Ia berkenaan tentang tahlil. Menurut video tersebut, sila rujuk; http://ariji86.blogspot.com/2010/09/jakim-shafie-dan-wahabi.html, Ibn Kathir berpendapat bahawa Imam Shafie menfatwakan hadiah bacaan al-Quran kepada si mati 'tidak sampai' kepada si mati.
JAKIM pula dikatakan berpendapat bahawa mereka yang berpegang kepada fatwa tersebut adalah bermazhab Wahabi, padahal fatwa itu dari mazhab Shafie. Ya, Saya tidak nafikan ada persamaan antara mazhab Wahabi dan mazhab Shafie, seperti fatwa hukuman bunuh bagi kesalahan murtad.
Mungkin ini gara-gara budaya menggelar 'Wahabi' yang agak aktif sejak akhir-akhir ini di Malaysia.
Atau mungkin kerana JAKIM menolak fatwa dari mazhab Shafie berkenaan tahlil itu.
Fatwa dari mazhab Shafie berkenaan nikah paksa mungkin ditunjukkan dengan baik dalam filem 'Perempuan Berkalung Sorban'. Si hero sememangnya frust menonggeng kerana tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang melanjutkan pengajian di Mesir.
Adakah JAKIM menerima fatwa itu pada hari ini?
"Si bapa adalah wali mujbir, layak untuk memaksa si anak perempuannya menikah dengan calon menantu pilihan."
Apatah lagi jika si anak perempuan itu berumur semuda 6 atau 9 tahun, bergantung kepada riwayat hadis mana yang dijadikan dalil.
"Pernikahan adalah bertujuan untuk melahirkan zuriat. Banyak lagi Sunnah Nabi lain yang boleh diamalkan."
Ayat ini yang boleh gambarkan dikatakan oleh Nik Aziz berkenaan kes 'nikah Sunnah Nabi' di Kelantan. Beliau berpendapat sedemikian, mungkin berdasarkan dalil berikut, petikan Surah al-Baqarah ayat 223;
Isteri-isteri kamu adalah pertanian bagi kamu, maka datanglah pertanianmu bila kamu mahu dan kebaikan bagi diri kamu sendiri...
Ayat ini menerangkan tentang beberapa perkara seperti berikut;
1) Zuriat
Orang bercucuk tanam antaranya bertujuan untuk mendapatkan hasil seperti buah-buahan. Maka, hubungan seks dilakukan antaranya bertujuan untuk mendapatkan zuriat.
2) Bahagian depan atau belakang?
Ayat ini menerangkan tentang 'bahagian depan', kerana 'bahagian depan' dicipta untuk melahirkan zuriat, manakala 'bahagian belakang' dicipta untuk berak, kentut dan sebagainya.
Mari kita berfikir secara logik ala-ala Mu'tazilah tentang isu tahlil. Jika hadiah bacaan al-Quran kepada si mati sampai kepada si mati, maka si bilionair berpeluang untuk mengupah jutaan muslim agar menghadiahkan bacaan al-Quran kepadanya untuk setelah dia mati.
Si bilionair tidak mampu membeli sebutir gula-gula pun setelah meninggal dunia. Rumah besar yang ditinggalkan, bukankah lebih baik dijual, kemudian wang itu digunakan untuk mengupah orang bagi menyalurkan hadiah kepadanya? Bukankah itu lebih memberi manfaat kepada si bilionair berbanding jika dia mewasiatkan harta kepada orang lain yang masih hidup?
Mari kita perhatikan satu coretan tentang upacara Cheng Beng, sila rujuk; http://pukullima.blogspot.com/2008/03/cheng-beng-yang-kutinggalkan.html
Cheng Beng disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun. Sebelum upacara itu, persediaan rapi diperlukan. Wang kertas neraka dibeli dari kedai, dan ada yang dilipat membentuk kon. Kertas-kertas warna untuk menghiasi kubu sebagai tanda sudah diziarahi oleh ahli keluarga juga dibeli. Kertas-kertas yang dilipat akan dimasukkan ke dalam beg-beg plastik besar dan dibawa bersama semasa menziarahi kubur. Di samping itu, baju-baju, alat elektrik, alat solek, barang kemas, dan sebagainya yang dibuat daripada kertas turut dibeli untuk dibakar sebagai hadiah kepada si mati.
Sebelum bertolak menziarahi kubur, orang Cina akan menyembah 'tuhan penjaga kubur' di tokong tempat si mati dikebumikan. Amalan ini dianggap sebagai tanda menghormati tuhan di situ dan untuk menjamin keselamatan ahli keluarga. Apabila tiba di kubur, ia dibersihkan terlebih dahulu. Makanan berlauk seperti nasi putih, sayur, kuih, kek dan buah-buahan akan dihidangkan di hadapan batu nesan. Selepas lilin dinyalakan, colok akan dibakar. Kemudian roh si mati akan dijemput untuk menjamu makanan yang disediakan. Kaum keluarga akan menunggu di tepi kubur sehingga lilin yang dibakar tinggal separuh.
Surah Yasin lazimnya menjadi pilihan bagi upacara tahlil. Mari pula kita perhatikan petikan Surah Yasin ayat 69 hingga 70;
... Bukan ia kecuali satu peringatan dan satu bacaan yang jelas. Bagi memperingatkan sesiapa yang hidup...
Maka, kepada orang hidup yang membacakan al-Quran dalam upacara tahlil, maka katakanlah;
"Bacaan al-Quran ini adalah bagi memperingatkan diri saya sendiri."
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
(Mari kita berfikir secara logik ala-ala Mu'tazilah tentang isu tahlil)
dah macam2 kau fatwakan baru sekarang kau tulis pasal tahlil? ish3x.. benda macam nie orang dah xsibuk bincang dah. orang sekarang lebih kedepan dgn membincangkan perihal yang lebih utama. usah la kau menulis dgn menunjukkan kelemahan akal mu ariji. cukuplah hal yang lepas, bnyk sudah kau tersasar dari Qura'nul Karim.
nampaknya kefahaman kau masih tidak jelas, masih seperti kau KURANG tahu apa itu tahlil? yang bidaah itu ialah KENDURI TAHLIL. tahlil itu wajib!
apabila menulis perlu lah dgn KEFAHAMAN YANG JELAS MENGENAI SESUATU HAL, SERTA PENULISAN YANG BAIK DAN TEPAT. bukan ambil sedikit dan tidak memperduli hal lain. Hal Agama adalah besa dan luas. jika pemahaman yang kurang tapi ingin memperkatakan sesuatu maka dikhuatiri hanya memburukkan diri sendiri dihadapan Allah Zul-Jalal!
Mu'tazilah adalah kelompok yang sesat.
'kenduri tahlil', NABI MUHAMMAD S.A.W sendiri tidak melakukannya. usah berhujah guna logik akal sangat dalam hal agama, nnt nmpk byk cacat cela.
Berpegang dengan Sunnah Nabi s.a.w adalah cara terbaik. memahami Sunnah dgn cara yang betul yg berlandaskan Quran dan Hadith Sahih adalah perkara yang WAJIB.
hanya segelintir sahaja yg 'mengkendurikan' tahlil beramai-ramai. dan mereka adalah Ahli Bidaah atau org Awam yang hanya taqlid tanpa pemahaman islam yang baik.
semoga Allah s.w.t mengampun kaum Muslimin yang mencintai kebenaran.
kenduri tahlil BUKAN SUNNAH. Muslimin yang berpegang dgn Quran dan Sunnah dan menolak segala bentuk tambahan dalam islam termasuk menolak 'kenduri tahlil' adalah tepat dan benar. ia tidak dikira sebagai mu'tazilah. kerana penolakan hal itu adalah dari Qura'nul Karim sendiri. Mu'tzilah terpesong dari ajaran Al-Qura'nul Karim.
Allah Al-Hakam akan mengadili mereka.
manakala nikah paksa adalah DITOLAK.dan segala jodoh adalah HAK ALLAH S.W.T. jika seseorang gadis dipaksa bernikah dgn org bkn pilihannya semoga Allah Azza Wa Jal merahmati gadis itu kerana ia adalah ujian Allah s.w.t keatasnya. semoga hal itu dapat dijauhkan. dan bukannya kita sibuk memburukkan sebaliknya berhikmah dan beristiqomah dalam memperjelas kebenaran. dan tuntutlah ilmu sebelum memberi pandangan. kerana tanpa Ilmu, segala pandangan adalah salah dan akhirnya melahirkan rasa kemegahan dan ego. ini hal yang sia-sia bagi seorang Muslim. jauhilah hal yang kau tiada pemahaman. usah sibuk mengherdik orang lain sebaliknya tuntutlah Ilmu. dan apabila sudah layak maka pada waktu itu mulalah berbicara dgn Istiqomah dan dalam keadaan yang berserah pada Allah Al-Muhshiy.
Jauhilah sifat berlagak mengetahui segala macam hal. kerana itu bukan dari satu sifat Muslim yang diajar Al-Qura'nul Karim.
Semoga Rahmatullah diberi pada kau dan semoga kau menjadi seorang muslim yang memegang apa yang benar. semoga kau menerima Hidayah dari Al-Quddus.
Semoga Allah s.w.t melindungi dan menjodohkan ku dgn orang yang ku pilih. Amin ya Al-Mujib.
Wallahu'Alam.
-MuhdAbdillah-
Post a Comment