Saturday 9 October 2010

Tamadun, Perhambaan dan Perbankan

Satu analisis yang baik dari Mohd Asri tentang Beijing dan Kaherah dari sudut ketamadunan. Sila rujuk;  http://drmaza.com/home/?p=1239#more-1239

Persoalan bagaimana Firaun yang kezalimannya begitu terserlah, namun berjaya menghasilkan teknologi yang maju pada zamannya, adalah satu persoalan yang menarik. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan itu adalah sistem perhambaan. Apakah hari ini tiada sistem perhambaan yang diamalkan oleh manusia? Ya, ada. Salah satu daripadanya adalah dari aspek ekonomi.

Sistem perbankan konvensional pada hari ini menjadikan satu pihak mengalami keuntungan tanpa henti jika dilihat dari sudut numeral, bersandarkan konsep interest, dengan andaian tidak berlakunya bankrupsi dari pelanggan. Siapakah yang bertanggunjawab dalam kes ini?

Jika anda berurusan dengan pihak bank, anda diberi terma perjanjian. Perjanjian berdasarkan dasar yang ditawarkan oleh pihak bank, umpama ayat berikut;

"Sudikah anda menjadi hamba kami selama anda berhutang dengan kami?"

Saya tertarik dengan konsep Mudharabah. Ini adalah jalan alternatif daripada konsep interest. Namun pada hari ini, konsep Mudharabah yang ditawarkan oleh pihak bank dikatakan hanya mengfokuskan kepada pembiayaan jangka masa pendek berbanding jangka masa panjang.

"Ada patutnya saya terima dasar yang ditawarkan oleh perbankan konvensional walaupun bersandarkan konsep interest. Apakah ada sistem lain yang memberi penyelesaian yang lebih baik? Jika ada, di manakah ia? Kadar inflasi lazimnya adalah positif, ada rasionalnya pihak bank mengenakan interest. Lagipun, mereka pun mahu untung juga."

Pihak bank dan kerajaan adalah dua entiti yang berasingan. Ada yang berpendapat bahawa pihak bank lebih berkuasa dari kerajaan, kerana kerajaan memerlukan bank untuk menjana ekonomi.

"Sesiapa yang menguasai bank, dia akan menguasai dunia."

Menjadi pemiutang konvensional yang menyerlah adalah dengan mendapatkan seberapa banyak penghutang yang baik, iaitu penghutang yang mampu membayar balik hutang beserta dengan interest.

Satu sistem perhambaan yang lain adalah perhambaan kepada Allah.

"Semua kesenangan dan nikmat di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata."

Wallahualam.

No comments: