Monday 24 October 2011

Si Kecil dan Sang Dewasa

Si kecil boleh jadi selalu dikatakan salah. Seolah-olah orang dewasa saja yang betul. Buat itu salah, buat ini salah. Apa boleh buat? Orang dewasa lebih berkuasa.

Kini saya meningkat usia dewasa, sesungguhnya orang dewasa juga banyak salah. Kononnya orang dewasa begitu matang. Sematang-matang orang dewasa, orang dewasa yang melakukan segenap jenayah. Si kecil digelar sufaha' (4/5), tidak hairan jika mereka tidak matang.

"Eh budak kecil, kenapa kamu tidak matang?"

Ya, sufaha' cenderung untuk berbuat salah. Namun, semakin banyak si kecil berbuat salah seperti salah tatabahasa percakapan, mereka belajar melaluinya sehingga fasih.

Tetapi si dewasa, walaupun graduan universiti, rasuah juga yang menjadi pilihan. Malah manusia yang lebih buruk dari binatang (25/44) terdiri dari orang-orang dewasa.

Ada yang begitu sensitif. Orang Jepun mungkin sensitif jika tidak ditundukkan badan sebagai tanda pertemuan. Tetapi isu ini jauh lebih kecil dari isu 'peperangan Gaddafi' di Libya. Apakah nilai isu memakai selipar di majlis rasmi jika dibandingkan dengan isu kesejahteraan?


Sebahagian orang dewasa juga tidak menghormati si kecil. Maksud saya, sekurang-kurangnya dari sudut hak asasi. Bayi bagaikan tiada harga. Ibu sudah tak seperti ibu.

Kes di China baru-baru ini, si kecil yang kemalangan, orang-orang dewasa di sekitarnya sekian lama enggan membantu.

Orang dewasa. Tidak kah awak mahu kembali ke zaman kanak-kanak awak? Semoga dengan itu awak lebih berperikemanusiaan.

Wallahualam.

No comments: