Wednesday 14 November 2012

Meminta-Pertolongan

Hanya Engkau kami mengabdikan-diri dan hanya Engkau kami meminta-pertolongan (1:5).

Kalimah 'istainu' dalam 1/5 adalah kritikal. Sebagai contoh, jika anda meminta isteri anda agar tolong mengurut bahu anda, atau bahagian anggota yang lain, adakah itu dikira melanggar 1/5?

Atau anda ingin meminta pertolongan dari ahli bomba untuk memadamkan semarak api gara-gara anda cuai dengan putung rokok, adakah anda melanggar 1/5?

Mari kita perhatikan pula ayat berikut;

Hanya Engkau kami mengabdikan-diri dan meminta-pertolongan (1/5).

1:5 dan 1/5 di atas boleh membawa maksud yang sama, berdasarkan kes "taat Allah dan taat Rasul". Sila perhatikan 5/92 dan 8/20;

Dan taatilah Allah dan taatilah Rasul (5/92).

Taatilah Allah dan rasulNya (8/20).

Kalimah "taatilah" dalam 5/92 adalah "kalimah ulangan", dijustifikasikan dari 8/20. Berdasarkan hujah ini, kalimah "iyya" dalam 1/5 adalah boleh jadi sebuah "kalimah ulangan", di mana 1:5 dan 1/5 di atas boleh membawa maksud yang sama.

1/5 menerangkan agar kita menyertakan antara "pengabdian diri" dengan "permintaan pertolongan" kepada Allah. Ini berbeza jika kita hanya meminta tolong tanpa "mengabdikan diri".

Wallahualam.

No comments: