Najib pernah menegur stesen televisyen tertentu kerana kerap menayangkan drama hantu.
"Bidaah"; kata Najib.
Bak kata Fadhilah Kamsah;
"Tiada perkataan 'hantu' dalam al-Quran."
Namun Bukhari mungkin lebih hebat daripada stesen televisyen, kerana beliau meriwayatkan tentang Setan. Berbeza dengan 'hantu', perkataan 'Setan' wujud dalam al-Quran.
Mari kita perhatikan riwayat hadis berikut;
Abu Hurairah: Nabi pernah sembahyang dan bersabda, "Setan telah datang ke hadapanku dan cuba mengganggu sembahyangku, tetapi Allah menganugerahkan aku kelebihan berbandingnya dan aku mencekik dia... (Volum 2, Buku 22, Nombor 301; riwayat Bukhari)
Riwayat hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad pernah mencekik Setan. Ini bermakna, dari perspektif mazhab Sunni, amalan mencekik Setan adalah 'Sunnah Nabi'.
Saya harap, si Abdillah sebagai penganut Sunni yang progresif ala-Taliban harus berusaha keras agar dapat mencekik Setan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sudah pasti, ia bukan sesuatu yang mudah.
Kepada penganut Sunni yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina atas nama 'mentaati Rasul', ada baiknya perhatikan Surah al-Furqan ayat 30;
Dan Rasul berkata "Tuhanku, orang-orangku telah meninggalkan al-Quran ini."
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mencekik setan bukanlah hal yang perlu diidamkan seorang muslim. sebaliknya ilmu yang hak dan benar adalah yang patut diidamkan daripada menjadi pengikut setan yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. daripada terus dibelenggu setan dan mimpi indah kononnya mahu mengajar org lain walhal diri sendiri sesat lebih baik bersolat dan mengikut sunnah. akhirnya tidak mampu menjawab hujah tapi masih menganggap diri sendiri 'koranic' walhal telah menjadi pengikut hawa nafsu kononnya akal dia cerdik dan bergeliga. mencekik setan bukanlah dari satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w namun jelas menjadi musuh setan adalah perkara WAJIB. daripada dgn mudah ikut cakap setan dalam kesesatan lebih baik beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
apabila dtg hujah dari Qura'nul Karim dicop pula ala taliban walhal ariji yg 'menfatwa' apa bagai lagi dikatakan 'koranic'. hahaha... jangan ikut setan!
ikut Rasulullah s.a.w!
"Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka MENGEMBALIKAN KEPADA RASUL, dan kepada orang-orang yang DALAM URUSAN MEREKA, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit". An-Nisaa:83
Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan. An-Nisaa:120
Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan. Al-An'aam :112
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.Al-A'raaf:175
Wallahu'Alam Bissawab
Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana. Al-Hajj:52
Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh. Al-Hajj:53
Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu, Yaasin:60
Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata. Az-Zukhruf:62
Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi! Al-Mujadilah:19
(Riwayat hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad pernah mencekik Setan. Ini bermakna, dari perspektif mazhab Sunni, amalan mencekik Setan adalah 'Sunnah Nabi'.)
*nak buat macam mana. aku bahas panjang lebar pun kau masih SENGAJA MEMBODOHKAN diri dari pengertian Sunnah Nabi s.a.w
sesiapa yang mendustakan Nabi Muhammad s.a.w maka tempatnya adalah NERAKA. semoga Allah Azzawajall melindungi kita dari perkara ini! Amiin..
sedangkan JIBRIL A.S juga datang kepada Nabi Muhammad s.a.w jadi adakah Sunnah untuk didatangi Jibril??!
Kembalilah kepada landas pemikiran yang benar ariji! jangan sengaja 'melembabkan' fikiran.
Syaitan suka akan perangai sebegini.Syaitan musuh yang jelas!
Wallahu'Alam Bissawab.
Rasulullah s.a.w memang mempunyai kelebihan dan dikurnia Mukzijat. BANYAK PERKARA YANG DILAKUKAN NABI S.A.W TIDAK DIKIRA SEBAGAI SUNNAH UNTUK DIIKUTI seperti mana yang telah aku beri pada kau sebelum ini. contohnya:
Solat Tahajud setiap malam.
berpuasa lebih dari kadar kaum muslimin.
meletakkan tamar di kuburan.
israk mikraj
membelah bulan
dan byk lagi.
janganlah menyebar fitnah yang berupa khianat.
antara yg khas utk Nabi s.a.w digelar
1 - “ Khususiyat ar-Rasul s.a.w “
2 - “ Khosois ar-Rasul s.a.w
3 - “ Sunnah Khossah “
4 – “ Khisol an-Nabi s.a.w “
5.dan lain2.
orang yang mengaji sirah, hadith tidak akan membangkitkan hal-hal berupa mukjizat kepada Nabi s.a.w sebagai Sunnah.
hanya yang Jahil dan yang menginginkan laknat Allah Azzawajall sahaja yang suka menabur fitnah dan menimbulkan perdebatan akan membawa fahaman batil mereka ke khalayak umum. Walhal begitu banyak hal yang perlu diambil kira namun fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w pula dijadikan asas dalam memperkatakan perihal Islam.
Semoga Allah s.w.t memberi hidayah pada kau sebelum laknat menimpa.
aku tidak sakit hati jika kau menghina aku dan mengutuk aku. tapi aku amat benci dan marah apabila fitnah ditabur atas nama Nabi ku.
Wallahu'Alam Bissawab.
-Muhd Abdillah-
Post a Comment