Sila perhatikan dialog berikut yang saya reka;
Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut?
Abdillah:
Imam Malik berpendapat bahawa hukumnya wajib, manakala Imam Syafie berpendapat bahawa hukumnya sunat.
Ariji:
Apakah hukum menyimpan janggut yang sebenar-benarnya? Sunat atau wajib?
Abdillah:
Saya sudah jawab soalan itu tadi. Ada dua pendapat.
Ariji:
Pendapat mana yang betul?
Abdillah:
Saya rasa pendapat Imam Shafie yang betul.
Abangsheikh:
Wahai Abdillah, apakah itu mentaati Rasul namanya? Apabila Rasul memerintahkan kamu menyimpan janggut, kamu sepatutnya dengar dan taat, bukannya mencari-cari pendapat ulama yang membenarkan kamu untuk melanggar perintah Rasul.
Abdillah:
Tetapi tidak salah bukan, jika kita mengambil pendapat Imam yang lain?
Abangsheikh:
Nampaknya kamu tidak ikhlas mentaati Rasul sepenuhnya. Kamu cuba mencari dalih. Padahal, kita sebagai umat Islam wajib mentaati Rasul.
Ariji:
Jika menyimpan janggut hukumnya wajib, ini bermakna Imam Syafie telah membuat kesilapan dalam mengeluarkan fatwa. Jika hukum sebenarnya adalah sunat, maka Imam Malik pula yang silap. Apakah mungkin kedua-duanya benar? Padahal jelas kedua-duanya berbeza.
Abangsheikh:
Sudah tentu Imam Syafie yang telah membuat kesilapan, kerana kita wajib mentaati Rasul.
Abdillah:
Maksud kamu, saya berdosa kerana tidak menyimpan janggut?
Abangsheikh:
Ya, benar. Bertaubatlah wahai Abdillah. Mulai sekarang, simpanlah janggut. Kita bukan sahaja diwajibkan mentaati Allah, tetapi juga mentaati Rasul.
Abdillah:
Saya faham maksud kamu. Tetapi saya lebih kepada mazhab Syafie.
Ariji:
Saya pula tidak bermazhab. Menyimpan janggut hukumnya harus.
Abangsheikh:
kamu sesat wahai Ariji. Bertaubatlah.
Ariji:
Apakah kamu menyamakan mazhab dengan Islam?
Abangsheikh:
Bermazhab Sunni adalah Islam yang sebenar.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
“ tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada perintah ALLAH . itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”(Ar-Rum:30)
apakah fitrah? fitrah itu adalah hal yang secara syariatnya tidak dapat berubah untuk menyesuaikan tradisi atau adat.
siapakah yg menerngkan juga perihal fitrah?
Hadith sahih!
“maka hendaklah orang-orang yang menyalahi PERINTAH RASUL takut akan ditipa cubaan atau ditimpa azab yang pedih "(An-Nur:63)
"Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari
fitrah di antaranya ialah mencukur misai dan
memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan
Ibn Majah.
menyimpan janggut adalah wajib! ia adalah wajib bagi melengkapkan krn ia adlah satu tanda beriman krn memperhias diri dgn sunnah Rasul2 semenjak dulu, krn ia juga salah satu tuntutan Qura'nul Karim yang mewajibkan taat pada Rasulullah s.a.w! itulah Quran kitab yg benar dan kita dapt petunjuk dari Rasulullah s.a.w seorg hamba yg menjadi Pesuruh Allah, memperjelaskannya KITABULLAH. namun jika ada kesulitan maka tidak mengapa.
"Dan apa yang disampaikan oleh Rasul maka hendaklah kamu ambil (patuhi) dan
apa yang ditegah kamu (dari melakukannya) maka hendaklah kamu tinggalkan".
AL HASYAR, 59:7.
"Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Peliharalah janggut
kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan
Nasrani". H/R Ahmad.
"Dari Ibn Abbas berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru
(menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu".
H/R al Bazzar.
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu".
H/R al-Bukhari dan Muslim.
Banyak lagi Hadith sahih mengenai tuntutan janggut.bagi umat islam yang menterbalikkan ini seperti orang melayu ini... jutaan dari mereka menyimpan misai mencukur janggut pula.
"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut
Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah". H/R al-Bukhari.
ini adalah urusan yang akan diadili hanya oleh Allah s.w.t!
imam syafie tidak hidup dizaman modern dgn internet. barangkali beliau r.a tdk sempat berjumpa dan mengkaji hadith2 ini. lagipun islam itu membenarkan ijtihad. jika benar ganjaran nya dua jika salah ganjarannya satu dan jika memilih cara yg sesat maka berdosalah. Wallahu'Alam.
ijtihad dlm bab janggut adalah pendapat samada ia boleh dinipiskan atau tidak. pada dasarnya janggut itu wajib disimpan walau sedikit namun para fuqaha dan ulama kebanyakkannya berpendapat tidak dicukuri janggut.
"Sesungguhnya jawaban orang-orang yang beriman
apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara
mereka, ucapan mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka
itulah orang-orang yang beruntung".AN NUUR, 24:51
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah". AN NISAA 4:64.
"Sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah (dan kedatangan) hari
Kiamat dan dia banyak mengingati Allah". AL AHZAB, 33:21.
ia bukan hukum harus.
sesiapa yg sengaja tidak menyimpan janggut tidak tinggi imannya. Wallahu'Alam
berdialog olok2 pula kau. apa kata kau JAWAB SEMUA HUJAH KU PULA. sudah berbulan2 aku menunggu NAMUN satupun kau tidak jawab dgn baik malah kebanyakkannya kau tidak jawab langsung. lain kali jgn berlagak jahil lagi. Bacalah Quran fahami dengan Sunnah.
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu (pasti) lenyap.” Al-Israa 17:81
Maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golonganku dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". IBRAHIM, 14:36
"Katakanlah jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutlah
aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". ALI IMRAN, 3:31
Post a Comment