Tuesday, 7 September 2010

Abdillah dan Kezaliman

Si Abdillah adalah seorang penganut Sunni yang menyokong hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

Berikut saya simpulkan hujah penganut Sunni berkenaan isu hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina.

1) Nabi Muhammad
gagal menyampaikan keseluruhan al-Quran kepada umatnya dengan baik

Seekor kambing telah memansuhkan ayat al-Quran berkenaan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina yang pernah wujud dalam al-Quran.

"Ayat al-Quran mengenai hukuman rejam sampai mati untuk penzina telah ditulis tetapi telah hilang kerana ia dimakan oleh seekor kambing." (Riwayat Ibn Majah 36/1944 dan Ibn Hanbal 3/61; 5/131, 132, 183; 6/269)

2) Nabi Muhammad pembunuh yang zalim

Nabi Muhammad mengengkari perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 2 dan membunuh mangsa dengan zalim.

3) Nabi Muhammad pengikut ajaran Yahudi

Hukuman bagi kesalahan zina dalam ajaran Yahudi adalah hukuman bunuh. Nabi Muhammad mengengkari al-Quran dan mengamalkan ajaran Yahudi;

Jika seorang lelaki berzina dengan isteri orang lain, kedua-dua penzina harus
dihukum mati. (Leviticus 20:10)

4) Nabi Muhammad
tersilap menjatuhkan hukuman.

Sepatutnya sebat 100 kali bagi penzina bukan muhsan. Atau, monyet perlu bernikah untuk melakukan hubungan seks?

Sepuak monyet menangkap seekor monyet yang berzina dan menghukum rejam sampai mati ke atasnya, dan aku telah membantu mereka. (riwayat Bukhari)

Apakah yang menarik dalam hujah si Abdillah? Iaitu kalimah 'Sunnah Nabi' dan 'mentaati Rasul'. Apakah Surah an-Nur ayat 2 itu bukan keluar dari mulut Rasul? Kalau bukan, dari mulut siapa pula? Dari mulut Abu Jahal?

Mari kita perhatikan petikan Surah az-Zumar ayat 23;

Allah telah menurunkan hadis terbaik sebuah kitab yang konsisten...

Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

LA ILAHA ILLAH HU MUHAMADUR RASOOL ALLAH..

Innalillah....

Semoga Allah melaknat manusia jahil yang menentang Allah dan Rasul-Nya!

riwayat kambing itu bukan Hadith la bodoh.
bukan Nabi Muhammad s.a.w yang mengucapkan hal itu malah hal itu adalah PALSU DAN DIREKA-REKA.

Pelik lah kau ini. segala Hadith Sahih yg sabit dari Nabi Muhammad s.a.w kau tolak mentah-mentah.
tapi bila jumpa Hadith palsu kau paling suka dan paling setuju. walhal kau tidak percaya Hadith macam mane pula kau boleh terima hadith yang tah pape dan mengarut pulak? sebagai orang yg menolak hadith mana boleh tiba-tiba kau terima yang 'hadith' pula. dah 2 pula HADITH SAHIH MUHAMMAD S.A.W dari segi percakapan dan perbuatan BAGINDA S.A.W kau kate fakta pupus dan sesat. TAPI YANG XBERKAIT DGN NABI S.A.W SEMASA BAGINDA S.A.W HIDUP DAN SETELAH S.A.W WAFAT KAU TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN PERCAYA MATI-MATIAN.

JAHIL!

riwayat ibnu majah dalam internet memang banyak! dan BANYAK YANG PALSU DAN DIREKA-REKA.
pendustaan keatas Ibnu Majah.
SILA BELI KITAB IBNU MAJAH pastu kau scan dan tunjuk dalam blog kau ni..... daripada COPY PASTE dari internet lepastu tunjuk kejahilan.

Sudahla Ariji. malam dan siang pun kau keliru. xnak ikt QURA'NUL KARIM tapi sibuk cari hal-hal yng kau tidak tahu.

Semoga Allah Azza Wa Jal memberi rahmat dan kebaikan dan memakbulkan du'a-du'a ku. Amiin.

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

Riwayat Qura'nul Karim dihafal sekalian besar PARA SAHABAT.
kau xtahu ke macam mana Quran di'compile' iaitu dikumpulkan kemudian dibukukan? SAH KAU TAK TAHU.

MANA ADA AYAT QURAN YANG NABI S.A.W simpan untk dia seorg sahaja. MALAH SAHABAT NABI S.A.W yang menulis dan menghafal wahyu yang diturunkan.
malah ADA RAMAI PARA HUFFAZ PADA KETIKA QURAN SUDAH LENGKAP. ZAMAN SAHABAT PUN MASIH ADA.
Mereka HAFAL QURAN.

JADI RIWAYAT KAMBING MEMANG TIDAK LOGIK DAN TERTOLAK SENDIRI. sesiapa yang mempercayainya tapi menolak Hadith Sahih memang ada krisis pemikiran dan sengaja mengundang padah.

sepertimana ariji sebelum ini. ambil apa yang dia MAHU dan TOLAK 100% apa yg dia xmahu.
apa masalah kau?
haih....... aku sedang berpuasa!

lagi satu, jika riwayat kambing itu diperkatakan jadi apa komen manusia muslim yg mendengar hal itu???? xkan diorang diam sahaja.? hal apa mcm ini? riwayat itu berhenti takat itu sahaja ke?????
pelik... baca la sirah Nabi Muhammad s.a.w. MANA ADA CERITA YANG TERHENTI MCM ITU SAHAJA. malah byk riwayat Sahabat sentiasa bertanya pada Nabi Muhammad s.a.w jika mereka tidak faham akan sesuatu perkara. KENAPA ABU BAKR , UMAR R.A, UTHMAN R.A DAN ALI R.A SERTA SEKALIAN RIBUAN SAHABAT XPERNAH CAKAP APA-APA MENGENAI HAL KAMBING ITU? sudahla Ariji.. xpenat ke kau fikir secara membuta tuli.

CARILAH ILMU dengan berguru bersama yang alim dan fasih akan islam dan bacalah kitab.
BUKAN DENGAN INTERNET!
BUKAN DGN HAWA NAFSU!
BUKAN DGN KEJAHILAN YANG NYATA
BUKAN DGN SYAITAN MUSUH YG NYATA!

Ya RABB, Kurniakanlah keberkatan dan nikmat kepada ku. jauhkan diri ku dari doa yang tidak dimakbul. Amiin

-Muhd Abdillah-

-




-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Saidina Maiz r.a dijatuhi hukuman rejam .
Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam .. ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Yaala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .
Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .
MUTAWATIR bererti : Satu berita yang diriwayatkan oleh sekumpulan ramai manusia kepada sekumpulan manusia yang ramai , yang mana ramainya mereka yang meriwayatkan berita itu menyebabkan mustahil ianya dianggap sebagai satu berita yang dusta dan palsu .

Anonymous said...

Ummat Islam memang mempunyai persamaan dengan ahli kitab. malah lelaki Mukmin dibenarkan menikahi wanita dari Ahli Kitab.
antara persamaan nya adalah
1.Tuhan adalah satu.
2.Arak adalah Haram
3.Wanita wajib menutup aurat
4.khatan
5.babi adalah haram
6.adanya kewajipan waktu mengingati Tuhan.
7.Banyak lagi.

Tidak Mustahil jika terdapat persamaan serba seidikit antaranya.
Agama Samawi adalah dari satu Sumber.
Malah jika dilihat dalam kitab hindu,sikh,zoroastrian dan banyak lagi juga akan didapati terdapat persamaan serba sedikit.
Namun 3 Agama yg disebut didalam Qura'nul karim adalah yang paling hampir antara satu sama lain. NAMUN.........ISLAM adalah yang diterima Allah Azza Wa Jal.
sila rujuk Qura'nul Karim.
jika sesuatu hukum itu dijelaskan dan dikhabarkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W maka ia adalah dari Allah Zul Jalal.
tiada keraguan utk kaum Muslimin utk berhukum dgn apa2 yang SABIT dan SAHIH DARI MUHAMMAD S.A.W AL-MUSTAFA.

tiada pelik dan sesat Hukum rejam jika terdapat persamaan dgn Ahli Kitab. sememangnya agama mereka adalah dari langit. namun telah ditokok tambah. oleh itu Para Muslimin WAJIB mengikuti RASULILLAH S.A.W dalam setiap hukum yang ISLAM.
hukum ini bukannya dtg dari amerika, bkn dari abu jahal, bkn dr Abu Bakr dan para Sahabi yg ribuan jumlahnya.
Ia SABIT DAN SAHIH terus kepada Nas dari penutup segala Rasul dan Nabi, Muhammad s.a.w!
tidak perlu dipertikai lagi.

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus - Al-Hujuraat ayat 7

Ariji sendiri tidak mengikut Quran dalam menetukan malam dan siang, sistem kalendar ariji mengagungkan sistem barat, ariji tiada mengikut Nabi Ibrahim a.s dalam isu khatan,
ariji langsung xada satu pun dalil Qura'nul karim dalam pelbagai hal lagi. Adalah lebih baik ariji berfikir sejenak mengenai hal2 itu.
janganlah menuduh org2 Sunnah melupakan Al-Qura'nul Karim sebaliknya kau sendiri mengingkari Kitabullah Al-Qur'anul Karim.
ini adalah kekufuran yg ternyta. tetapi ariji hanya sibuk mengketengah kononya org2 Sunnah yg alpa. walhal diri sendiri telah terperangkap dalam kesesatan.

tiada isu yg mampu ariji bangkitkan melainkan semuanya telah tertolak dgn dalil Qura'nul Karim dan As Sahih Al hadith Muhammad s.a.w.

semoga Ariji bertaubat dan mencari keredhaan Allah Ar-Rasyid.

Semoga amalku diterima Allah Al-Quddus dan dgn limpah kurnia Al-Mujib dimakbulkan du'a-du'a ku, dikurniakan padaku pasangan kekasih pilihanku, ilmu bermanfaat untuk ku dan dunia wa akhirat yang baik untuk ku. dan sesungguhnya segala kebaikan dan kemenangan adalah dari Allah Al-Aziz

-Muhd Abdillah-

Anonymous said...

1. [Q.S. 15:9], berbunyi :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar menjaganya".

2. [Q.S. 41:41-42], berbunyi :
"....Dan sesungguhnya Alqur'an itu adalah kitab yang mulia, yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya. Yang ia di
turunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji".

justeru jika sesiapa mendakwa Qura'nul karim tdk lengkap serpti dakwaan syiah dan beberapa org kafir adalah tertolak.
lagipun cerita kambing itu bukan dtgnya dari Nabi s.a.w jadi ia bukanlah HADITH NABI S.A.W.
ia fitnah terhadap Qura'nul Karim sendiri.
bawak mai hujah sebesar bumi pun ia dgn mudah TERTOLAK.
scan la dari mana2.. bahasa arab ke, bahasa melayu ke, bahasa zulu ke. bahasa jepun ke.. scan la.. ia TETAP TERTOLAK oleh sebab2 diatas. ok?
bace surah Al-Hijr ayat 9 untuk kepastian.