Sunday 29 August 2010

Peperiksaan, Toyota, Harussani, dan Matlamat

Ketika mencoret ini, saya sedang melayan lagu 'Derita Merindu' dari Ahli Fikir. Saya memberi gred lima bintang untuk lagu ini, ia adalah sebuah lagu yang priceless.

Nieteni meminta agar saya membuang gambarnya dari blog ini. Saya telah menolak permintaan itu. Ya, saya telah tidak meminta izin darinya untuk meletakkan gambarnya di blog ini.

Semalam, saya telah menduduki tiga exam dalam sehari, iaitu pagi, tengahari dan petang. Ya, memang perit, dan keperitan itu membuatkan cuti bermula 3hb September ini selama kira-kira dua minggu, menjadi lebih bermakna.

Pada hari ini, saya berasa lega. Hari 'keperitan' istimewa telah berlalu. Masih ada dua exam iaitu pada hari Khamis ini, memberi saya kesempatan untuk mencoret.

Saya berfikir, ada baiknya jika saya mencoret kaitan antara al-Quran dan pentadbiran bisnes dalam blog ini, memandangkan program itu yang sedang saya ikuti sekarang.

Syarikat Toyota pernah dianalisis, sejauh mana ia mengamalkan apa yang disyorkan dalam al-Quran. Aspek seperti kebersihan, anti-pembaziran, maklumat disiasat kesahihannya, jihad, musyawarah, ketaatan pekerja terhadap majikan, Just-in-Time, pengutilisasian kapasiti yang optimum, anti-penipuan, tepati kontrak perjanjian, keseimbangan, perbezaan taraf kuasa dan sebagainya yang terdapat dalam syarikat Toyota, menunjukkan ada keserasian dengan apa yang disyorkan oleh al-Quran.

Menurut satu sumber, Harussani telah menfatwakan bahawa mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam adalah haram. Sila rujuk; http://www.bharian.com.my/articles/DoakankesejahteraanbukanIslamharam_Mufti/Article/

Pertamanya, Harussani mempunyai pemahaman beliau sendiri tentang apa itu Islam.

Adakah kita sudah tidak dibenarkan oleh Allah untuk mengucapkan ayat sebaik 'hati-hati di jalan raya', atau 'selamat pagi' atau 'salam sejahtera' kepada non-muslim?

Non-muslim yang saya maksudkan di sini adalah golongan yang mengaku bahawa mereka adalah penganut Kristian, Budhha, Hindu dan sebagainya selain daripada muslim yang tidak bermazhab, dan selain daripada penganut mazhab Islami seperti Sunni, Syiah, Ahmadi etc.

Ini adalah salah satu cabaran dalam bidang penulisan, kerana masing-masing mempunyai kefahaman tersendiri tentang sesuatu istilah atau perkataan. Malah sesuatu istilah boleh memberi pelbagai makna yang bercanggah antara satu makna dengan makna yang lain, jika dihalusi.

Mungkin sebab itu langkah pendefinisian agak sering ditekankan pada awal penulisan tertentu seperti yang dilakukan dalam cadangan penyelidikan, laporan, assignment dan sebagainya.

Saya masih ingat dulu, saya pernah menonton sambutan tahun milennium di televisyen, dan sekarang, sepuluh tahun telah berlalu. Ada baiknya kita memikirkan tentang sepuluh tahun mendatang pula. Apakah perancangan hidup anda? Apakah yang anda mahu ketika itu? Apakah langkah yang perlu diambil untuk merealisasikannya?

Pada tahun 2020, saya mengharapkan perkara berikut telah dicapai;

1) Berkahwin dengan perempuan pilihan
2) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak
3) Menguasai bahasa Arab klasikal ke tahap advanced
4) Mendapat segulung DBA
5) Menghabiskan bacaan setimbun buku-buku tertentu yang masih belum ditelaah.
6) Menggubah beberapa lagu
7) menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku

Bak kata saintis sosial, matlamat perlu diberi tempoh waktu yang munasabah untuk dicapai dan jangan melebihi kapasiti diri. Mari kita perhatikan petikan surah al-Baqarah ayat 233;

...Tidak dibebankan jiwa kecuali apa yang boleh ditahannya...

Pada tahun 2020, saya dijangka akan berumur 34 tahun. Ketika itu, waktu remaja telah berlalu. Mungkin ketika itu, jika saya masih hidup, saya akan membelek kembali coretan ini. Ini salah satu manfaat daripada penulisan blog.

Saya cuba memikirkan apa lagi untuk dicoret pada pagi ini. Ada baiknya saya berhenti setakat ini dulu buat sementara waktu dan mulakan perhatian kepada persediaan untuk menghadapi kertas soalan pada Khamis nanti.

Saya memikirkan apa tajuk yang perlu diletak untuk coretan ini. Hm... Okey, memandangkan sekarang adalah waktu pagi, dan ada ayat 'selamat pagi' dalam coretan ini, maka saya akan meletakkan ayat 'selamat pagi' sebagai tajuknya.

Sesuaikah tajuk itu? Adakah coretan ini 'lari' tajuk daripada tajuk itu? Mungkin ya. Saya mula berasa serba salah. Adakah perlu menukar kepada tajuk lain?

Okey, saya akan menukarnya.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Adakah Al-Fadhil Mufti perak Tan Sri harussaini salah?????? Malah adakah dia jahil???

BERITAHU KAWAN-KAWAN KAU YANG MENGKRITIK MUFTI ITU BAHAWA ADA DALILNYA HAL ITU!

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka."
(Surah At-Taubah: 113)


INI NAMANYA AYAT QURAN. SILA PATUHI QURAN.
orang islam boleh mendoakan agar si kafir yg didoakan mendapat hidayah. ini dibenarkan.

"Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.aw dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayat kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu." (HR Tirmizi)

kalau nak mendoakan kesejahteraan org kafir memang xboleh. mendoakan mereka mendapat hidayah adalah amat digalakkan. jadi xusah la kau nak kritik mufti itu. Kekurangan kefahaman kau mengenai islam sekali lagi jelas lemah.

dan jika berkata "selamat menduduki peperiksaan", "hati-hati dijalan raya" bukanlah doa. kau tahu x doa itu apa? disebalik kenyataan kau ini menunjukkan kau TIDAK FAHAM ASAS-ASAS DEFINISI DOA ITU SENDIRI.
Sebaliknya "semoga Allah menyelamatkan kamu dalam peperiksaan", "Semoga Allah merahmati kamu dalam perjalanan"
barulah dikira sebagai doa. jika tidak ia hanya kata perangsang dan kata-kata semangat sahaja.
Ini dibenarkan islam jika hal yang dilakukan orang kafir itu juga melibatkan kaum Muslimin. dijalan raya memang ramai orang islam jadi adalah dibenarkan utk mengucapkan "selamat jalan" pada mereka. dan kadang kala apabila orang mengucapkan perkataan ini pada orang mereka tidak meniatkan itu sebagai doa pun sebaliknya ia sebagai kata-kata selamat tinggal sahaja.

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Allah Azzawajall berkata untuk berbuat baik tidak mengapa tapi tidak pula Allah s.w.t memerintah agar mendoakan mereka!

kau nie nk mengkritik mufti itu berdasarka apa? Rujuk la Quran dan Hadith.
setiap kali Nabi s.a.w mendoakan orang2 kafir adalah agar mereka mendapat hidayah islam bukan kesejahteraan.
cnthnya:

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

aku mintak kau belajar la dulu sebelum mahu menulis hal ehwal islam. dan sila berpuasa ok.
dari blog kau ini aku menganggap kau tidak berpuasa atau hanya berpura-pura berpuasa. kerana kau menganggap Kalemdar Hijrah itu sesat. aku tidak mengenal mana2 orang yang sengaja mengikut ajaran yang mereka fikir sesat. oleh itu aku bertanya adakah kau telah merubah pandangan dalam isu kalendar Hijrah???????
malah kau telah berkata puasa mengikut Quran adalah pada waktu lain. Ini jelas menunjukkan kau adalah MUNAFIQ, atau FASIQ.
Pernah aku katakan tidak mahu berhujah diblog kau dlm Bulan Ramdhan (yg kau anggap sesat ini) tapi aku terpanggil untuk memperjelaskan beberapa perkara. Semoga Allah Ar-Rahman memberi HIDAYAH ISLAM SEBENAR pada kau. AMIIN.

-Muhd Abdillah-