Thursday 7 October 2010

Disiplin, Akademik dan Prestasi

Saya akui, displin saya dalam aspek pembelajaran akademik mula merosot sejak kebelakangan ini. Inilah yang berlaku dari pengalaman saya yang lalu. Ada masanya saya 'terlebih' berdisiplin, ada masanya pula saya kurang berdisiplin.

Dalam keadaan begini, konflik boleh berlaku apabila melibatkan tugasan berkumpulan. Ketua kumpulan saya, Jue, telah menegur saya. Terima kasih kepada Jue di atas teguran itu. Mari kita perhatikan Surah al-Ahzab ayat 70;

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah kata yang benar.

Benar yang saya maksudkan adalah, benar teguran itu ikhlas datang dari hatinya, ie, jujur.

Hampir tiga minggu telah berlalu sejak hari pertama sesi selepas pertengahan semester. Jadual study saya yang terpampang di dinding, walau satu ruang bagi subjek pelajaran pun tidak ditandakan, kecuali tanda yang menunjukkan saya sekarang berada pada minggu ketiga. Jadual itu menggambarkan prestasi pembelajaran saya.

Itu adalah aspek pembelajaran peribadi. Aspek pembelajaran berkumpulan perlu diletakkan dalam kategori yang lain. Masalah disiplin saya kemudiannya menimbulkan masalah-masalah lain seperti kurang memberi perhatian kepada dateline, dan menangguhkan penyiapan tugasan.

Mungkin bukan semua masalah itu berpunca dari saya, tetapi dalam kerja berkumpulan, masalah yang berkaitan dari ahli kumpulan yang lain akan menjadi masalah kumpulan jua.

Dalam keadaan ini, ayat berikut adalah baik untuk direnung bersama, Surah al-Imran ayat 159;

... Maka maafkanlah mereka dan pintalah kemaafan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam hal itu; Kemudian apabila kamu yakin, maka bertawakkallah kamu atas Allah; Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang bertawakkal.

Jue mengharapkan prestasi yang baik dari saya. Apabila on-going result yang diperolehi tidak seperti yang dijangka, ia boleh menyebabkan timbulnya rasa kecewa.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: