Tuesday 15 July 2014

Debat Bhg. III

Dalam perdebatan, pengaliran emosi itu perkara biasa. Jika anda berdebat secara bersemuka, elakkan meninggi suara atau menengking.

Adakalanya perkara yang jenaka berlaku;


Saya petik kembali kata Syafiq;

"...Tak mengapalah, saya tahu anda tidak mampu lawan setiap hujah saya..."

Kemudian dia menggunakan statement yang dipercayai dari Imam Shafie;

"...Aku pasti kalah dengan seorang yang jahil..."

Maka diringkaskan seperti berikut;

1) Saya tak mampu lawan setiap hujah Syafiq
2) Imam Shafie pasti kalah dengan seorang yang jahil

Maka jika dilihat dari perspektif, saya berada di pihak yang kalah. Imam Shafie juga kalah. Maka siapa pula yang menang dan jahil?

Ini yang dikatakan kes memakan diri sendiri. Syafiq menggunakan statement Imam Shafie, tetapi memakan dirinya sendiri.

Mungkin dia sangkakan statement Imam Shafie itu memihak dirinya. Jika anda mahu ketawa, saya rasa itu normal kerana perkara ini melucukan.

Wallahualam.

No comments: