Friday, 6 August 2010

Mazhab Sunni Bhg. II

"Boleh tak awak carikan girlfriend untuk saya? Saya mahukan perempuan yang minat dengan al-Quran."

"Susah mahu cari perempuan yang begitu pada hari ini."

Dialog seumpama di atas bukan perkara yang baru. Lebih bertuah jika si perempuan itu boleh mengajar saya tentang al-Quran. Atau sekurang-kurangnya kami boleh bertukar pandangan tentang al-Quran.

Atau kami boleh study al-Quran sama-sama. Ada banyak perkara yang anda terlepas jika anda terikat dengan mazhab tertentu. Sepengalaman saya study al-Quran, pelbagai penemuan yang saya dapat. Dan ia satu pengembaraan yang menarik.

Jangan melihat kebenaran dari sudut majoriti semata-mata. Saya pernah dituduh mencuri ketika berada di darjah dua atau tiga, saya tidak pasti. Kemudian saya dihukum oleh cikgu walau saya tidak bersalah dan tiada bukti bahawa saya mencuri.

Ketika itu, tiada yang membela saya, melainkan diri saya seorang. Disebabkan tempat duduk saya paling dekat dengan meja cikgu, saya dituduh mencuri duit seringgit yang hilang dari meja cikgu.

Mungkin ketika itu cikgu itu telah memandang kebenaran dari sudut majoriti semata-mata. Suara minoriti saya ketika itu 'tidak kedengaran'. Padahal al-Quran menerangkan bahawa majoriti manusia adalah dari kalangan mereka yang tidak bersyukur.

Kesimpulan dari peristiwa di atas adalah, melihat kebenaran dari sudut majoriti semata-mata adalah pendekatan yang kurang tepat. Ia hanya layak untuk dipertimbangkan sahaja. Kebenaran harus bersandar kepada bukti yang jelas, logik dan rasional.

Kenapa logik? Kerana fitrah manusia antaranya adalah menggunakan akal. Jangan jadi seperti sebahagian penganut Kristian yang mengajar bahawa 1+1+1=1, kemudian menyeru pengikutnya agar mengetepikan akal dan logik.

Sudah tentu logik sahaja tidak cukup, kerana manusia tidak maksum. Ia memerlukan dalil yang kukuh, seperti dalil dari ayat al-Quran yang dijaga oleh Allah melalui Surah al-Hijr ayat 9;

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Peringatan, dan sesungguhnya Kami yang akan menjaganya.

Ayat ini bukan sahaja menolak hujah penganut Sunni yang mendakwa bahawa seekor kambing telah memansuhkan ayat hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina yang kononnya pernah wujud dalam al-Quran, malah tidak disebutkan bahawa riwayat hadis Nabi dijaga.

Ketiadaan penjagaan terhadap riwayat hadis Nabi dalam al-Quran membuatkan penganut Sunni berusaha keras bagi 'mencari wahyu yang hilang', sehinggakan al-Bukhari merantau ke pelbagai destinasi bagi mendapatkannya, mengenalpasti rantaian sanad, dan mengenalpasti kesahihan riwayat hadis itu. Sudah tentu ia satu tugas yang memerlukan kemahiran profesional dan saintifik. Mungkin pernah terdetik di hati beliau;

"Bukankah lebih baik jika para khalifah yang empat itu awal-awal lagi menerbit dan menjaga kitab hadis? Tidak pula saya perlu bersusah payah begini."

Dari sudut fizik, jelas bahawa kegemilangan umat Islami telah pudar, dan kepudaran ini berpanjangan selama ratusan tahun, mentelaah pula fatwa berikut muncul;

"Pintu ijtihad telah ditutup."

Gejala taqlid dari kalangan penganut Sunni akibat takut terkeluar dari akidah, memburukkan lagi keadaan.

"Sesiapa yang terkeluar dari jemaah, adalah murtad dan akan dihukum bunuh."

Ugutan ini menakutkan lagi mereka untuk mempersoal fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama, apatah lagi sebahagian dari ulama ketika itu 'berada' di istana-istana raja. Raja pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini. Filem P. Ramlee mungkin dapat menggambarkannya sedikit sebanyak.

Definisi perkataan 'ulama' juga berubah. Pada awalnya, ia bermaksud 'saintis' dan 'orang yang berilmu'. Dengan kehadiran para imam, maka perkataan 'ulama' mula sinonim dengan perkataan 'imam', atau priesthood.

Apabila saya menyebut al-Quran, mereka menyebut Sunnah. Apabila saya menyebut Sunnah, mereka menyebut Jemaah.

Oleh kerana Islam itu cara hidup yang disyorkan oleh Allah yang Maha Bijaksana, maka dengan kepudaran kegemilangan Islam pada hari ini, ahli fizik sepatutnya berkata;

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan umat Islami pada hari ini."

Bak kata orang tua;

"Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang."

Mari kita lihat negara Iran, bagaimana mazhab Syiah mampu menubuhkan sebuah negara yang besar, apabila minda para penduduk ditaqlidkan dengan ajaran nenek moyang.

Mari kita perhatikan Surah Al-Baqarah ayat 170-171;

Dan jika mereka diberitahu "Turutlah akan apa yang Allah telah turunkan" mereka menjawab: "Tidak, kami akan mengikut apa yang kami dapati nenek moyang kami lakukan". Bagaimana jika nenek moyang mereka tidak faham sesuatu dan tidak mendapat petunjuk hidayah? Dan contoh yang kufur adalah seperti yang mengulangi apa yang dia telah dengar akan panggilan dan jeritan; pekak, bisu dan buta, mereka tidak faham.

Penganut Sunni mungkin berminat untuk bacakan ayat di atas kepada penganut Syiah, ada baiknya juga jika kita bacakannya untuk diri kita sendiri.

Mereka ingin keluar dari 'zaman kegelapan', sebagaimana idealogi yang dibawa oleh Mohd Asri. Mereka tidak mahu tinggal dalam suasana seperti yang digambarkan dalam filem 'Perempuan Berkalung Sorban'. Mereka juga mahu melakukan 'minda tajdid'. Padahal, masalah yang sebenar adalah mazhab itu sendiri.

Kesedaran tentang kemudaratan bermazhab bukan perkara yang baru di Malaysia. Padahal usaha menentang ideologi bermazhab pernah dilakukan oleh seorang ulama Melayu melalui penerbitan sebuah buku.

Namun begitu, Hashim juga menggunakan pendekatan 'al-Quran dan Sunnah'.

Islam Liberal yang dikatakan terpesong itu juga ada antara mereka menggunakan konsep 'al-Quran dan Sunnah' jua.

Adakah saya anti-sunnah? Tidak, kerana al-Quran menerangkan tentang Sunnah Allah.

Jika 'Sunnah Nabi' itu merujuk kepada cara Nabi menyebarkan Islam, maka itu adalah ijtihad Nabi. Pada hari ini, askar sepatutnya menggunakan senjata M16, bukan sekadar pedang. Ini digambarkan dalam konsep 'ijtihad Nabi'.

Ini semua tentang istilah, yang kritikal adalah isinya. Konsep al-Quran dan Sunnah mungkin juga menggambarkan sebagai teori dan praktikal. Sebagai contoh, bagi penganut Sunni, Surah an-Nur ayat 2 adalah tidak praktikal kerana tidak menyebut tentang hukuman rejam sampai mati. Maka, kitab lain berkenaan 'Sunnah Nabi' diperlukan untuk mempraktiskan agama.

Hakikatnya, jika saya mempraktiskan Surah an-Nur ayat 2, maka saya telah melakukan 'Sunnah' tertentu. Begitu juga jika saya berjalan kaki, atau menaiki unta, saya telah melakukan 'Sunnah Nabi'.

Jika saya makan melalui mulut, ia juga 'Sunnah Nabi'. Namun, jika saya menaiki motosikal, ia bukan 'Sunnah Nabi' memandangkan pada zaman Nabi belum ada motosikal.

Nik Aziz menolak konsep pernikahan dengan gadis berumur sembilan tahun di Kelantan, ini bermakna beliau juga menolak 'Sunnah Nabi' versi mazhab Sunni tertentu.

Wallahualam.

10 comments:

Anonymous said...

Setakat ini tulisan terbaik Arijie. Tidak berbelit dan bengong spt yg lepas2

Anonymous said...

ini bukan tulisan yang baik walaupun ada orang menganggap ini tulisan kau yg terbaik.

awak nak cari girlfriend pastu nk kaji Quran sama2? pergh ni da cukup niat yang terpesong nie. menuntut ilmu, lebih2 lagi Al-Quran adalah WAJIB.. sekali lagi WAJIB..mengikuti cara2 menuntut ilmu yang disahkan Quran itu sendiri! apakah dengan mudah seorang budak melayu yg tidak tahu berbahasa arab melainka hanya belajar arab KBSR smpai darjah 6 boleh mengakaji Quran sendiri2 kemudian buat kesimpulan sendiri2 kemudian cari orang yang die suke pastu tukar pendapat mengenai ISLAM??!!! dgn hanya berbekal2 ilmu kontroversi internet dan sedikit ilmu yang langsung tidak melepasi asas2 pembelajaran kemudian mengambil keputusan mengatakan
"Mengapa khalifah yg 4 tidak bukukan hadith? kan senang aku nnt.."
apakah kau terlalu bodoh utk tahu bahawa mereka adalah sahabat2 yang MERIWAYATKAN HADITH!! pelabagai hukum islam sekarang adalah bersandarkan dari mulut mereka sendiri!!! apa terlampau bodohkah utk faham yang KHALIFAH AR-RASYIDIN TIDAK MELAKUKAN APA2 PERUBAHAN TENTANG ISLAM DAN BERPEGANG DGN QURAN DAN HADITH dalam SETIAP HARI mereka bergelar khalifah! hukum HUDUD juga BANYAK DARI KHALIFAH AR-RASYIDIN, apa bodoh sangat kau xtahu sejarah mereka yang SEMUA TINDAKAN MEREKA selepas kewafatan BAGINDA S.A.W sentiasa patuh dan taat apabila mendengar hadith yang mereka tidak ketahui.apakah contoh yang mereka tinggalkan untuk kaum MUSLIMIN?? tolak hadith kaa???
ULAMA SUNNAH YANG MANA MENGATAKAN "PINTU IJTIHAD TELAH DITUTUP??" siapa?? ini saja benda yg mampu kau create dan timbulkan. adakah jika seorang budak berijtihad untuk kaler rambut warna-warni yg tidak kekal adalah boleh kerana tiada ayat Quran melarangnya?? inilah yang difaham oleh org2 bodoh sebagai ijtihad. mereka mengambil ilmu dari kawan mereka atau org2 tua yang bodoh saja.
ijtihad berdasarkan QURAN DAN SUNNAH!!! bukan main balun bodoh je..
Wallahu'Alam

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w telah memberi khabar bahwa umatnya yg terbaik adalah dizamanya Baginda s.a.w sendiri, zmn Khalifah, zmn Tabi' al Tabi'in. mereka pada zaman ini digelar Salafussoleh. malah Quran sendiri menuntut agar kita mencontohi mereka!!!!!!!

Hadith Sahih sentiasa bertepatan dgn Qura'nul Karim!

Imam Bukhari adalah dizaman Salafussoleh! walaupun Imam Bukhari r.a bukan seorang Arab! namun Allah Azzawajall telah memberi rahmat kepadanya dgn dia meninggalkan jasa yang amat besar! adakah Imam Al-Bukhari yang mencipta cara solat???!!! Tidak!! Imam Bukhari mencari apa yg dikatakan oleh Baginda s.a.w bagaimana utk bersolat!
adakah Imam Bukhari mengambil dari semua orang yang difikir alim ulama???!! Tidak! jika dilihat dalam Bukhari sahaja tidak lengkap Hadith Sahih kesemuanya!! begitu teliti dan tegas bagi Beliau r.a utk meriwayat Hadith sahih!
adakah beliau r.a hidup mewah bak sultan dan P.M ketika itu?
tidak! malah diusir oleh gurunya sendiri! dan dikutuk dikatakan sesat pula!
Imam Bukhari r.a membawa ilmu yang hak! beliau membawa perkara yg amat besar hingga keujian Allah s.w.t padanya amat berat! kerana dia membawa kalam Rasul untuk manusia memahami KALAMULLAH!

Wallahu'Alam.

Anonymous said...

adakah dgn membuang sunnah maka umat islam akan kembali gemilang ariji???? TIDAK sama sekali! malah akan hancurlah ummah dan dunia islam tidak akan gemilang!!
Pada saat hampir tiba kiamat Sunnah akan dianggap bidaah. ini adalah amaran yd dtg dari NABI S.A.W.

(Jika 'Sunnah Nabi' itu merujuk kepada cara Nabi menyebarkan Islam, maka itu adalah ijtihad Nabi. Pada hari ini, askar sepatutnya menggunakan senjata M16, bukan sekadar pedang. Ini digambarkan dalam konsep 'ijtihad Nabi'.)

*apakah kau bermaksud melupakan Sunnah dengan menggantikannya dgn sesuatu yg dianggap lebih baik???
Apakah dgn mggunakan cnth M16 kU tlh mmperkukuhkan hujah kau?? inilah kejahilan. inilah petanda orang yang berlagak pandai.
Sunnah Nabi s.a.w bukan difahami sebegitu wahai sahabatku yg berfikiran jumud. KEFAHAMAN KAU MENGENAI SUNNAH AMATLAH BATIL DAN SESAT. telah aku berikan beberapa cnth Kategori sunnah dahulu pada kau. lngsung kau tidak ambil iktibar. malah meneruskan dgn kefahaman bodoh "asal xnaik unta? asal xpakai jubah? asal xpakai serban? asal xkawin dgn bdk 9 tahun?" inilah gambaran kefahaman sunnah pada kau. masih kau tidak ingin belajar apa itu sunnah. tapi dgn megah dan takbur kau menulis segala benda jahil. Celakalah perbuatan ini!
memakai M16 ketika perang adalah bertepatan dgn Sunnah Nabi s.a.w, memakai helmet ketika menaiki motor adalah sistem yang bertepatan dgn Sunnah Nabi s.a.w. dan lain2 lagi.......
mengahwini bdk 9 tahun BUKAN SUNNAH. tidak ada Ulama malah fahaman orang awam pun yg menganggap ini adalah sunnah melainkan mereka yg jahil. malah Nabi s.a.w mengahwini lebih dr 4 orang isteri dalam suatu masa. Nabi Muhammad s.a.w adalah PESURUH ALLAH. Stiap apa yg diperkatakan oleh Nabi s.a.w dlm Hadith sahih adalah dari Allah s.w.t.
ada yg kita ikut dan ada yg KHAS UTK NABI S.A.W. Nabi s.a.w wajib bersolat tahajud tiap mlm, kdg2 berpuasa lebih dari sahabat, meletakkan tamar di kubur, malah banyak lagi sunnah Nabi s.a.w yg dikhaskan untuk Baginda s.a.w sahaja. BALIK BELAJAR. ini bab asas.

Hadith Nabi juga ada dijamin oleh Quran.
apabila tiap ayat Quran yg mengatakan agar taatkan Rasulullah adalah antara bukti nyata bagi mereka yg tidak mengetahui. Quran tidak beromong kosong! Quran sendiri memperjelaskan adanya perintah Rasul apabila menyebut agar taatkan Allah DAN Rasul-Nya.
yg dimaksudkan amat jelas kerana ia adalah umum bagi muslim utk mengetahui Allah s.w.t adalah Tuhan yg memerintah! Allah mewajibkan muslimin mentaati Allah DENGAN MENTAATI CARA2 RASULULLAH S.A.W MENTAATI ALLAH AZZAWAJALL!
apakah kita sembahyng cara sami buddha? tidak! kita bersolat seperti RASULULLAH! "ngapa kita perlu ikut Rasul? biarlah kita yg bijak bestari ini memikirkan suatu cara yg logik dan bagus untuk sembahyang"! maka porak perandalah Ummah apabila smpai pada pemikiran tersebut. jika ummah rosak apa jadi pada islam? gemilang? tidak!
Sunnah lah yang jalan petunjuk terbaik kepada jalan Al-Quran.
Wallahu'Alam.

Anonymous said...

“ Pada hari ini(pada hari qiamat) ingin sekali orang-orang yang telah kafir dan DERHAKA KEPADA RASULULLAH kalaulah mereka disamakan dengan tanah dan mereka tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari Allah. (An Nisa’: 42)

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan tidak kami utuskan mana-mana Rasul melainkan supaya RASUL ITU DITAATI dengan PERINTAH ALLAH (An Nisa’:64)

vii. Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Sesiapa yang TAAT kepada RASUL itu ( Muhammad) sesungguhnya dia telah TAAT kepada ALLAH “. (An Nisa’ :80)

bukankah Al-Qura'nul karim itu sendiri KITABULLAH! bukan KITABURRASUL...mngapa Allah s.w.t sendiri berkata perihal taatkan Rasul juga taatkan Allah? apakah perintah rasul yg terdapat didalam AL-QURAN??? APA DIA?????? JADI KALAU XDE PERINTAH RASUL DALAM QURAN ADAKAH AYAT2 INI HANYA SIA-SIA??? TIDAK! malah orang yg menolak hadith sahih adalah kafir. LAKNATULLAH.

viii. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “ Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya sesungguhnya mereka itu akan bersama orang-orang yang Allah telah kurniakan ni’mat kepada mereka” ( An Nisa’:69)

Kedua-dua ayat ini menyatakan bahawa taat kepada Rasul s.a.w. itu merupakan taat kepada Allah s.w.t. kerana itu taat kepada Rasul s.a.w. tidak merupakan syirik kepada Allah s.w.t. kerana Rasul s.a.w. tidak mengemukakan sesuatu dari pihaknya, dia hanya menyampaikan hukum ilahi.

ix. Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Maka demi Tuhanmu, tidaklah mereka beriman sehinggalah MEREKA BERHAKIMKAN ENGKAU(MUHAMMAD) pada pertelingkahan yang berlaku diantara mereka kemudian. Mereka tidak mendapat sebarang kesempitan di dalam hati mereka terhadap keputusan itu dan mereka menerima dengan sepenuh hati.” (An Nisa’:65)
ADAKAH INI AYAT YANG SIA2 PADA KAU???? ALLAH S.W.T! TELAH MEWAJIBKAN KAU ARIJI UTK TAAT PADA RASULMU MUHAMMAD S.A.W!
dgn jahil memekik hanya perlu diangkat Quran sahaja tetapi membelakangkan ayat2 Quran yg lain adalah jahil! malah kafir!
pengetahuan islam mu amat diperingkat asas. sila mencari ilmu ketika berhujah. bukan seperti orang bodoh menulis untuk yang pandai.
Wallahu'Alam.

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

“Sesungguhnya aku tidak menemui slaah seorang dari kalian yg duduk di atas singgahsananya, kmdn datang suatu perintah dari ku yg diperintahkan kpdku atau yg aku dilarang mengerjakannya, kdmn dia berkata, ‘Kami tidak tahu, kami tidak menemukannya di dlm kitabullah yg kami ikuti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Hakim dari Abu Rafi’ sbgmn yg disebut dlm Sahih Al-Jami’us Saghir, hadith no. 7172)

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah sahaja.Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan"(Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." H.R. Abu Daud.

Anonymous said...

“ Dan apa-apa yang dibawakan oleh Rasul kepada kamu maka ambillah ia dan apa-apa yang dia melarang kamu daripadanya maka tinggalkanlah .”(Al Hasyr:17)

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Dan ingatlah ketika Nabi menceritakan secara rahsia satu perkara kepada salah seorang isterinya maka rahsia itu diceritakan oleh isterinya (pada orang lain) dan Allah menyatakannya (perbuatan isterinya itu) kepada Nabi lalu Nabi menceritakan sebahagian yang dinyatakan oleh Allah dan tidak menceritakan sebahagian yang lain. Bila dia (Nabi) menceritakan kepadanya (isterinya) tentang perkara itu, dia (isterinya) bertanya: siapa menceritakan kepadamu perkara ini? Dia (Nabi) menjawab : “Tuhan yang maha mengetahui dan maha bijaksana telah MENCERITAKAN kepadaku”. (At Tahrim:3)

Padahal tidak terdapat dimana-mana pun di dalam Al Quran keterangan bahawa Allah s.w.t. menceritakan kepada Nabinya s.a.w berkenaan dengan isterinya yang mendedahkan rahsia yang disimpannya pada salah seorang isterinya. Jadi bagaimana Allah yang maha mengetahui lagi maha Bijaksana itu menceritakan kepada Nabi s.a.w.? jelas sekali bahawa tuhan menceritakan kepada Nabinya melalui “Wahyu Khafi” atau “Al Hadits”.


“Jagalah sembahyang-sembahyang dan sembahyang wustha dan berdirilah kamu di hadapan Allah dengan penuh khusyuk’. Jika kamu ketakutan maka kerjakanlah sembahyang dalam keadaan berjalan kaki atau berkenderaan tetapi bila sudah aman ingatlah kepada Allah sebagaimana ia telah mengajarkan kamu apa yang sebenarnya tidak kamu ketahui”. (Al Baqarah: 238-239)

Daripada ayat ini dapat difahami bahawa sembahyang mempunyai cara-caranya yang tertentu yang dimaafkan pada ketika perang atau ketakutan. Pada keadaan aman sembahyang hendaklah dikerjakan seperti asal. Pengajaran tentang sembahyang yang asal itu telah dihubungkan oleh Allah s.w.t. kepada DiriNya sendiri tetapi yang jelasnya pengajaran tentang cara ini tidak tersebut di dalam Al Quran. Ini bermakna pengajaran itu telah disampaikan oleh Allah s.w.t. melalui saluran yang lain kemudian dikhabarkan pada kita tentulah melalui Al Hadits.

Anonymous said...

Perintah dari hadits yang dikatakan perintah daripada Allah s.w.t. sendiri dan mengikut hadits pula merupakan satu ujian tentang keimanan seseorang. Lihat firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidaklah Kami tentukan kiblat yang dahulu kamu mengadap ke arahnya itu melainkan untuk Kami mengetahui siapakah yang mengikuti Rasul itu.” (Al Baqarah:143)

*disini juga Allah s.w.t dgn jelas memperkatakan ...."mengikuti Rasul itu.." mengapa begitu byk ayat seperti ini didlm Quran? apakah mentaati Rasul hanya dgn makan pakai mulut sahaja sudah dikira mentaati rasul? seperti yang kau fahami itu. Ini jelas kehajilan yg nyata!
mengapa didalam Al-Quran byk sekali ayat sebegini? mengapa tidak dinyatakan agar mentaati kitabullah sahaja? mengapa perlu ada perintah mentaati rasul? bukankah hanya Allah s.w.t yng mengurniakan nikmat? mengapa Allah mengatakan agar "MENTAATI RASUL" SDGKN RASULULLAH TELAH TIADA ,kini hanya Quran sahaja yg ada tetapi mengapa perlu ditaati Rasul itu? bagaimana?
AL-HADITH adalah jawapan paling jelas wahai Ariji.

Anonymous said...

kalau kau nak bercakap mengenai praktikal dalam Quran baca kenyataan ini.

“ Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli”. (Al Baqarah: 282)

Bolehkah sesiapa menjelaskan bagaimana mungkin setiap penjual dan pembeli mencari saksi untuk setiap penjualan dan pembelian yang dilakukan oleh mereka samada besar atau kecil?. Jika begitu bagaimana perintah Allah s.w.t. ini dapat dipraktikkan?.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “ Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu disetiap waktu kamu melakukan sembahyang”. (Al A’raf: 31)

Bagaimana kita mempraktikkan perintah Allah s.w.t. ini?. Temasuk dalam perhiasan itu ialah pakaian dan juga barang-barang kemas. Adakah mengikut ayat ini perempuan-perempuan mesti memakai perhiasan berupa barang-barang kemasnya ketika mengerjakan sembahyang?.

“ Dari mana saja kamu keluar, hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram dan di mana saja kamu berada hadapkanlah muka-mukamu ke arahnya’. (Al Baqarah: 150)

Daripada ayat ini semata-mata tanpa keterangan daripada Al Hadits kita akan memahami bahawa Allah s.w.t. memerintahkan supaya sentiasa kita menghadapkan muka ke arah Masjidil Haram. Adakah ini suatu yang mungkin dilakukan? jika begitu perintah ini untuk ketika dan waktu yang bagaimana?. Adakah sesiapa yang boleh menjelaskan bagaimana boleh kita mempraktikkan perintah daripada ayat ini?.

Anonymous said...

“Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi.”(Al Baqarah:197)

Bulan apakah yang dimaksudkan dengan firman Allah ini? Al Quraan tidak menjelaskannya.Nama bulan-bulan yang dimaksudkan itu terdapat di dalam hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ringkasnya tanpa Al Hadits kita tidak dapat mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bulan-bulan haji itu bahkan haji itu sendiri.Selain dari itu tidak mungkin dipakai tanpa mendapat penjelasan dari Al Hadits

ii. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketentuan Allah pada hari ia menciptakan langit-langit dan bumi. Di antaranya 4 bulan haram ialah (ketetapan) orang yang harus”
(At Taubah:36)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa bilangan bulan itu adalah 12 bulan dan 4 bulan daripadanya adalah bulan haram.
Tetapi Al Quraan sepi daripada menyebutkan 4 bulan haram yang di maksudkan itu. Bulan manakah akan dianggap sebagai bulan haram? Jika kita andaikan bahawa 4 bulan haram yang di maksudkan di dalam ayat ini ialah bulan yang diterima sebagai haram dalam tradisi Arab jahiliah, maka andaian itu tidak tepat kerana orang kafir itu selalu menukar-nukarkan bulan dengan mendahulukan dan mengemudiankannya seperti yang tersebut di dalam Al Quraan sendiri tentang perbuatan mereka.Allah s.a.w. berfirman bermaksud; “Sesungguhnya menukar-nukarkan bulan itu dengan mendahulukannya dan mengemudiankannya adalah menambah kekufuran.” (At Taubah:37)

Jadi jika kita menerima bulan-bulan haram itu mengikut tradisi orang-orang kafir Arab bermakna penentuan bulan-bulan haram itu terletak di tangan mereka bukan di tangan Rasulullah s.a.w. Mana-mana bulan yang dianggap haram oleh orang-orang kafir kita akan menerimanya sebagai haram.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman bermaksud: “Bulan haram dengan bulan haram dan pada sesuatu yang dihormati berlaku hukum qisas”. (Al Baqarah: 194)

Jika kita menerima ketentuan orang-orang kafir itu bermakna kita mengatakan ayat Al Quran memerlukan orang-orang kafir, seolah-olah amalan yang dilakukan orang-orang kafir itulah yang dikehendaki oleh Al Quran.

iii. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah”. (Al Baqarah: 196)

Daripada ayat ini kita dapat memahami apakah haji dan umrah yang diperintahkan supaya disempurnakan itu dan apakah perbezaan diantara keduanya?

(sumber: bicaramuslim.com)
Al-Hadith adalah sumber kedua TERPENTING dalam islam SELEPAS AL-QURAN.

Jika kau mahu membuktikan bahawa sunnah menyebabkan islam lembab. aku nk tengok kau jadi apa lepas nie. yang kau tahu sunnah itu "asal xkawin ngn bdk 9 thn pak aji?" asal xnaik unta?"asal xpakai pedang?" M16 itu bidaah! LOL"... inilah pemahaman sunnah kau.. nak tunjuk pandai tapi tiap kali kau menulis kena balik paluan tapi kau balas dgn ludahan ejekan dan omokan bodoh seperti kucing yg makan xpakai mulut la..apela...g farmasi la.. biasalah manusia jahil yg berdiri atas kejahilan dan ketaksuban mmg ramai. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini. Amiin

-Muhd Abdillah-