Thursday, 22 July 2010

Perancangan, Petanda dan Jasa

Setakat ini, saya telah membuat perancangan hidup hingga ke umur 30 tahun. Lebih dari itu, agak kabur, kerana ia bergantung samada saya telah berkahwin atau belum. Sudah tentu berbeza, hidup bujang seperti Syafinaz, atau menjadi bapa seperti... Sila cari contoh sendiri.

Harga barang akan naik. Ini sememangnya sentiasa berlaku di Malaysia, soalnya cuma kadarnya cepat atau lambat sahaja.

Selagi penggunaaan wang fiat dilaksanakan, harga barang sememangnya akan naik dari semasa ke semasa. Keburukan konsep ini akan makin jelas kelihatan apabila berlakunya perang, ketika itu fokus akan diberi kepada emas perak berbanding helaian kertas.

Apabila saya mencoret bahawa umat Islami mundur dari aspek ekonomi dan teknologi, bukannya saya bermaksud bahawa saya seorang jutawan. Tetapi saya melihat isu ini dari sudut global. Siapakah yang menerajui aspek ekonomi dan teknologi pada hari ini? Adakah umat Islami?

Apabila rakyat Palestin menggunakan batu bagi melawan kereta kebal, bukankah itu satu petanda?

Apabila puak Zionist memiliki 'mesin pencetak wang', bukankah itu satu petanda?

Apabila tiada negara Islami bertaraf negara maju, bukankah itu satu petanda?

Apabila Arab Saudi yang menjadi penguasa minyak terbesar di dunia gagal merobohkan tembok di Gaza, bukankah ini satu petanda?

Apabila kegiatan Honor Killing masih berleluasa di Palestin, bukankah ini satu petanda?

Saya rakyat Malaysia, menetap dan membesar di Malaysia. Jika hujan di Malaysia, saya juga yang basah. Jika kemarau di Malaysia, tekak saya juga yang haus.

PAS berjasa apabila mengajar saya Bahasa Arab dan al-Quran.

UMNO berjasa kepada saya kerana mengelak Malaysia daripada diserang unsur 'Talibanisasi'.

KEADILAN berjasa kerana bertoleransi terhadap pluralisme agama.

Apa-apa sahaja yang ke arah kebaikan adalah berjasa.

Saya seorang yang mempunyai banyak cita-cita, dan saya mahu menggapai semuanya.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

(Siapakah yang menerajui aspek ekonomi dan teknologi pada hari ini? Adakah umat Islami?
Apabila rakyat Palestin menggunakan batu bagi melawan kereta kebal, bukankah itu satu petanda?
Apabila puak Zionist memiliki 'mesin pencetak wang', bukankah itu satu petanda?
Apabila tiada negara Islami bertaraf negara maju, bukankah itu satu petanda?)


*Ya! mmg benar ia petanada. PETANDA AKHIR ZAMAN. Bukankah Hadith Sahih Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan beberapa petanda besar mengenai hal2 zaman selepas kewafatan Baginda s.a.w.
Nabi s.a.w telah pun memberi amaran akan fitnah yg dasyat serta fitnah dajjal. adakah kerana Sunnah maka umat islam lemah? Bacalah Hadith!
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian" [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]

Islam akan kembali gemilang! seperti Andalusia yg maju ketika eropah sedang jahil!
ketika gereja sdg memperbodohkan pengikutnya Islam mewujudkan ilmu2 agama,sains,falak,astronomi,arkitek dan mcm2 lg hngga jika tiada golongan ini mngkin komputer tidak wujud! Ya! ilmuan Islam yg berteraskan Quran, Sunnah dan Akal yg sihat.

Anonymous said...

PAS mengajar kau bahasa Arab dan Al-Quran??? masakan pula kau belajar dgn mereka sdgkan kau mengutuk imam2 mereka malah kau menolak hadith yg menjadi pegangan hidup mereka!
apakah kau mahu menjadikan ia kononnya pengalaman kau belajar dgn sunni? Fahaman islam kau masih teramat asas utk membuat kenyataan bahawa Pas mengajar kau Arab dan Quran. kenyataan ini lebih kepda menunjuk2 walhal kefahaman kau amat lemah dan batil. jgn menyalahkan dan mengkritik Hadith begitu begini dan jgn tulis apa yg kau tidak tahu dan tidak faham. usah gunakan Quran utk menegakkan kefahaman yg batil krn ianya kelihatan jahil dan amat perasan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi ra telah memperingatkan umat Islam akan hakikat ini dengan menyebutkan di dalam kitabnya dengan bermaksud : " Sesungguhnya yang menjadi sebab utama bid’ah dan pertikaian yang membawa kepada perpecahan umat dan malapetaka ialah seseorang mempercayai dirinya ialah seorang mujtahid atau termasuk ahlul ilmi wal ijtihad dalam ilmu agama sedangkan hakikatnya dirinya belumlah mencapai tahap itu.

Maka apabila dia beramal dengan pendapatnya maka dianggap pendapatnya ialah sebagai pendapat ulama dan khilafnya sebagai khilaf ulama lalu baik hal itu berlaku di dalam hal yang furu (cabang) atau hal yang mendasar dan usul baik iktikad dan amaliyah sehingga seringkali dia mengambil sesetengah hal yang juz’iyah atau furu’iyah (cabang) dari syariat lalu diruntuhkan hal yang kulliyat atau usul dengannya atau sebaliknya sehinggalah jadi apa yang zahir itu sepintas lalu seolah menepati makna tetapi hakikatnya tidak mencapai maksud syarak maka inilah dia seorang tukang pembuat bid’ah." (Lihat Kitab Al-Itishom jilid 2, ms. 173)

Anonymous said...

Apabila kegiatan Honor Killing masih berleluasa di Palestin, bukankah ini satu petanda?

honour killing di palestin??? dusta! apakah mereka masih merejam sedgkan setiap hari mereka lah yg dibunuh!!!! Inilah kejahilan kau yg amat menyakitkan hati. apakah kau mahu menegakkan apa yg ade dlm kepale otak kau itu dgn omongan bodoh??! apakah kau tidak tahu RATUSAN RIBU ORG2 ARAB ITU SENDIRI berfahaman sekular!!! malah ada parti FATAH pun di palestin!
jahil dan pemfitnah yg perasan!