Wednesday, 20 January 2010

Kalendar Hijrah


Kalendar Hijrah adalah berasaskan putaran fasa Bulan. Mungkin sebab inilah bendera Parti Islam Semalaysia (PAS) menggunakan gambar Bulan. 

Persoalannya, bagaimana pula dengan Matahari? Surah Yunus ayat 5 menjelaskan bahawa Matahari juga berfungsi dalam menentukan sistem kalendar.

Bilangan hari untuk setahun dalam kalendar Hijrah adalah 354. Manakala bilangan perkataan 'hari' dalam al-Quran berjumlah 365. Hakikatnya, bilangan hari sebanyak 365 setahun ini hanya boleh didapati apabila kita turut menggunakan fungsi Matahari dalam sistem kalendar.

Wallahualam.

1 comment:

acap said...

12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun(sanah) seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.

12:48. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh (tahun) yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

12:49. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun(a’man) yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."

Ariji.. apa perbezaan perkataan "sanah" & perkataan "a'man" yang kedua-duanya lazim diterjemah kepada "Tahun" di ayat diatas?