Thursday 28 October 2010

Peperiksaan Akhir, Prestasi, Perempuan, dan Permainan

Final exam begitu hampir. Semester ini boleh jadi prestasi akademik saya yang paling teruk sejak menuntut ilmu di Setiu ini.

Jika dulu, saya sering juga study group dengan Sha. Bila study dengan dia, saya lebih fokus terhadap pelajaran. Namun pada semester ini, entah berapa kali kami study group.

Ya, dia mempunyai boyfriend baru, pelajar di institusi ini juga. Adakah itu menjadi faktornya? Tidak juga. Sistem pengurusan nota pelajaran saya bertaburan. Jadual penyiapan tugasan juga kurang teratur. Dalam kelas pula, saya sepatutnya fokus dan bertanya soalan, sebaliknya kurang fokus, apatah lagi untuk bertanya soalan.

Bertanya soalan kepada lecturer adalah salah satu pemangkin kepada kejayaan dalam menguasai ilmu. Namun, si penanya haruslah tahu apa yang hendak ditanya, dan apakah relevannya soalan itu ditanya.

Jika latihan bagi pelajaran pun kurang diberi perhatian, apatah lagi untuk bertanya? Soalan yang baik adalah yang terhasil daripada usaha kendiri untuk menyelesaikan masalah terlebih dahulu.

Saya rasa seperti mahu kembali semula pada awal semester.

Sejak akhir-akhir ini saya asyik teringatkan Fatim. Adakah kerana saya jatuh hati, atau kerana saya si jejaka kesepian?

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan mendapatkan girlfriend;

1) Rambut

Sepengalaman saya, perempuan memberi perhatian kepada rambut lelaki. Sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/03/rambut.html

"Saya suka gaya rambut awak."

Ayat ini yang boleh digambarkan yang telah dikomen oleh Fatim terhadap gambar seorang lelaki di Facebook.

2) Duit

Sebahagian perempuan bukan sahaja melihat duit dari pihak lelaki, malah melihat duit dari diri sendiri.

"Jika saya ditinggalkan suami, kemana harus saya pergi jika saya tidak mempunyai wang? Bagaimana untuk menyara anak yang ditinggalkan ayahnya?"

Sepengalaman saya, perempuan yang kaya gagal menarik perhatian saya dengan kekayaannya. Bukan itu yang saya mahu. Saya mahukan hati budi. That's it.

Soal duit, saya sebagai lelaki, menjadi tanggungjawab saya bagi menyara si isteri dan anak.

"It's okey if you don't have money, because it's my business."

3) Penampilan diri

"Awak kena baiki penampilan diri awak jika awak mahu memikat hati perempuan."; rakan saya memberi pendapat.

Kemudian saya berfikir, jika selepas kahwin nanti, saya bertukar menjadi selekeh, adakah si dia akan tinggalkan saya?

4) Lain-lain

Saya bukan perempuan. Untuk melihat kes ini dari perspektif perempuan, mungkin saya kena banyak membaca ilmiah tentang perempuan.

5) Kongkong

Perempuan mungkin tidak suka dikongkong. Tetapi sanggup dikongkong oleh si dia atas nama sayang. Kongkongan yang berlebihan dijangka akan membawa kepada perpisahan.

6) Romantik

Perempuan mana yang tak suka romantik? Saya pun suka.

7) Merokok

Pernah terjadi kes di mana si lelaki diberi syarat untuk berhenti merokok jika mahu menyunting si perempuan ke kancah perkahwinan. Dan lelaki itu gagal memenuhi syarat, lalu si perempuan kahwin dengan lelaki lain.

Saya bukan seorang perokok, namun saya lihat, ramai lelaki perokok yang ada girlfriend.

"Mungkin si perempuan itu sentiasa berharap agar teman lelakinya berhenti merokok."; kata Fatim ketika kami sedang membincangkan tentang isu 'lelaki, rokok, dan girlfriend'.

8) Mengantuk

Maksud saya, saya sedang mengantuk sekarang ini. Jam menunjukkan pukul tiga lebih, tetapi belum melebihi suku jam pertama.

Assignment yang perlu dihantar esok belum print lagi. Dalam bilik saya ada printer, rakan sebilik saya punya.

Kelas esok dalam pukul 8 setengah pagi. Teringat pula kepada game yang saya mula berjinak-jinak. Ia adalah Simuland. Sila rujuk; http://www.simuland.net/en/index.php

Dalam permainan ini, saya menjadi pengurus besar syarikat. Saya cuma mahu mendalami perasaan menjadi bos syarikat, lalu bermain permainan ini. Nampaknya, saya perlu berhenti mencoret sekejap untuk bermain permainan ini sekejap. Beri saya dalam sepuluh minit, okey?

Saya kembali semula. Perolehan semasa syarikat saya dalam permainan itu mengalami defisit. Mungkin kerana saya telah memutuskan untuk mengeluarkan unit produk yang terlalu tinggi, dengan harapan ia dapat dicover dengan permintaan pengguna yang meningkat. Namun permintaan tidak meningkat seperti yang dijangka.

Bahkan, ia menyebabkan gudang syarikat saya mengalami kesibukan lebih dari biasa dek kerana bilangan stok yang melebihi paras normal.

Okey, jam menunjukkan dalam pukul tiga setengah pagi. Saya mahu tidur, dengan harapan, bangun pada waktu Subuh. Handset saya akan 'berkokok' nanti. Ya, saya setkan bunyi kokokan ayam sebagai alarm jam itu.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: