Saturday 4 September 2010

Zahazan Mohamed

Firman Allah swt dlm surah al-Anfal ayat ke 2 maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Sila hubungi Hj Ab Rahman di 0192236520 jika menghadapi sebarang masalah utk hadir/ bertanya tempat

Ini yang tercoret di Facebook Zahazan Mohamed tadi sempena mempromosikan kuliah Subuh untuk pagi esok. Dengan 259 orang yang like coretan itu, saya pun mengkomen seperti berikut;

Adakah orang yg beriman, bila dibacakan surah an Nur ayat 2, kemudian dia menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina pula? Adakah itu yg dimaksudkan dgn bertambah iman? Hope anyone answer this...

Namun dikala saya sedang menulis ini, masih belum sesiapa yang mereply komen itu. Mungkin mereka sedang sibuk bersiap untuk sembahyang terawikh.

Ini adalah persoalan tentang ribuan nyawa yang telah terkorban akibat hukuman yang tidak Koranik itu. Atau nilai nyawa mangsa itu lebih murah daripada nilai nyawa rakyat Palestin di Gaza?

Wallahualam.

7 comments:

Anonymous said...

dalam banyak2 hal yang ariji 'fatwakan' SEMUANYA TELAH TERTOLAK DGN DALIL QURAN SENDIRI. akhirnya ariji hanya dapat meneruskan satu sahaja isu yg menjadikan beranggapan dia adalah 'mujtahid'.

bagi hukuman rejam sila rujuk pada artikel kau yang lepas. telah panjang lebar dibahaskan. namun ianya berkait terus dgn tepat dgn Quran juga.

“ Pada hari ini(pada hari qiamat) ingin sekali orang-orang yang telah kafir dan DERHAKA KEPADA RASULULLAH kalaulah mereka disamakan dengan tanah dan mereka tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari Allah. (An Nisa’: 42)

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan tidak kami utuskan mana-mana Rasul melainkan supaya RASUL ITU DITAATI dengan PERINTAH ALLAH (An Nisa’:64)

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Sesiapa yang TAAT kepada RASUL itu ( Muhammad) sesungguhnya dia telah TAAT kepada ALLAH “. (An Nisa’ :80)

bukankah Al-Qura'nul karim itu sendiri KITABULLAH! bukan KITABURRASUL...mngapa Allah s.w.t sendiri berkata perihal taatkan Rasul juga taatkan Allah? apakah perintah rasul yg terdapat didalam AL-QURAN??? APA DIA?????? JADI KALAU XDE PERINTAH RASUL DALAM QURAN ADAKAH AYAT2 INI HANYA SIA-SIA??? TIDAK! malah orang yg menolak hadith sahih adalah kafir. LAKNATULLAH.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “ Sesiapa yang taat kepada Allah DAN RasulNya sesungguhnya mereka itu akan bersama orang-orang yang Allah telah kurniakan ni’mat kepada mereka” ( An Nisa’:69)

'DAN' RASULNYA....... memang pelik apabila ariji mengatakan bahwa makan dgn mulut itulah mentaati rasul dan bukan pada hadith Nabi s.a.w sendiri. inilah pemahaman ariji utk menyokong fahaman dia dalam mentaati rasul. memang tiada ilmu dan pemahaman walau sedikit dalam hal ini utk ariji. apabila menulis perihal hukuman rejam ariji sepatutya meletakkan hujah Hukuman rejam dahulu agar jika ada pembaca maka boleh membuat perhitungan.

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Maka demi Tuhanmu, tidaklah mereka beriman sehinggalah MEREKA BERHAKIMKAN ENGKAU(MUHAMMAD) pada pertelingkahan yang berlaku diantara mereka kemudian. Mereka tidak mendapat sebarang kesempitan di dalam hati mereka terhadap keputusan itu dan mereka menerima dengan sepenuh hati.” (An Nisa’:65)

Nabi Muhammad s.a.w telah menjatuhkan hukuman ini pada zamanya. bukanlah dgn mudah untuk merejam penzina muhsan itu sebaliknya kriteria yang diperlukan seperti ianya mustahil untuk dijalankan!!
malah yang direjam itu juga boleh dilepaskan jika dia berjaya melepaskan diri ketika direjam! dan tidak boleh lagi membunuhnya.
sila lihat perbahasn hukuman rejam di blog kau ini.
tidak perlu aku perbahaskan lagi. ianya jelas dari Allah dan Rasul-Nya!!!

Anonymous said...

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. Al-Imran(7)

Anonymous said...

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul SEBELUMMU (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada ORANG-ORANG YG BERPENGATAHUAN AGAMA jika KAMU TIDAK MENGETAHUI. (43) (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau MENERANGKAN kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya. (44)
Al-Nahl 43-44

Al-Qura'nul Karim Wajib diikuti dari PENERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W dan barangsiapa menolak untuk mengambil dari Nabi s.a.w maka orang itu jelas kekafirannya.

Anonymous said...

Hukuman murtad bolehlah kau baca dilaman - laman web seperti Zaharuddin.net untuk lebih mendalam.

disini aku ringkaskan.

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ

'Agama disisi Allah hanyalah ISLAM.

Ad-deen didalam Qura'nul Karim itu merujuk pada Islam.
para orientalis dan liberalis mengatakan agama buddha, hindu , yahudi ,kristen dan lain-lain itu juga ad-deen. jadi jika anak pinak mereka mahu menganuti salah satu selain dari islam maka mereka tidak boleh memaksa mereka itu kembali pada islam. ini tidak lain adalah kerana para orientalis itu JAHIL dan KUFUR belaka, mereka membelakangkan Kalamullah yang tidak menepati citarasa mereka dalam menyebarkan kesesatan yang nyata. Surah Al-Kafiroon itu merujuk pada orang yang bukan islam, ia tidak dituju pada yang murtad. Jadi itu bukan hujahnya.

...Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.. Al-Maidah :3

Patutkah sesudah itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. Al-imran:83

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Al-Imran:85

Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya). (163) Katakanlah: (Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya. (164)

Al-Anaam:163-164

"Sesungguhnya agama ) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Alkitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya" (Ali 'Imran: 19).

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

مَن يُطِع الرسولَ فقدْ أطاعَ الله
Ertinya : " Barangsiapa yang mentaati Rasulullah SAW maka ia telah mentaati Allah"

وما آتاكُمُ الرسولُ فخذوهُ وما نهاكم عنه فانتَهُوا
Ertinya : "Dan apa-apa yang telah dibawakan oleh Rasulullah maka hendaklah kamu terima, dan apa yang telah dilarang kamu darinya, hendaklah kamu jauhi"

Anonymous said...

Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah)- dan bukanlah agama ini dibina dengan akal."

Anonymous said...

(Ini adalah persoalan tentang ribuan nyawa yang telah terkorban akibat hukuman yang tidak Koranik itu. Atau nilai nyawa mangsa itu lebih murah daripada nilai nyawa rakyat Palestin di Gaza?)

Ariji.. sila beri bukti tentang ribuan nyawa yang mati kerana hukuman rejam .. setahu aku BERJUTA Muslimin mati kerana kekejaman KAFIR. bukan kerana Hukum Allah Azza Wa Jal Al Mutakabbir. sehingga kini aku tidak pernah tahu kau ada mencemuh walau sekali tentang kekejaman kaum kafir lebih lebih lagi celaka zionist itu. tapi kau lebih syok tenggelam dalam cemuhan terhadap orang-orang Sunnah. hurmm.. Allah Al-Akbar wa Al-Shamad telah memberi gambaran jelas tentang hal ini. semoga yang membaca(jika ada) dapat membuat perhitungan yang adil dan mendapat hidayah dari An-Nur untuk menghakimi sebaiknya tulisan dan perbahasan didalam blog kau ini.

-Muhd Abdillah-