Friday 21 October 2011

Lama Tidak Dicoret

Begitu lama blog ini tidak dicoret. Memberi laluan kepada peperiksaan akhir semester, penyiapan assignment dan penyiapan thesis, dikala faktor dalaman lemah menghadapi faktor luaran. Bak dialog dalam kartun 'Slam Dunk';

"Bertahan! Bertahan!"

Saya telah mendaftar sebagai ahli ABIM pada 12 Oktober lepas, secara online. Ianya kerana saya cuba berjinak-jinak dengan NGO. Sebahagian perokok dikatakan bermula dengan perasaan ingin mencuba rasa rokok.

Telah mendapat tugas untuk menterjemah filem Hilla ke dalam bahasa Melayu dalam minggu akhir bulan lepas, tetapi baru boleh melaksanakan tugas setelah tamat peperiksaan akhir. Semalam baru mulakan terjemahan.

Merancang untuk belajar bahasa Arab part time selama 4 bulan di KIAS. Memang kebetulan, cuti saya dijangka selama 4 bulan saja. Kelas pertama dikatakan sepatutnya petang ini, tetapi terpaksa absent kerana saya berada di UPM sekarang. Jangka sebenar pengajian itu adalah 16 bulan. Tetapi, saya dijangka tidak sempat untuk menghabiskannya selama 16 bulan, melainkan saya memanjangkan cuti saya. Apapun, saya belum mendaftar.

Sedang menulis buku tentang makanan. Oleh itu saya ciptakan group makanan, sila rujuk; http://www.facebook.com/groups/220795507985071/

Ya. Boleh dikatakan setiap hari saya makan. Bak kata Nik Aziz, manusia sepatutnya makan berbeza dengan binatang sebab manusia guna akal.

Semalam majlis konvokesyen. Dapat bersua semula wajah-wajah rakan lama. Semalam juga mungkin kali pertama mendengar ceramah dari Persatuan Mahasiswa Islam. Penceramah itu menceritakan tentang suap makanan. Dan malam itu, saya disuap satu unit cebisan kentang goreng di kedai makan.

Suapan nasi boleh jadi lebih romantik berbanding suapan satu unit cebisan kentang goreng. Ini kerana, untuk menyuap nasi, penyuap perlu menyentuh mulut si kena suap, melainkan jika suap menggunakan sudu dan sebagainya.

Saya tidak fikir riwayat berkenaan Nabi menyuap makanan itu adalah Nabi telah menggunakan sudu. Bak kata Mahathir, tiada Gillette pada zaman Nabi.

Dunia yang terhad inilah waktu untuk belajar al-Quran. Dikala kita mempunyai mata untuk melihat al-Quran, mulut untuk mengucap al-Quran, telinga untuk mendengar al-Quran. Ia satu peluang dan nikmat. Kita yang memilih.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: