Sebahagian daripada tulisan saya berkenaan dengan isu agama di sebuah laman forum telah dihapuskan oleh seorang moderator. Berikut adalah dialog seterusnya;
Ariji wrote:
angah108, kerja kamu delete tulisan org ke skrg ni?
tulisan awek xnk delete ke?
aku tahu la aku ada misai dgn janggut...
penyamuntarbus wrote:
kalau aku ditempat angah dengan kamu aku delete....
Ariji wrote:
kenapa tak samun aje? kamu kan penyamuntarbus?
penyamuntarbus wrote:
kalau ada depan aku bukan samun bahkan kepala kau aku kerat.
Ariji wrote:
Tunjukkan aku dalil drp al-Quran yang menghalalkan kamu menyamun dan mengerat kepala aku.
Setakat ini, suspek belum mengemukakan dalil yang saya minta. Suspek sebelum ini pernah mencadangkan agar saya dipancung. Mungkin fatwa sebeginilah yang membawa kepada pengeboman masjid dan pembunuhan dikalangan penganut Sunni dan Syiah.
Pada mulanya, masing-masing saling menuduh sebagai murtad, seterusnya menggunakan dalil daripada hadis tertentu untuk meng'halal'kan pembunuhan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment