Friday 22 April 2011

Aqli dan Naqli

Ada masanya otak saya kepenatan memikirkan dunia Islam. Mungkin sebahagian ketua-ketua agama Sunni patut berbangga dengan kewujudan Taliban di Afghanistan. Ada seorang rakan Internet pernah berkata seumpama berikut suatu ketika dahulu apabila kami berbincang tentang Taliban;

"Apa salahnya Taliban? Mereka memperjuangkan Sunnah Nabi."

Saya mahu berehat. Sekarang saya mahu kembali fokus kepada al-Quran. Saya sememangnya tahu tiada paksaan dalam Deen. Pejuang anti-terjemahan Bible dalam bahasa Melayu yang membuat demontrasi di hadapan masjid pernah dikatakan hipokrit kerana menolak kebebasan beragama. Sudah tentu bukan saya yang membuat demontrasi tersebut.



Sebahagian pendapat-pendapat saya bukannya tidak mendapat tempat dalam mazhab Sunni, tetapi ia diletakkan dalam kategori 'dalil aqli'. Lazimnya, dalam mazhab Sunni, 'dalil aqli' ditolak, melainkan tidak bercanggah dengan 'dalil naqli'.

Mari kita lihat susunan dalam 'dalil naqli';

1) Al-Quran
2) Hadis
3) Ijmak
4) Qias

Alhamdulillah. Al-Quran diletakkan pada no. 1). Namun, apabila al-Quran menyatakan tiada paksaan dalam Deen, mereka menjatuhkan hukuman bunuh pula kepada mereka yang terkeluar dari jemaah. Mari kita perhatikan riwayat hadis berikut;

Daripada Abdullah Bin Masud r.a dia berkata , Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : Tidaklah halal darah seseorang muslim yang menjadi saksi bahawa tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah melainkan dengan melakukan salah-satu daripada tiga jenis kesalahan ini, iaitu; orang-orang yang telah berkahwin yang melakukan zina, orang yang membunuh orang lain, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang meninggalkan jemaahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan jika ideologi "hukuman bunuh bagi kesalahan terkeluar dari jemaah" ini diaplikasikan di Malaysia, dengan kepelbagaian versi jemaah yang wujud di Malaysia ini, ideologi ini mampu menyebabkan keadaan Malaysia menjadi huru-hara seperti di beberapa kawasan di Indonesia. Maka tidak hairan jika Najib berani mengkritik al-Qaradawi secara terbuka walaupun latarbelakang pendidikan agama antara mereka berdua bagai rumput dengan pokok getah.



Hujah di atas menunjukkan dalil aqli ada masanya lebih dekat dengan Islam berbanding dalil naqli. Ini disebabkan faktor kebocoran dalam dalil naqli, apabila ada masanya al-Quran dihalang daripada menjadi kriteria bagi menghakimi kitab-kitab lain.

Saya berdoa kepada Allah agar memberi kekuatan untuk fokus kepada al-Quran.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

As-Sheikh Sudais (Tazkirah di DQ - 23/4/2011):

Pesanan kpd semua ttg Al-Quran...
الإيمان به وتصديقه، الحرص على قراءته، وحفظ ما تيسر به، وتدبره وتذكره، والعمل به، والتخلق به، التحكم إليه، والاستشفاء به، وعدم هجره، الحفاظ العظيم في نهج الحياة

"Beriman dgnnya dan mempercayai spnuhnya, sentiasa membacanya, menghafaz apa yg mudah darinya, mentadabbur dan memahaminya, beramal dgnnya, berakhlak dgnnya, berhukum dgnnya, menggunakannya sbg penawar zahir dan batin, tidak meninggalkan salah satu daripd semua yg berkaitan dgn Al-Quran (sbgaimana disebut sblum), menjaganya dlm perjalanan hidup (dlm segala2 hal)..."

Dan antara yg difahami (dari segi makna, bukan terjemahan lafaz):
Bagaimana sesuatu ayat yg dibaca dapat direalisasikan jika tidak diamalkan, sbg contoh ayat:
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
"Sessghnya Solat itu mencegah kejahatan (maksiat) dan mungkar"

Bagaimana ayat ini boleh menjadi benar jika kita tidak menunaikan solat dgn sebaiknya...??!!

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيم.....لعلكم تتقون
Bagaimana utk mendapat ketaqwaan, sedangkan kita tidak melaksanakan SIYAM (puasa) dengan sebaiknya..?!!

Bacaan perlu disusuli dgn amalan, dan amalan perlu mengikut cara yg telah ditetapkan sebaiknya sbgaimana Al-Quran menyuruh kita merujuk dan mengikut apa yg ditunjukkan oleh Nabi SAW...