Monday, 19 July 2010

Pekomen Bhg. VII


hukum rejam tidak memansuhkan hukuman sebat. pemikiran kau yg hanya berdasarkan logik tapi menolak Hadith Nabi s.a.w adalah perbuatan KUFUR. hukuman rejam adalah utk 'Muhsan'. Hadith ini tdk bercanggah dgn Quran malah ia tdk tergolong dlm status dhaif pun. ia adalah Hukum Allah Azzawajall. perbaharuilah ilmu kau Ariji sebelum kau mati dlm sesat dan kebingungan.
http://www.youtube.com/watch?v=DYP9Cypb0VE

 1) Riwayat hadis berkenaan hukuman rejam sampai mati itu adalah hadis palsu.

Menuduh bahawa Nabi Muhammad melakukan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina adalah bercanggah dengan riwayat hadis yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad adalah 'al-Quran yang berjalan' itu sendiri.

2) Menjatuhkan hukuman melebihi had yang ditetapkan Allah adalah zalim.

3) Apakah muhsan telah kehilangan jantina? Surah An Nur ayat 2 dengan jelas dan terperinci menyebut 'penzina perempuan' dan 'penzina lelaki'. Mereka yang telah berkahwin sepatutnya masih memiliki jantina.

4) Mengatakan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina adalah hukum Allah boleh membawa kepada syirik.

5) Alasan bahawa saya 'bersalah' kerana menggunakan logik adalah alasan yang biasa digunakan oleh penganut Sunni. Adakah saya bersalah juga kerana berjalan menggunakan kaki, dan makan menggunakan mulut?

Adakah saya perlu mendengar dengan menggunakan ketiak, dan menghidu dengan menggunakan telinga supaya dilabel sebagai 'tidak bersalah'?

Apakah saya diharamkan untuk berfikir dengan menggunakan akal?

6) Dengan menjatuhkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, dengan sendirinya tertolak Surah An-Nur ayat 2, kerana muhsan masih berjantina.

Wallahualam.

4 comments:

Anonymous said...

1)Adakah hukuman rejam di jalankan oleh Nabi selepas turunnya surah Nur atau sebelum??

2)Adakah khusus Hadith mengtakhsiskan umum ayat?

3)Atau umum ayat menasakh semua hukum terhdp penzina di dalam hadith?

Jawapan A.

Soalan ini telah diutarakan sejak zaman Tabien lagi, antara yg menyoal adalah Abu Ishak As-Syabani. Hal ini terdapat dalam shohih Bukhari. As-Syabani telah bertanya kepada Abdullah Bin Abi Awfa tentang perkara ini, tetapi dijawab : "aku tidak tahu".

Bagaimanapun, para ahli hadith telah menjawab persoalan ini, dan mentaqrirkan bahawa hadith2 berkaitan rejam dilaksanakan selepas turun surah an-Nur. Justeru, keraguan tentang surah an-nur menasakhkan hadith adalah tidak berlaku. Tindakan dan kalam Saidina Umar ra dijadikan sbg hujjah utama bhw hukuman rejam tidak dinasakhkan, begitu juga Saidina Ali ra.

Surah an-Nur diturunkan tahun 4 atau 5 atau 6 Hijrah.

Manakala antara perawi hadith rejam adalah Abu Hurairah dan Ibn Abbas, yang mana Abu Hurairah berada di Madinah hanya pada thn 7 H, dan Ibn Abbas tiba bersama Ibunya pd 9 H. Lalu dari sudut tarikh juga, menguatkan pandangan ahli hadith. (lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, yang dilengkapkan oleh al-syeikh Najib Mutaie as-Syafie, Dar ihya at-Turath al-arabi, Jld 22, ms 28)

Jawapan B

Menurut ulama’ Usul Feqh dari jumhur mazhab, sesungghunya lafaz ‘am tidak menasakhkan lafaz khas, malah lafaz Khas yang terlebih layak menasakhkan ‘am, walaupun lafaz khas itu terdahulu datangnya daripada lafaz ‘am.

Justeru, lafaz umum hukuman penzina dalam surah an-Nur yang menyebut sebatan tanpa rejam adalah ‘am, krn tidak mengkhususkan samada muhson atau tidak. Manakala hadith2 yg thabit pula bersifat khusus, iaitu menyebut hukuman khusus terhdp penzina muhson. Maka khas akan mentakhsiskan ‘am ayat tadi. ( al-Majmu’, sumber dan ms yg sama)

Kesimpulannya : Jadilah ayat surah Nur hanya ditujukan kpd penzina bukan muhson manakala hukuman penzina muhson thabit dari hadith dan ayat quran yang dinasakhkan lafaznya dengan mengekalkan hukumnya.

Bagaimanapun, Imam al-Alusi mentarjihkan bahawa adalah lebih tepat kiranya mentahibitkan hukuman rejam melalui hadith yang thabit dan bukan ayat al-Quran yang telah dimansukhkan lafaznya serta tidak qat’ie thubutnya ia. Beliau lebih senang berdalilkan tindakan Saidina Ali yang menyatakan dengan jelas, rejam thabit dgn sunnah. (lihat Ruh al-Ma’ani, ms 80) .Tindakan Saidina ali akan dijelaskan di bawah.

3. Dalil ketiga mereka adalah hukuman rejam tidak disebut di dalam al-Quran.

Inilah yang dibimbangi oleh Saidina Umar sbgmn disebut tadi. Dalil ini berkaitan rapat dgn dalil pertama mereka tadi. Secara mudah, tidak semua yang tidak terdpt di dalam al-Quran tidak menjadi hukuman! Seperti ibadah haji secara lengkap, solat dll. Bukankah Nabi itu sebagai pentafsir ayat dan penerang.

sumber:al-ahkam.net

Anonymous said...

(1 Riwayat hadis berkenaan hukuman rejam sampai mati itu adalah hadis palsu.
Menuduh bahawa Nabi Muhammad melakukan hukuman rejam sampai mati ke atas kesalahan zina adalah bercanggah dengan riwayat hadis yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad adalah 'al-Quran yang berjalan' itu sendiri.)

*Jahil dan sesat jika berpandangan Hadith rejam palsu. ia tidak jatuh sampai dhaif pun! ia SAHIH... dan tidak bercanggah dgn Quran. Ia adalah Hukuman jelas dtg dari Nabi s.a.w!
adalah tidak menggunakan akal fikiran jika mengatakan ianya Hadith paslu kerana riwatnya dan sanadnya amat jelas dan AMAT BANYAK. jika ia bukan dari Nabi s.a.w maka kami akan segera menolaknya dan tidak berhukum dgnnya TAPI ianya terlampau kukuh hingga tidak mampu dipatahkan. Hatta sejak dulu lagi pelbagai cendiakawan telah berhempas pulas utk tidk menggunakan hukum rejam namun akhirnya akur dan tunduk pada ALLAH dan RASUL-NYA!! masakan kita mahu hukum yg kejam? jika ianya dari Allah dan Nabi maka ianya tidak kejam..ianya ADIL. sila perdalamkan lagi pengetahuan kau dlm ilmu Hadith. sila belajar dari asas. ini teguran ikhlas. bukan niat menghina tapi menasihat.
Wallahu'Alam.

Anonymous said...

Hukum rejam adalah hukum Allah dan Rasul-Nya! ia bukan ciptaan mana2 manusia pun!
ia bukanlah hukuman yg diberi pada bapak merejam anak! ia bukanlah kerana honour killing seperti yg didakwa oleh org2 jahil dan bodoh yg tidak ada bukti pun! ia bukanlah seperti melepaskan batuk sahaja. ia bukanlah dgn mudah2 je tangkap org pastu rejam! BUKAN! sesiapa yg berpandangan demikian adalah krn tdk belajar Quran yg mewajibkan taatkan Rasul! xblajar dan xfhm Hadith dan ilmunya dan juga Bahasa Arab tinggi malah pemikiran mrk dipengaruhi olh pemikiran barat yg jahil tp megah dan bongkak. ilmu asas pun xade tapi nk megah dgn 'hak bersuara' org2 jahil membuat kenyataan yg jahil dan tidak berilmu. Walhal terlamapau byknya tajuk yg amat kritikal boleh ditulis dan dibincang tetapi kau pilih nk kutuk Quran dan Sunnah? kau kate kau ikut Quran? tidak kelihatan demikian. kau tidak guna akal pun! hanya nafsu dan perasaan megah

Anonymous said...

bila aku ungkit hal mentauhidkan Allah..tiba2 kau tulis kau lebih tekankan tauhid berbanding akidah.. walhal dlm bolg kau ini xde pun tajuk itu! malah kau xpernah pun tulis apa2 pasal tauhid kerana mungkin terpaksa percaya tauhid yg sama dgn Sunnah!
bila aku mula kata Quran,Sunnah dan akal, bukanlah akal yg utama. maka barulah kau tulis kau pakai akal. 2 pon dah xboleh nk jwb. bukan 2 je Ariji.... hukum khatan? malu dah nk bwk bincang? siap buat account di facebook lg! hahaha. karut.. kalendar hijrah? ape yg sesat?? xjwb pun.. dulu bkn main megah lg... 'fakta pupus'... mcm mana 2? xde hujah lagi.. kau hny mmpu ckp hukum rejam je la.. 2 pon da dijwb byk kali sgt da.. taatkan Allah dan Rasulnya adalah wajib dan haram utk dipertikai....
oh yaa.. tlng jgn nk ckp kau ade berdialog dgn pengikut sunni yg lain.. dlm blog kau nie aku sorg je yg komen secara serius. xpyh la tetibe nk kate kau pun berhujah dgn org lain. sudahla. hujah dan soalan aku langsung xjwb masakan kau ini terlampau perasan hingga tidak perasan kau tidak gunakan akal dlm membuat sesuatu penilaian. terus terang aku katakan kan yg kau ini hanya ikut perasaan ketika menulis. samakan org lain dgn binatang adalah ejekan anak kecil yg tidak matang.
bahasa arab asas pun xtahu jadi xboleh la berlagak patutnya. percayalah aku ini.. perbuatan kau ini tidak akan kemana.. bersyukurlah ada aku yg baca blog kau ini pastu komen pnjng2.. org lain xnk pun agaknya. menyampah tgk kau berlagak. tulislah yg berkaitan ilmu yg hak dan yg benar. bukan ikut perasaan.