Friday 3 September 2010

Pekomen Bhg. XII

Mereply komen pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=1694803620003244907

Mereka bertanya tentang hilal-hilal, katakanlah itu adalah WAKTU bagi manusia dan bagi (ibadah) haji (QS. al-Baqarah [2]: 189)

"Dan matahari ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". Yaasin:38

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan MATAHARI DAN BULAN untuk MENGIRA WAKTU (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

Tiga ayat ini yang digunakan Abdillah sebagai hujah membela kalendar Hijrah.

Kalendar yang berasaskan matahari adalah mengenepikan fungsi Bulan. walhal tidak terjadi hal ini jika mengikut fasa Bulan.

Tidak semestinya. Menjadi pilihan mujtahid kalendar samada untuk melibatkan fungsi bulan dalam sistem pengiraan kalendar atau tidak. Sama juga dengan mujtahid kalendar Hijrah yang memutuskan untuk tidak melibatkan fungsi Matahari sebagai asas tahunan.

Dalam kalendar Masihi, bilangan hari dalam bulan Februari berubah, sekali dalam empat tahun. Ini bukti mudah bahawa kalendar Masihi melibatkan fungsi bulan dalam pengiraan.

Jika mujtahid kalendar Masihi tidak mahu melibatkan fungsi Bulan, maka tidak perlulah dia bersusah payah mencipta satu sistem yang merubah-rubah bilangan hari bagi bulan Februari.

Tidak perlu juga dia bersusah payah menetapkan bahawa bulan Januari ada 31 hari dan bulan April ada 30 hari dan sebagainya.

Surah Yunus ayat 5;

Dialah yang menjadikan Matahari sinaran, dan Bulan cahaya, dan mengukurnya fasa-fasa; supaya kamu tahu jumlah tahunan dan pengiraannya. Allah tidak menciptakan ini kecuali dengan Kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya".
Al-Israa:12

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96


“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.” (QS. Al Baqarah: 187)

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan olehmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin" [At-Taubah : 128]

Empat ayat ini digunakan oleh Abdillah bagi berhujah isu berbuka puasa.

1) Pasangan

Jika diukur kedudukan Matahari secara logik, maka waktu Subuh pasangannya adalah Maghrib.

2) Maghrib adalah al-Lail?

Al-Lail dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak. Puak Sunni berbuka pada waktu Maghrib adalah menggunakan dalil yang Abdillah bawa seperti berikut;

Dari Sahl bin Sa'ad ra. Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Umatku akan senantiasa dalam sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka (puasa)." 
(Hadits Riwayat Ibnu Hibban (891) dengan sanad Shahih).

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda,
"Artinya : Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, karena orang-orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya" 
(Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, sanadnya Hasan).

Dari Abu Darda' ra. ,

"Tiga perkara yang merupakan akhlak para nabi : menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur dan meletakkan tangan di atas tangan kiri dalam shalat"

Syaikh Abdur Razaq telah meriwayatkan,
"Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir dalam sahur" 

Sebagai mengakhiri reply ini, saya sediakan dua soalan untuk Abdillah seperti berikut;

1) Dalam mazhab Sunni, terdapat ajaran Yahudi seperti hukuman mati bagi kesalahan zina, hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dan sebagainya. Kenapa puak Sunni tidak menggunakan kalendar versi Yahudi pula?

2) Pada hari ini, puak Yahudi sudah tidak mengamalkan hukuman mati bagi kesalahan zina, walaupun hukuman itu wujud dalam Kitab Taurat versi tidak original. Tapi kenapa puak Sunni mahu mengamalkannya pula, padahal hukuman itu not described dalam al-Quran, malah secara terangan bercanggah dengan surah an-Nur ayat 2?

Surah An-Nur ayat 2;

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.


Wallahualam.

7 comments:

Anonymous said...

Apakah yang menyebabkan otak geliga ariji mengatakan kalendar Hijrah bercanggah dgn Qura'nul Karim???? sila jawab!

Tidak mampu jawab? ternyata ariji hanya menulis sesuka hati tanpa garis panduan ilmu.

(Tidak semestinya. Menjadi pilihan mujtahid kalendar samada untuk melibatkan fungsi bulan dalam sistem pengiraan kalendar atau tidak)

*habis hujah penafian pula yang kau gunakan. apabila tidak ada cara lain maka kau akan kembali mengatakan isu Surah Nur ayat 2. itu sahaja isu yang mampu kau pegang dalam dalil menolak Sunnah. hal ini jelas nampak pada kau!
dasar manusia tidak mahu menerima kebenaran akhirnya hanya mempertahankan kebatilan dengan keangkuhan.

Fungsi bulan dalam menentukan waktu adalah WAJIB. sila rujuk Quran!

DIKALA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM MENYATAKAN PERIHAL WAKTU MEMANG AMAT NYATA DAN JELAS AKAN PERKATAAN 'QAMAR'!

dan ariji mengatakan kalendar hijrah yg menjadikan Qamar sebagai asas panduan waktu adalah sesat. inilah bukti ariji tiada ilmu tapi sibuk berlagak.

(Sama juga dengan mujtahid kalendar Hijrah yang memutuskan untuk tidak melibatkan fungsi Matahari sebagai asas tahunan.)

*dan kini diberi gelaran mujtahid pada sesiapa sahaja kerana ariji sendiri teringin gelaran mujtahid. hahahaha. mujtahid bukan begitu ariji. mana boleh segala hal hanya berpandukan kepala hotak kau sendiri sahaja. idola mu astora juga tidak layak dan setahu aku dia pun tidak berani mengatakan dirinya mujtahid. apatah lagi kesesatan dia jelas sekali.

Anonymous said...

KALENDAR HIJRAH MELIBATKAN SISTEM PEREDARAN MATAHARI.
ARIJI SENGAJA MEMBUTAKAN MATANYA APABILA MEMBACA BAGAIMANA PENGARUH MATAHARI DALAM SISTEM KALENDAR HIJRAH. lalu menulis sistem kalendar hijrah menolak matahari. ini bohong! dusta! dan Batil!! WALHAL TELAH DUA KALI AKU LETAKKANNYA DIDLAM BLOG KAU. TAPI ARIJI SENGAJA. SENGAJA TIDAK MENGENDAHKANNYA KERANA TERNYATA AKAN KESILAPAN YG TDK MAHU DIAKUI. HAHAHA. (sila rujuk artikel ariji sebelum ini)
aku tidak tahu nk marah atau kasihankan kau.
apabila aku katakan geli hati membaca artikel dia nescaya dia suruh pi farmasi cari ubat. haha. inilah sikap ariji. tidak berhujah apa yang perlu tapi sering menjawab apa yg tidak perlu dia khuatirkan sebaliknya meninggalkan sahaja apa2 yg TIDAK MAMPU dijawab nya.dan dia katakan orang yg ikut sunnah tidak 'koranic' mcm dia.

(Dalam kalendar Masihi, bilangan hari dalam bulan Februari berubah, sekali dalam empat tahun. Ini bukti mudah bahawa kalendar Masihi melibatkan fungsi bulan dalam pengiraan.)

*ini bukan fakta yg sebenar. Ariji akhirnya sebagai orientalis mengambil apa yang dia mahu dan membuang apa yang melemahkan pemahaman dia. (sama mcm astora.)
walhal ini terjadi keran BUMI mengelilingi MATAHARI selama 365.2422 hari, jadi bila bila nak cukupkan terjadilah tahun lompat.
malah kalendar ariji ini menentukan awal hari ketika tengah malam! walhal Qura'nul karim menjelaskan hari bermula dan berakhir berdasarkan fajar.
malah kalendar masihi yg ariji agungkan ini mengangkat darjat dewa-dewa yg TERNYATA MENSYIRIKKAN ALLAH. malah diubah suai oleh pope kristian pula!!
sedangkan namanya sudah kufur dan salah. apatah lagi sistemnya. pasti mempunyai kelemahan yang pelbagai!

dan ternyata lagi untuk ariji bahwa KALENDAR HIJRAH adalah yang paling tepat dgn kalendar berasaskan Qura'nul Karim.

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan MATAHARI DAN BULAN untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

Matahari dan Bulan keduanya diperlukan untuk mengira waktu dan bukannya hanya boleh mengambil salah satu sahaja.

Perkataan yaum dan al-yaum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari disebut sebanyak 349 kali dalam al-Quran al-Karim.
Apabila Ariji kata dalil 365 adalah hari dalam setahun kerana jumlah perkataan yaum adalah tidak tepat.
malah yaumukum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna 'hari kamu' semua disebut sebanyak lima kali
inilah dalil lebih kuat kerana 'HARI KAMU' menjadikan ia sebanyak 354 (kalendar hijrah)
dan jika ditambah perkataan yauman (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali.

jadi ini bukan dalil hari dalam setahun. ariji hanya mengunakan akal tanpa memahami nas Al-Qura'nul Karim yang lebih jelas dan nyata.

Wallahu'Alam

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

1) Pasangan
Jika diukur kedudukan Matahari secara logik, maka waktu Subuh pasangannya adalah Maghrib.
2) Maghrib adalah al-Lail?
Al-Lail dalam al-Quran merujuk kepada waktu Isyak.

*BUKTI ariji tidak mempunyai dalil dari Nas Al-Qura'nul karim sebaliknya terpaksa mempertaruhkan akidah dia dgn penggunaan akal dia yang tidak seberapa itu malah makin menunjukkan kecacatan dalam pemahaman ilmu baik dari segi bahasa Arab mahupun logik akalnya sendiri.

1) entah apa yang tiba2 dia melalut maghrib pasangannya subuh lalu mengtakan ia logik akal.

2)al-lail itu BERMULA. sekali lagi aku tuliskan untuk kau BERMULA pada waktu maghrib. al-lail itu berperingkat. sama seperti bahasa melayu sendiri ada membahagikan malam (seperdua malam, sepertiga malam dll)
belum dirujuk pada Qura'nul karim anak kecil sudah boleh mengetahui malam itu berperingkat malah pabila jam menunjukkan sudah melebihi pukul 12 malam nescaya mereka akan mengatakan selepasnya sebagai PAGI. (pukul 1 pagi, 2 pagi dll)jelas manusia berfitrah sendiri tentang keadaan diwaktu malam seperti siang yg mempunyai pagi,tgh hari dan petang.

apakah dalil dari Qura'nul karim yg menunjukkan Al-lail itu pada waktu isyak???? sila beri dalil!!! bukan nya omong kosong.

biar aku tunjukkan lagi sekali bukti pada kau mengenai maghrib itu dikira sebagai MALAM bukanyya SIANG.

"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan UNTUK MENGIRA WAKTU (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".Al-An'naam:96

terbenamnya matahari adalah waktu malam. bilakah matahari terbenam ariji???
ITULAH NAMANYA WAKTU FAJAR.

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, IAITU FAJAR.” (QS. Al Baqarah: 187)

FAJAR. jelas??xperlu aku letakkan pelbagai lagi Hadith sahih yang menunjukkan Maghrib adalah waktu berbuka perkara sudah jelas dgn dalil Qura'nul Karim sendiri.
bukankah kau mendakwa dgn beriya-iya akan ke'koranic' nya kau ini. mana perginya 'koranic' kau dalam hal menentukan malam dan siang? adakah dgn sesuka hati? kau ikut logik? xlogik pun waktu malam kau itu. kalau logik pasti ada dalil dari Qura'nul Karim. ini hal asas. Quran pasti meliputinya.
hal ini pula kau boleh mengingkari Qura'nul karim tapi sudahnya mendakwa orang2 sunnah pula terpesong. sedngkan hal 'basic', perkara asas pun kau sudah tidak memperdulikan Qura'nul Hakim.
telah aku katakan orang yang menolak hadith akan mengambil apa yang sesuai dari Qura'nul Karim
dan menolak apa yg tidak sesuai dari pemikiran jahil mereka. Hatta dari Qura'nul karim sendiri! Tapi mendakwa merekalah 'Koranic'.

Anonymous said...

Kami mudahkan Al-Quran untuk belajar. Apakah ada di antara kamu ingin belajar? Al-Qamar :17

sila belajar menetukan malam dan siang mengikut Qura'nul karim dan As-Sunnah.

Anonymous said...

(1) Dalam mazhab Sunni, terdapat ajaran Yahudi seperti hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dan sebagainya. Kenapa puak Sunni tidak menggunakan kalendar versi Yahudi pula?
2) Pada hari ini, puak Yahudi sudah tidak mengamalkan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina, walaupun hukuman itu wujud dalam Kitab Taurat versi tidak original. Tapi kenapa puak Sunni mahu mengamalkannya pula, padahal hukuman itu not described dalam al-Quran, malah secara terangan bercanggah dengan surah an-Nur ayat 2?)

*Hanya inilah satu-satunya isu yang ariji pegang untuk mengatakan orang2 sunnah sesat la, mundur la, tolak Quran la, dll la lagi..

(sila rujuk perbahasan dalam aritkel dulu. hal ini telah aku jelaskan dgn bahasa yang mudah dan tidak memeningkan.)

org yang menerima hukuman ini adalah kerana mentaati Allah dan Rasul-Nya!!!

“ Pada hari ini(pada hari qiamat) ingin sekali orang-orang yang telah kafir dan DERHAKA KEPADA RASULULLAH kalaulah mereka disamakan dengan tanah dan mereka tidak dapat menyembunyikan apa-apa dari Allah. (An Nisa’: 42)

Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan tidak kami utuskan mana-mana Rasul melainkan supaya RASUL ITU DITAATI dengan PERINTAH ALLAH (An Nisa’:64)

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Sesiapa yang TAAT kepada RASUL itu ( Muhammad) sesungguhnya dia telah TAAT kepada ALLAH “. (An Nisa’ :80)

Firman Allah s.w.t. bermaksud : “ Maka demi Tuhanmu, tidaklah mereka beriman sehinggalah MEREKA BERHAKIMKAN ENGKAU(MUHAMMAD) pada pertelingkahan yang berlaku diantara mereka kemudian. Mereka tidak mendapat sebarang kesempitan di dalam hati mereka terhadap keputusan itu dan mereka menerima dengan sepenuh hati.” (An Nisa’:65)

Anonymous said...

jika Nabi s.a.w telah MENSAHIHKAN dan meletakkan sesuatu hukuman maka ianya hukum islam!

adakah kau tidak tahu bahwa Nabi Ibrahim, Nabi Yakub, Nabi Musa dan Nabi Isa (a.s) semuanya BERAGAMA ISLAM!!!
apakah mustahil jika ada persamaan didalam hukum hakam mereka dgn islam sekarang? mereka Para Rasul dan Nabi adalah cahaya ilahi yang membimbing Ummat dari kekufuran! kitab mereka telah DIUBAH SUAI!
jadi tidak mustahil ada beberapa lagi persamaan dalam HUKUM dari ALLAH AZZAWAJALL.. MENGERTI????
lainlah pegangan yahudi dan nasrani yang tiada petunjuk dari Nabi Muhammad s.a.w itulah baru sesat. macam kau buka puasa waktu isyak.. haaaa.. 2 namenya tiru dari Yahudi dan Nasrani!
kalau khatan dll itu ada dalil dan bukti jelas dari Nabi a.s. yang ISLAM! sekali lagi ISLAM.
kau ingat semua hukum ISLAM itu baru wujud dizaman Muhammad s.a.w ka? itulah kau... orang suruh mengaji kau xmahu..mengarut pula.

Dah itu jawapan dari soalan remeh yang kau yang merendahkan Nabi Muhammad s.a.w!

Wallahu'Alam

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk, Al-Naml:24