Thursday 30 August 2012

Hudud

Rahman Shaari menggesa agar buku hudud yang lengkap ditulis (Sinar Harian, 28 Ogos 2012). Ini memberi saya idea untuk pos bab hudud lebih awal.

Ini adalah hudud Allah, maka jangan karibkannya (2/187).

Dalam bahasa Melayu, kita menyebut 'kawan karib', bagi membawa maksud 'kawan rapat'. Manakala hudud bermaksud "had-had". Sekilas pandang, 2/187 menerangkan larangan untuk rapat kepada had-had Allah.

Dan tidak halal bagi kamu jika kamu mengambil dari apa kamu berikan kepada mereka apa-apa, kecuali jika kamu takut adakah tidak mereka aqim hudud Allah (2/229).

2/229 menerangkan 'plan B' dijadikan pilhan jika hudud Allah tidak diaqimkan oleh mereka. Kalimah 'aqim' digunakan dalam 2/229, sebagaimana 'aqim' digunakan jua untuk Solat, sila rujuk;  http://ariji86.blogspot.com/2012/02/solat-bhg-iii.html

4/14 pula menerangkan larangan untuk melampaui hudud Allah;

Siapa yang tidak-taat Allah dan RasulNya dan melampaui hududNya, Dia memasukkannya ke-neraka (4/14).

9/97 menerangkan hudud diturunkan Allah atas RasulNya;

Lebih-cenderung tidak mereka mengetahui hudud, yang diturunkan Allah atas RasulNya (9/97).

Dan 9/112 menerangkan antara ciri orang beriman adalah penghafaz bagi hudud Allah;

Dan penghafaz bagi hudud Allah (9/112).

Hudud Allah merangkumi isu siyam (2/187), penceraian (2/229-230, 65/1), wasiat (4/12-13) dan zihar (58/4).

Wallahualam.

No comments: