Wednesday 11 August 2010

Mazhab Sunni Bhg. III

Si Abdillah mengemukakan hujah yang 'lebih kurang sama' dengan hujah yang digunakan oleh puak Jemaah Islamiah bagi menghalalkan pengeboman Bali.

Malah Indonesia baru-baru ini dikejutkan lagi oleh puak Jemaah Islamiah berkaitan isu keganasan. Hujah yang dimaksudkan adalah berikut;

"Mentaati Rasul adalah dengan mentaati kitab Hadis."

Anda perlu berhati-hati dengan hujah ini. Jika anda semberono mentaati riwayat hadis bagi mentaati Rasul, ia boleh membawa anda ke laluan yang dilalui oleh puak Jemaah Islamiah.

Mereka mentaati hadis palsu yang disangkakan sahih. Inilah yang berlaku. Hadis yang dikatakan sahih, belum tentu sahih. Puak Jemaah Islamiah terlalu percaya bahawa riwayat hadis tertentu benar-benar sahih, sehingga mereka begitu yakin dan sanggup 'berjihad' bagi melakukan keganasan.

Anda perlu sentiasa ingat, riwayat hadis dalam kitab-kitab hadis bukan disahihkan oleh Allah, tetapi disahihkan makhluk seperti Imam Malik, al-Bukhari, etc. Tiada dalil dalam al-Quran bahawa Allah mengjaga ketulenan riwayat hadis selain Kitabullah.

Hujah bahawa riwayat hadis tidak saling bercanggah oleh penganut Sunni adalah kedegilan, melainkan mereka tidak tahu tentang fakta berikut;

1) Aku meninggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu mesti pegang, al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muwatta).

2) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran dan relatifku (AhlulBait). (Riwayat Muslim, Ibn Hanbal dan Darimi).

3) Aku meninggalkan untuk kamu al-Quran, kamu harus berpegang padanya. (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Abu Dawud).

Ketiga-tiga riwayat hadis di atas adalah khabar angin tentang ucapan Nabi Muhammad ketika khutbah Jumaat terakhir yang dilakukan baginda. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga riwayat hadis tersebut merujuk kepada ucapan yang sama. Adakah ianya tidak bercanggah antara satu sama lain?

Walaupun sampai ke tahap penemuan hadis sahih sekalipun, ia tidak berhenti di situ. Sebagai contoh, riwayat hadis berkenaan Nabi Muhammad memerintahkan agar menyimpan janggut yang dikatakan sahih, lalu wujud pula hukum yang berbeza seperti wajib dan sunat.

Jika saya hidup pada zaman Nabi Muhammad, dan baginda memerintahkan saya menyimpan janggut, sebagai orang dibawah pimpinan baginda, saya patut mentaati baginda.

Persoalannya, adakah perintah menyimpan janggut itu ditujukan untuk semua manusia dan sepanjang zaman, atau sebenarnya ditujukan kepada golongan tertentu bagi jangka masa tertentu?

Sebagai contoh, jika baginda meminta sahabatnya berperang menggunakan pedang, adakah ini bermakna saya wajib menggunakan pedang apabila berperang?

Malah jika hukumnya sunat sekalipun, dikira logik jika senjata AK47 mampu mengalahkan pedang. Ini mendedahkan kelemahan yang wujud dalam mazhab Sunni dalam skop hukum agama.


Kemudian, mungkin anda mahu bertanya;

"Patutkah saya bermazhab Sunni? Atau saya patut menilai semula kefahaman saya tentang Islam?"

Puak seperti Islam Liberal sememangnya merasai kepincangan ini. Puak Islam Liberal antara dari mereka menggunakan konsep 'al-Quran dan Sunnah' jua akan tetapi difatwakan sebagai terkeluar daripada Jemaah.

Sila rujuk; http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter12%20malaysia.htm

Ada tiga kata kunci di sini iaitu al-Quran, Sunnah dan Jemaah.



Jika pendekatan talibanisasi secara keseluruhan dilakukan, golongan ini termasuk diri saya sendiri akan dihukum bunuh.

Mari perhatikan riwayat hadis palsu berikut;

Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah melainkan dengan melakukan salah-satu daripada tiga jenis kesalahan ini, iaitu; orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina, orang yang membunuh orang lain, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana hukum menyimpan janggut boleh 'berubah-ubah' dengan menukar mazhab, ada dalil jua yang membawa kepada Islam Liberal.

Ianya bagaikan tanah liat yang boleh dibentuk berubah-rubah, samada menjadi seganas Jemaah Islamiah, atau seliberal Islam Liberal.

Diharap daripada tulisan saya ini boleh membawa kepada liberalisasi minda dikalangan umat Islami.

Mungkin anda melihat saya seolah-olah saya adalah anti 'Sunnah Nabi', hakikatnya anda perlu tahu, penyalahgunaan kalimah 'Sunnah Nabi' adalah bukan sesuatu yang asing. Pengeboman Bali dilakukan dengan menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi'.

Hakikatnya, jika saya menjual sejenis selipar yang kononnya menyerupai selipar Nabi, jualan produk itu mungkin mencecah ribuan.

Anda perlu sedar bahawa kalimah 'Nabi' itu sendiri adalah bersifat jenama. Sesiapa saja mungkin mendapatkan keuntungan hasil daripada jenama 'Nabi'.

Samalah jika anda meminta derma dengan menggunakan jenama 'bantuan anak yatim', atau 'membina masjid', hasil derma itu mungkin lebih dari biasa.

Hakikatnya, puak Taliban sendiri menggunakan kalimah 'Sunnah Nabi' bagi menghalang kaum perempuan daripada bersekolah.

Adakah kita perlu meletakkan hakcipta terpelihara ke atas jenama 'Nabi' bagi mengelakkan 'cetak rompak' atau 'barang tiruan'?

Susu kambing sememangnya baik untuk kesihatan. Saya tidak semestinya menggunakan kalimah 'Nabi' untuk membuktikan bahawa susu kambing adalah baik untuk kesihatan.

Anda perlu buka minda dan renung perkara ini.

Kita lahir di dunia ini dan menemui al-Quran. Kita kemudian ingin mempraktiskan apa yang diperintahkan dalam al-Quran. Kualiti yang diperolehi dari al-Quran itu dikenali sebagai Hikmah.

Anda tidak boleh menolak hikmah yang wujud 'dalam' Kitabullah walaupun anda mengatakan bahawa kitab lain adalah berhikmah jua.

Saya tahu, ada banyak kitab yang hikmah seperti kitab Ekonomi, Teknologi dan sebagainya. Saya perlu menuntut ilmu dari kitab Matematik untuk pandai mengira. Saya sedar tentang hal ini.

Tetapi al-Quran tetap kitab yang hikmah.

Surah Yasin ayat 2;

Dan al-Quran yang hikmah.

Tidak cukupkah lagi penganut Sunni menolak Surah an-Nur ayat 2 bagi menghalalkan hukuman rejam bagi kesalahan zina, kemudian mereka ingin menolak surah Yasin ayat 2 pula?

Ada pelbagai jenis mazhab yang wujud pada hari ini, dan masing-masing kononnya meletakkan al-Quran sebagai tempat teratas.

Anda perlu berfikir, sejauh manakah ajaran dalam mazhab-mazhab tersebut meletakkan al-Quran pada tempat yang sepatutnya?

Anda perlu merenung isinya, bukan sekadar kulit. Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai contoh, mempunyai jenama yang menarik. Umat Islami mana yang tidak sukakan Islam?

Ahli UMNO sebagai contoh, sepatutnya bukan sahaja melihat UMNO dari sudut kulit, tetapi melihat isinya, sejauh mana UMNO melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada si anak.

Jika seseorang itu menentang UMNO sebagai contoh, tidak semestinya bermaksud dia membenci kaum Melayu. Tetapi dia mungkin tidak berpuas hati dengan isi yang terdapat dalam UMNO.

Kalimah 'mazhab Sunni' itu sendiri adalah jenama dan kulit. Kritikan saya menuju kepada isi di dalamnya. Mazhab Wahabi yang pernah dikutuk oleh ulama Sunni di Malaysia adalah dari mazhab Sunni jua.

Mohd Asri yang bermazhab Sunni tidak diberi tauliah jua di Selangor, walaupun JAIS itu adalah organisasi mazhab Sunni.

Anda perlu melihat mazhab Sunni itu dari skop yang luas.

Jika ada mana-mana penganut Sunni yang tidak berpuashati dengan saya, saya syorkan temukan saya dengan mana-mana ustaz atau ulama pilihannya.

Saya mencadangkan begini kerana, dari kes si Abdillah, dia tidak berpuashati dengan saya kerana apa yang saya tulis bercanggah dengan apa yang didakwa oleh para ustaz atau ulama pilihannya.

Maka temukan saya dengan ustaz atau ulama pilihannya itu.

Jika dia lahir di Iran, dia dijangka akan mengikut ulama Syiah pula. Mungkin itu dinamakan sebagai taqlid.

Saya mengkritik isu 'Sunnah Nabi' selama ini, bukan kerana saya anti dengan pemakaian serban atau jubah, atau saya anti dengan susu kambing atau janggut, kerana semua itu dibenarkan dalam al-Quran.

Saya mengkritik versi 'Sunnah Nabi' yang pada pandangan saya, bercanggah dengan al-Quran.

Saya memberi perhatian kepada isu penyalahgunaan jenama 'Nabi' yang wujud pada hari ini.

Tentang persoalan-persoalan tertentu yang belum dijawab, saya merancang untuk memasukkannya ke dalam buku yang sedang saya tulis.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

tulisan terlalu cetek

Anonymous said...

jangan terperasan pandai

Anonymous said...

2 komen diatas bukan dariku tapi ia adalah kenyataan yang benar.
tulisan kau hanya sama sahaja dan tidak menunjukkan ciri-ciri orang yang membuat kajian sebelum menulis. kau hanya MEMALUKAN DIRI SENDIRI!
Tulisan di hafizfiradaus.com itu amat benar dan tepat.
Kita dibulan Ramadhan ini berdasarkan kalendar HIJRAH! masih lagi kau ikut kalendar kau itu??? adakah kau tidak menyambut RAMADHAN?? adakah ramadhan ini SESAT bagi kau????????
kau pernah mengatakan bulan puasa Al-Quran itu bukan sekarang malah pernah kata berbuka pada waktu isyak!
Ah! inilah kesesatan!
Di bulan yang mulia ini aku tidak ingin membentangkan hujahku dan aku meninggalkan terus perhujahan ku dlm blog ini. semoga para pembaca dapat menilainya dgn hak. Amiin..
Ariji sahabatku, kita tidak boleh mengambil hadith yang kita rasa betul dan buang mana yg kita rasa salah! melainkan Hadith dhaif dan maudhu. masih lagi kau berdolak -dalih dan hanya pusing-pusing sahaja apabila diaju soalan. Masih lagi satu soalan pun tidak kau jawab dgn baik.
dgn segala kenyataan kau mengenai puasa sebelum ini adakah kau tidak berpuasa pada bulan ini???????
JANGAN BEGINI!!!!

semoga Allah ya Rahman memberi taufik dan hidayah pada kita dibulan Ramadhan yang sentiasa dirindui ini moga ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari yg selama ini dan semoga Ramadhan selepas ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan ini. Amiin.

-Muhd Abdillah-