Friday 15 October 2010

Bahasa, Rasionaliti, dan Perpecahan

Semua team adalah group. Tetapi bukan semua group adalah team. Berbeza dengan group, team adalah sekumpulan orang yang berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain, bertanggungjawab bersama untuk mencapai objektif am, dan memperlihatkan diri mereka sebagai entiti sosial dalam sesebuah organisasi.

Namun, kalimah 'team' dan 'group', bila ditranslatekan ke dalam Bahasa Melayu, lazimnya akan membawa kepada perkataan yang sama, iaitu 'kumpulan'. Ini adalah persoalan bahasa.

Ini adalah satu kelebihan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, berbanding Bahasa Melayu. Ini juga memperlihatkan kepentingan belajar Bahasa Arab Klasikal bagi memahami al-Quran dengan lebih kritikal.

Bukan sesuatu yang sukar untuk diterima jika saya katakan bahawa kemungkinan maksud perkataan tertentu dalam al-Quran diputarbelitkan oleh pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Dan keputarbelitan itu diperturunkan kepada generasi ke generasi. Jika kita kembali ke zaman Nabi Isa, bagaimana ayat 'Nabi Isa hamba Allah', digubah menjadi 'Nabi Isa anak Allah'.

Ini perkara lazim yang berlaku di dunia ini. Sebab itu pentingnya daya rasional dalam menghadapi sesuatu perkara. Penganut Kristian yang rasional sepatutnya tidak akan menerima bahawa 1+1+1=1.

Namun, ulama Kristian terus berhujah seperti berikut;

'Allah adalah Pencipta matematik. Kenapa Dia tidak mampu untuk mencipta formula sedemikian? Bukankah Dia Maha Berkuasa?"

Perkataan 'ulama' yang saya maksudkan kali ini adalah priest, berikutan itu maksudnya yang popular pada hari ini di kalangan penganut Sunni.

Jika 1+1+1=1 adalah benar, maka bagaimana pula dengan 1+1+1=3? Adakah ini bermakna 1+1+1=3 adalah salah?

Dengan andaian 1=3=0, maka kedua-dua formula tersebut boleh dipertimbangkan sebagai benar.

'Andaian', persoalan ini juga yang berlaku dalam kesahihan berita yang kita terima. Iaitu, dengan andaian periwayat itu jujur, mempunyai daya ingatan yang sempurna, tidak berlakunya halangan komunikasi dan sebagainya, maka berita itu dipertimbangkan sebagai benar.

Hakikatnya, kita hanya pertimbangkan saja, kerana kita menggunakan andaian. Dan juga kerana kita tidak sepatutnya menolak kemungkinan lain yang wujud seperti 1≠3.

Begitu juga dengan persoalan definisi. Adakah definisi 'sahih' yang dimaksudkan oleh pengikut al-Bukhari, sama maksudnya dengan 'sahih' yang kita faham?

Apakah kriteria yang digunakan oleh pengikut al-Bukhari dalam menilai sesuatu hadis itu sahih atau tidak?

Kriteria yang digunakan adalah dengan menilai reputasi periwayat. Sebagai contoh, jika al-Bukhari mendapat riwayat hadis yang diriwayatkan oleh seseorang yang bernama 'Ariji', maka riwayat hadis itu dicop sebagai palsu, dengan hujah bahawa Ariji mempunyai reputasi yang buruk.

Lain cerita pula jika riwayat itu kononnya dari seseorang yang bernama 'Abu Hurairah', kerana Abu Hurairah dikatakan mempunyai reputasi yang baik.

Antara persoalan lain adalah, berapa peratuskah kesahihan itu? 100%? 95%? Atau sekadar 80%? Jika kesahihannya adalah 80%, maka siapa yang mahu bertanggungjawab ke atas baki 20% itu?

Mari kita lihat antara ciri-ciri negatif yang ada pada umat Islami ketika Nabi Muhammad masih hidup, seperti berikut;

1) Mengfitnah baginda
2) Golongan yang bersumpah mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah, padahal menipu.
3) Mengengkari perintah Allah
4) Memuja Nabi Muhammad seperti sebahagian puak Kristian yang memuja Nabi Isa
5) Tidak dapat menerima al-Quran yang original lalu meminta Nabi Muhammad membawa al-Quran yang lain.

Setelah baginda wafat, umat Islami sudah mula berpecah. Masing-masing dengan riwayat hadis masing-masing bagi menyokong pelantikan khalifah yang pertama. Ketika itu, riwayat hadis mana yang sahih?

Bagaimanakah untuk menentukan riwayat hadis mana yang sahih dan lebih superior berbanding riwayat hadis yang lain pada ketika itu? Padahal ketika itu, ramai antara mereka yang pernah hidup bersama baginda, melihat baginda dengan mata kasar, dan mendengar suara baginda dengan telinga secara langsung.

Adakah umat Islami yang terlibat ketika itu lupa pada perintah Allah agar jangan berpecah belah, tetapi berpeganglah kepada tali Allah? Ya, tali Allah. Bukan tali Ali, Omar al-Khattab, Abu Bakar, mahupun tali Nabi Muhammad sendiri. Tetapi tali Allah.

Jelas, tiada perkataan 'Ali' mahupun 'Muhammad' dalam ayat itu. Namun pada hari ini, mereka berpecah sehingga menubuhkan negara-negara yang besar yang menjadikan mazhab masing-masing sebagai agama rasmi.

"Riwayat hadis menerangkan al-Quran. Tiada gunanya jika saya memahami al-Quran dengan membaca al-Quran sahaja, kerana ia tidak terang. Mereka yang melakukan aktiviti ini umpama orang yang berjalan dalam kegelapan, sesat lagi menyesatkan."

Padahal, Allah yang menerangkan al-Quran. Mari kita perhatikan Surah al-Qiyamat ayat 19;

Kemudian atas Kami penerangannya.

Lalu mereka sibukkan diri dengan kitab-kitab lain sehingga meninggalkan al-Quran. Ada yang meletakkan kitab lain setaraf dengan al-Quran. Ada pula sehingga sanggup menidakkan al-Quran sebagai al-Furqan, iaitu kitab yang menjadi sumber penghakiman bagi menilai mana yang benar, dan mana yang salah.

Gejala ini kemudiannya kian popular, seiring dengan zaman kegemilangan Islami mula menjunam. Tuduhan murtad pula menjadi senjata bagi menjatuhkan hukuman bunuh terhadap puak yang lain, dan berlakunya peperangan, demi peperangan.

Wallahualam.

No comments: