Monday 21 June 2010

Pluralisme

Berpandukan Rukun Islam di http://ariji86.blogspot.com/2010/06/rukun-islam.html; maka hukuman bunuh bagi kesalahan murtad adalah tidak relevan. Sila perhatikan kisah ini;

1) Seorang penganut Syiah yang keluar dari mazhab Syiah dan memasuk mazhab Sunni dituduh murtad dan dihukum bunuh oleh puak Syiah.

2) Seorang penganut Sunni yang keluar dari mazhab Sunni dan memasuk mazhab Syiah dituduh murtad dan dihukum bunuh oleh puak Sunni.

3) Apabila seorang bayi dilahirkan, dia adalah dalam keadaan tidak bermazhab.

4) Islam membawa mesej 'sejahtera'. Kesejahteraan tergugat dengan puak masing-masing saling bunuh-membunuh demi kepentingan mazhab.

5) Pembunuhan yang terjadi akibat konflik tulisan sejarah antara puak Sunni dan Syiah tidak bersifat sejahtera. Pada hari ini adalah tahun 2010, kenapa perlu saling membunuh akibat apa yang terjadi ratusan tahun lalu? Ingin mengikut jejak puak Zionist?

6) Berapa banyak lagikah masjid yang perlu dibom untuk memuaskan hati masing-masing?

7) Kenapa manusia yang hidup pada hari ini dibunuh kerana dosa nenek moyang yang telah meninggal ratusan tahun dahulu?

Perhatikan pula;

Orang-orang yang beriman, Yahudi, Nasrani dan Sabian, sesiapa yang beriman akan Allah dan Hari Akhirat dan melakukan apa yang baik, akan menerima anugerah dari Tuhan mereka. Tiada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak akan dukacita. (2:62)

Ayat di atas menjelaskan toleransi terhadap pluralisme. Jika puak Sunni atau Syiah tidak bersetuju tentang isu ini, sila renung mazhab sendiri.

Sebagai contoh, mazhab Sunni itu sendiri terbahagi kepada berikut;

1) Hanbali
2) Hanafi
3) Shafie
4) Maliki
5) Wahabi
6) Wahabi tidak original (gelaran ditujukan kepada mereka yang menolak ijmak tertentu)

Apakah tidak tergambar unsur pluralisme di atas?

Mazhab Syiah pula;

1) Ja'fariyah
2) Ismailiyyah
3) Zaidiyyah
4) Imam Bertujuh
5) Alawiyyah
6) Druze
7) Sabahiyyah
8) Tarikat Alevi
9) Bektashi Hamadani
10) Fatimid

Umat Islami seharusnya melihat isu ini daripada perspektif global dan menghormati hak ekspresi masing-masing.

Wallahualam.

11 comments:

Anonymous said...

Hadith yang berkenaan hukuman Murtad datang dalam pelbagai lafaz. Hadith-hadith ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Sayyidina Uthman Affan ra, Sayyidina Ali kw, 'Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Abu Musa as-Sya'ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma'in.

Lafadz hadith dari para sahabat di atas berbeza serba sedikit dari sudut lafaznya tetapi sama dari sudut maknanya. Antara yang paling jelas adalah :-

1) Nabi SAW bersabda :

من بدل دينه فاقتلوه

Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)

2) Sabda Nabi Muhammad SAW juga :

" لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والتارك لدينه، المفارق للجماعة" (رواه الجماعة)
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" ( Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain )

Dalam riwayat lain dari UThman bin Affan ra :

"..... رجل كفر بعد إسلامه، أو زنى بعد إحصانه، أو قتل نفسًا بغير نفس" (رواه الترمذي وحسنه والنسائي وابن ماجة، وقد صح هذا المعنى من رواية ابن عباس أيضًا وأبي هريرة وأنس)،
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" ( Riwayat At-Tirmidzi : At-tirmizi : hasan)

Imam Ibn Rejab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan hadith ini telah berkata : " Hukuman bunuh bagi setiap satu dari kesalahan ini adalah disepakati oleh ulama Islam seluruhnya" ( Jami' al-‘Ulum wal Hikam, dgn tahqiq Syeikh Syuaib, cet ar-Risalah)

Banyak lagi hadith terutamanya dan ayat al-quran yang menyebutkan hukuman bagi jenayah murtad, bagaimanapun penulis hanya mengambil satu sahaja atas sebab tidak ingin memanjangkan penulisan.

-sumber:zaharuddin.net

Anonymous said...

قُلْ للذينَ كفروا إن ينتَهُوا يُغفَرْ لهم ما قد سلَفَ وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ. وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله
Ertinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana ORANG - ORANG TERDAHULU; PERANGILAH mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 )

Anonymous said...

مَن يُطِع الرسولَ فقدْ أطاعَ الله
Ertinya : " Barangsiapa yang mentaati Rasulullah SAW maka ia telah mentaati Allah"

وما آتاكُمُ الرسولُ فخذوهُ وما نهاكم عنه فانتَهُوا
Ertinya : "Dan apa-apa yang telah dibawakan oleh Rasulullah maka hendaklah kamu terima, dan apa yang telah dilarang kamu darinya, hendaklah kamu jauhi"

وَمَا يَنطِقُ عنِ الهوَى. إِنْ هُوَ إلا وحْيٌ يوحَى
Ertinya : "Dan tiadalah apa-apa yang dilafazkan (oleh Rasulullah) dari hawa nafsu baginda, bahkan ia tidak lain kecuali dari wahyu"

Dari Yusof al-Qaradhawi mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)

Perihal menjatuhkan hukuman bunuh terhadap murtad ini juga telah dilaksanakan di zaman sahabat (selain Abu Bakar) oleh Mua'dz Jabal ra, Sayyidina Ali kw, (Rujuk Shohih Bukhari dengan syarah, Fath Bari, hadith no 6923) oleh Ibn Mas'ud setelah ditanya kepada Sayyidina Umar ra. (Rujuk Musannaf Abd Razak, 10/168, athar no 18707)


sumber:zaharuddin.net

Anonymous said...

Tidak dibunuh si murtad kecuali jika memerangi Islam atau mengajak manusia lain kepada murtad. Seperti Salman Rushdie.

Antara dalil yang kelihatan di gunakan terdapat di dalam kalam Syeikhul Islam Ahmad bin Abd Halim Ibn Taimiyah al-Harrani (Imam Mujtahid, w 728 H) : " Sesungguhnya Nabi SAW telah menerima taubat sekumpulan murtad manakala telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada sekumpulan murtad yang lain. Ini kerana, selain murtad mereka juga membuat jenayah-jenayah lain yang membawa mudharat kepada Islam dan Muslimin, seperti:

a. Arahan Nabi membunuh Maqyas Bin Hibayah pd hari Fathul Makkah, kerana selain murtad ia telah memerangi muslim dan mencuri harta serta tidak bertaubat selepas berkemampuan berbuat demikian,

b. Nabi juga memerintah membunuh sekumpulan yang digelar 'uraniyyin (kaum yang meminum kencing unta untuk berubat) juga dengan sebab yang sama.

c. Begitu juga Nabi mengarahkan membunuh Ibn Khattal akibat murtad disertai dengan penghinaan, cacian dan memerangi muslim (Lihat kitabnya As-Sorim al-Maslul hlm 368, Ibn Taimiyah)

Lalu Imam Ibn Taimiyah membahagikan murtad kepada dua jenis :

i) Murtad semata-mata maka boleh diterima jika ia bertaubat.

ii) Murtad yang bersamanya ‘muharabah' (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak boleh diterima oleh pemerintah Islam, maka hukuman tetap akan dijalankan.

Justeru jelas sekali Nabi pernah melaksanakan hukuman bunuh ini.

Sumber:zaharuddin.net

Anonymous said...

Al-Maidah ayat 33. :

إنما جزاء الذين يحاربون الله ورسوله ويسعون في الأرض فسادا أن يقتلوا أو يصلبوا أو تقطع أيديهم وأرجلهم من خلاف أو ينفوا من الأرض ذلك لهم خزي في الدنيا ولهم في الآخرة عذاب عظيم
Ertinyanya : "Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan DIBALAS BUNUH, atau dipalang atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang ,atau dibuang negeri ,Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar."

Anonymous said...

..فقدم على عمر, فسأله : ما فعل الستة الرهط من بكر من وائل, والذين ارتدوا عن الإسلام, فلحقوا بالمشركين؟ قال : يا أمير المؤمنين, قوم ارتدوا عن الإسلام, ولحقوا بالمشركين, قُتلوا بالمعركة, فاسترجع عمر (أي : قال إنا لله وإنا أليه راحعون) قال أنس, وهل كان سبيلهم إلا القتل؟ قال : نعم, كنت أعرض عليهم الإسلام, فإن أبوا أودعتهم السجن. ( رواه عبدالرزاق في المصنف 10/165, الأثر(18696)؛ البيهقي في السنن : 8/207 ؛ إبن حزم في المحلى : 11/221)
Ertinyanya : Sesungguhnya seorang telah kembali dari Tustar lalu berjumpa Umar ra, lalu Umar bertanya kepadanya: "Apa yang mereka berenam daripada Bakr bin Wail telah lakukan, adakah merka murtad dan menyertai kumpulan Musyrikin? Berkata si pengadu : Wahai Amirulmukminin, kaum yang murtad dari Islam lalu masuk ke dalam kumpulan Musyrikin, dibunuh dalam peperangan. Lalu Umar berkata (inna lillahi inna ilaihi raji'un) Berkata lelaki itu : adakah jalan lain bg si murtad itu selain bunuh? Berkata Umar : ya, Aku mengajak mereka kembali kepada Islam, kiranya mereka enggan aku akan memenjarakan mereka" (Rujuk Musannaf Abd Razak 10/165; Al-Baihaqi dalam As-Sunan 8/207; Ibn Hazm dalam al-Muhalla 11/221; Diriwayatkan oleh Imam Abd Razak as-San'ani (guru hadith Imam Ahmad,w : 211 H) dan Imam al-Hafiz al-Baihaqi as-Syafie (w: 458 H) dan Ibn Hazm Al-Zohiri (Imam Mujtahid, w 456 H))

Berdasarkan kepada athar tadi, sesungguhnya Umar ra tidak melihat hukuman bunuh adalah satu hukuman yang mesti dalam setiap keadaan. Ini bermakna ianya boleh ditangguh pelaksanaannya dalam keadaan DHARURAT atau mana-mana keadaan yang seumpama dengannya. Ia juga tidaklah bermaksud, bahawa hukuman ini adalah ta'zir, hukuman potong tangan juga boleh ditangguh atau tertolak kiranya terdapat syubhat. Ia berbeza dengan apa yang ada di Malaysia, perlu dibezakan bahawa pelaksanaan hukuman hanya di tangguh atau dengan memanjangkan tempoh pemenjaraan dan ‘istitab', bukannya terus tidak mewartakannya sebagaimana yang berlaku di Malaysia.!

Menurut Dr. Yusof Al-Qaradhawi : Dharurat di sini bermaksud : DALAM KEADAAN PERANG, lalu sekiranya dilaksanakan hukuman tersebut maka dibimbangi fitnah dan si murtad akan masuk bersama dalam kumpulan musuh hingga menguatkan mereka pula. Beliau mengatakan bahawa kemungkin Sayyidina Umar meng'qias'kan hukuman ini dengan sabda Nabi SAW : Ertinya : "Tidak dipotong tangan (pencuri) ketika perang"

sumber:zaharuddin.net

Anonymous said...

Wahai Ariji yg hebat dan bijaksana.
Kalau seseorang yg berfahaman sunni bertukar pada syiah maka dia dianggap sesat bukannya kafir. tapi jika dia mengkafirkan para Sahabi barula di boleh dihukum kafir!
dari segi logiknya bagaimana pula dia boleh dihukum bunuh jika dia berani dgn terang2 mengkafirkn sahabi jika dia bersama dalam kelompok jemaah Sunnah? sudah tentu dia bersama orgnya2 sendiri. dgn keadaan dunia sekarang ini amat tidak logik utk berperang dgn org2 iran 2 sbb musuh kafir laknat lagi besar lg byk.
sesiapa yg tukar mazhab bukannya tukar agama.. BODOH!
sape pulak yg boleh dakwa yg die betul2 ikut mazhab?
siapa org melayu yg 100% mazhab Syafie pada masa kini???????
disebabkn die qunut waktu subuh so die mazhab Syafie la eh?? SALAH!
kau nie mmg sah xde ilmu... dah mane kalendar hijrah yg sesat 2? dah xde benda lain sekarang kau ungkit hal ini pula?????
apa masalah kau?
SEDAR PUN KAU DA SALAH.. SESAT. tapi kau timbulkan hal ini pulak? OK.. 2 hujah aku da bagi 2... 2 baru kire hujah. Yakin bila kita praktikkan sebab ada DALIL, BUKTI, HUJAH SERA PENJELASAN.. bukan jadi JAHIL.. YE KAU MMG JAHIL... nmpk sgt kau dah xboleh nk BERHUJAH kau bangkit isu lain.. pandai!
jawab isu ini. dah banyak hujah dan bukti utk hukuman murtad. bukan senang2 je nk bunuh orang Ariji.
bukan ketua kampung yg kene jalankan HUDUD... 2 P.M patutnya orang yg paling depan utk sokong HUDUD..Aku xlayak nk bunuh kau jika kau murtad.. PENGUASA yang WAJIB patutnya.. dah kalau diorg xnk.. ALLAH AZZAWAJALL MAHA ADIL. nnt kite trime part masing2 akhirat nnt.. cum kat dunia nie kne la ade perjuangan jugak utk tegakkan HUKUM ALLAH. perlahan2 kayuh lame2 INSYALLAH nnt sampai juga...
dah pakai hukum manusia kat Malaysia pun.. apahal kau nk bangkitkan isu nie Ariji? kau bukan tahu apa.. baca k..

Anonymous said...

Bace Hadith Sahih balik..
Umat islam terbahagi pada 73.. sume masuk neraka kecuali satu.. sape2 yg mentauhidkan Allah dan yg mengikut telunjuk jln Nabi s.a.w barulah selamat... FAHAM??

“Sesiapa sahaja yang menyelisihi aqidah Ahli Sunnah akan masuk ke dalam 72 golongan sesat, sabda baginda “Umatku” adalah umat Ijabah, yakni orang-orang yang menjawab seruan bagiNya dan menampakkan diri bahawa mereka mengikuti (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam), sehingga ada 73 golongan, satu kelompok yang selamat adalah yang mengikuti Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan istiqamah di atas agama baginda. Adapun 72 golongan itu, maka ada di antara mereka yang kafir, pelaku maksiat, ahli bid’ah dan berbagai-bagai.” Ibn bin bazz r.a.

*Mazhab pula mana ade berbeza aqidah wahai Ariji yg mujtahid masa kini..
bagi aku bukti dan penjelasan skit?? takat letak tgn dlm solat, qunut ade x time subuh, cara jual beli,(bukan sistem), cara duduk tahiyat akhir, dll... nie lah perbezaan mazhab pun.. xde nk smpai bunuh membunuh pulak.. xde huru hara pun kt masjid India kt k.l 2 ngan org melayu yg melampau byknya kat citu.. apa bende kau??

Anonymous said...

"apabila hadith itu sahih, maka itulah mazhabku" Imam Abu Hanifah r.a

"tidak dihalalkan bagi seorg utk berpegang pada perkataan kami, selagi dia tidak tahu dari mana kami telah mengambilnya" Imam Abu Hanifah.

"Adalah haram bg seorg yg xtahu alasanku utk berfatwa dgnnya"
Imam Abu Hanifah.

"jika aku mengtakan sesuatu yg bertentangan dgn Kitabullah dan khabar Rasulullah s.a.w maka tinggalkan perkataan ku" Imam Abu hanifah

Anonymous said...

"Tidak ada seorg pun setelah Nabi s.a.w kecuali dr perkataannya itu ada yg diambil dan ditolak kecuali Nabi s.a.w" Imam Malik bin Anas r.a

terdapat kisah imam Malik segera memperbetul fatwanya dgn dia sendiri mempraktikkan sunnah yg baru didengar olhnya yg dia sangka tidak wujud.

Imam Asy'Syafi'e r.a lebih mendalam ttng hal ini....

"Tidak ada seorg, kecuali dia harus bependapat dgn pendapat Rasulullah s.a.w dan beramal dgnnya. walau aku ucapkn satu ucapan dan menisabkan pd kpd suatu asal didlamnya drpd Rasulullah yg didapati bertentangan dgn ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah s.a.w" itulah ucapanku.
Imam Asy-Syafi'e r.a

"Kamu lebih tahu dr ku ttng Hadith dan perawinya(Rijal al-Hadith). Apabila hadith itu sahih maka AJARKANLAH KEPADAKU apa jua isinya sama ada dr kufah,Basrah, mahupun Syam.Pabila ia Sahih, BERMAZHABLAH dgnnya" Imam Asy-Syafi'e r.a

"Setiap yg aku katakan, sdgkan berbeza dgn Hadith Sahih, maka Hadith Nabi s.a.w lebih utama. Oleh itu JANGANLAH KAMU MENGIKUTIKU." Imam Asy'Syafi'e r.a

Anonymous said...

Imam Ahmad Bin Hanbal..

"jangan;ah kamu ikut aku dan jgn pula ikut Imam Malik, Syafi'e, Auza'i dan Tahuri. tetapi ambil dr mana mereka ambil".

*Tidak pernah terlintas untuk mereka menjadi ketua Mazhab pun.. Mereka pendidik, membimbing dalam hal - hal Syarak yg masing2 mempunyai kelebihan dan kelemahan. Ini tidak lain adalah utk Umat Islam mengambil iktibar dari mereka kerana mereka adalah orh2 yg soleh dan yg mengajak pada Siratul Mustaqim... Mereka juga disiksa dan dihina. Tapi Ilmu mereka berlandaskan yg Hak. dan mereka tidak pernah mewajibkan mazhab.