Thursday, 2 September 2010

Sepi Bhg. II

Sejenak selepas menerbitkan coretan bertajuk 'Sepi', Amran datang mengajak pergi ke bazar. Rupanya dia masih belum membawa diri ke kampungnya lagi.

Apapun, walaupun saya seorang diri di bilik, namun upacara berbuka puasa masih lagi meriah dengan rakan bilik sebelah dan juga jiran. Jiran itu ketika ini on the way to bus station, balik ke Cheras malam ini.

Selepas pulang dari bazar, saya singgah ke bilik Amran. Saya perlukan bekalan untuk mengisi aktiviti cuti ini. Ryuusei No Kizuna. Ini adalah tajuk sebuah drama Jepun. Saya harap ia berbaloi untuk ditonton. Sebuah drama bukan sedikit jam untuk menghabiskan semua episod.

Kedengaran mercun bergema.

"Masih ada orang lagi rupanya."

Seperti Ramadhan versi kalendar Hijrah sebelum ini, waktu maghrib adalah waktu mereka bermain mercun.

Antara perkara yang mencetuskan saya menerbitkan coretan Sepi Bhg. II ini adalah kerana tidak disangka Amran datang ke rumah petang tadi. Padahal, saya baru saja mencoret bahawa dia dijangka telah membawa diri.

"Malam ini saya akan menaiki bas balik ke Melaka."

Ayat ini yang boleh digambarkan dicoretkan oleh Fatim di Facebook tadi. Begitulah, masing-masing sudah mahu membawa diri. Terfikir juga jika ada 'orang luar' yang beraya di sini, kemungkinan orang dari Sabah yang tidak berkesempatan untuk ke benua sebelah Timur itu.

"Awak tidak dating dengan Fatim ke?"

"Kami berdua hanya kawan."

Teringat pula pada Sha. Dia pernah menjual mahal ketika saya mengajaknya keluar makan suatu ketika dahulu. Ketika itu dia masih belum bercouple dengan Farid lagi.

Teringat pula ketika pertamanya saya berjumpa dengannya. Ya, dia jual mahal. Bayangkan, kali pertama dan kedua saya meminta nombor telefonnya, seakan-akan dia tidak mendengar suara saya. Sebagai pelajar baru ketika itu, memang penting untuk mencari kenalan secepat mungkin. Apatah lagi dengan rakan sekelas.

Akhir coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta lecturer yang banyak membantu dan memberi saya tunjuk ajar untuk midterm.

Sebagai contoh, Mat Dorm datang ke bilik saya malam peperiksaan hari itu. Banyak saya belajar dengannya malam itu seterusnya memberi saya input untuk menjawab soalan keesokannya. Maklumlah, untuk catch up semua subjek bukan sesuatu yang mudah.

Baiklah, sekian Sepi Bhg. II.

Wallahualam.

No comments: