan dalam Deen' itu, kita sebenarnya hanya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh nenek-moyang.
Menyamakan Jemaah mahupun mazhab dengan Islam boleh membawa kepada penyalahgunaan kalimah 'Islam' itu sendiri.
Kembalilah kepada al-Quran. Tiada hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dalam Islam.
Wallahualam.
Sunday, 22 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
usahla menulis perihal islam lagi jika tiada kefahaman islam yang jelas pada kau.
Menulis tentang Islam memerlukan rasa tanggungjawab yang amat berat, kerana seseorang itu seolah-olah menjadi wakil Allah dan Rasul-Nya apabila berwacana tentang Islam. Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691-751H=1292-1350M) menamakan golongan ini sebagai al-Muwaqqi`in `an Rabbil `Alamin (orang yang menandatangani perjanjian dengan Allah s.w.t.). Maka beliau mengarang sebuah kitab yang diberi tajuk I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabbil `Alamin untuk memberi garis panduan kepada alim ulama yang hendak menyampaikan syariat Islam kepada orang awam. Secara ringkasnya, garis panduan itu ialah kefahaman yang tepat berdasarkan hujah yang teguh terhadap nas-nas al-Quran dan hadis sahih yang berpaksikan pengetahuan yang mendalam dalam Bahasa Arab dan disiplin-disiplin ilmu Islam.
Namun kau beridolakan astora jabat yang sesat. jadi aku pasti kau akan terus menulis dengan sesuka hati kau lagi..
Astora mempunyai metodologi rekaan sendiri ketika berwacana tentang Islam, iaitu metodologi cacamerba dan Lubsu al-Haq bi al-Batil (mencampuradukkan antara hak dan batil). Beliau mengambil mana-mana ayat al-Quran yang disukai untuk menyokong hawanya sehingga kadang-kadang terpaksa menyelewengkan terjemahan ayat al-Quran ke dalam Bahasa Melayu, dan membuang mana-mana ayat yang tidak menepati seleranya dengan menyembunyikannya daripada kandungan wacana walaupun ayat terbabit sepatutnya digunakan dalam wacana itu.
Beliau juga akan memetik terjemahan hadis tanpa mengira kedudukan hadis itu sama ada sahih atau dhaif ataupun mawdhu` (rekaan) apabila sesuatu hadis itu boleh menyokong propagandanya dan mendiamkan diri daripada hadis-hadis sahih (bahkan kadang-kadang mutawatir) yang tidak menyelerakannya dengan alasan mudah kononnya hadis itu hanyalah hadis ahad (bukan mutawatir) maka dakwanya, ianya tidak muktamad dan boleh dipertikaikan (ini pun kaedahnya sendiri dalam menerima atau menolak hadis, yang bertentangan sama sekali dengan disiplin seluruh ulama Islam sepanjang zaman). Untuk meneliti lebih lanjut metodologi Astora dalam berinteraksi dengan hadis Nabi s.a.w.dan betapa cacamerbanya beliau dalam mengambil atau menolak hadis.
malah aku mendapat maklumat kau menulis hadith di Facebook dengan niat yang batil malah tidak jujur dalam meriwayat hadith serta jelas berunsur KHIANAT.
malah baru-baru ini aku mendapat tahu kau ada meletak hadith yang tidak tahu mana datang nya dgn mengatakan Nabi s.a.w mengambil wudhu dengan membasuh badan sekali dan dua kali.
KAU MEMPUNYAI NIAT KHIANAT.
ini perbuatan ZALIM.
Wallahu'Alam Bissawab.
-Muhd Abdillah-
maklumat diatas ada diambil dari Al-Ahkam.net
-Muhd Abdillah-
Post a Comment