Sunday 26 December 2010

Syiah, Amalan Berkhatan dan Darah Halal

Faktor berikut antara mengapa JAKIM menfatwakan Syiah sebagai sesat;

1) Mencederakan diri semasa upacara di hari asy-Syura
2) Menghalalkan darah penganut Sunni

Bagi no 1), ajaran Sunni juga mengajar mencederakan diri, iaitu amalan berkhatan. Saya pernah menonton televisyen di mana penduduk miskin meminta bantuan kerana kekurangan wang untuk menampung kos berkhatan si anak. 

Kenapa mereka mahu mengkhatankan si anak? Kerana dalam mazhab Shafie, sembahyang dikatakan tidak sah jika tidak berkhatan. Dan apabila sembahyang tidak sah, maka bagaimana untuk masuk Syurga kerana sembahyang itu wajib?

Ini antara faktor utama mengapa anak-anak dikhatankan di Malaysia. Si penjaga mengambil keputusan berdasarkan fahaman agama yang dibawa oleh masyarakat setempat. Jika ditanya, anak mana yang suka berkhatan?

Apakah rakyat Malaysia masih obses dengan mazhab Shafie? Saya pernah terbaca suratkhabar suatu ketika dahulu, di mana pemilik kereta yang meletakkan pelekat ayat al-Quran di cermin belakang kereta ditegur oleh ustaz, hanya kerana Imam Shafie dikatakan tidak suka meletakkan al-Quran di bahagian belakang.

Ada juga yang tidak menukar mazhab ketika bertawaf di Mekah kerana setianya dengan mazhab Shafie. Gelagat ini dikatakan sukar, kerana dalam mazhab Shafie, persentuhan kulit antara berlainan jantina dikatakan membatalkan wuduk.

Wajarkah pegawai jabatan agama membiarkan penduduk miskin meminta bantuan kewangan untuk mengkhatankan si anak, padahal, dalam mazhab Sunni, ada penyelesaian mudah untuk kes ini? Dalam mazhab Maliki, sembahyang dikatakan sah walaupun tidak berkhatan. Ini bermakna, penduduk miskin tidak perlu bersusah payah mencari wang untuk menampung kos berkhatan, atau si anak tidak perlu bersusah payah menanggung kesakitan. Ini rasional kerana pendapatan mereka tidak setinggi gaji Mufti, atau gaji pegawai jabatan agama negeri.


Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.  

"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.  

"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.

Bagi no 2), ajaran Sunni juga menghalalkan darah mereka yang terkeluar dari 'jemaah'. Adakah saya tidak terkeluar dari jemaah? Adakah darah saya masih haram dalam ajaran Sunni?

Dikala mereka menganggap ajaran Syiah kejam kerana menghalalkan darah penganut Sunni, maka adakah ajaran Sunni dalam kes ini cukup penyayang?

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

8 comments:

Anonymous said...

Berkhatan TIDAK WAJIB... Tetapi ia MUSTAHAK!

Anonymous said...

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim)

jangan lah ariji menjadi orang yang berfahaman sanoisme walaupun TERBUKTI DGN JELAS ARIJI ORANG YANG SANOISME!.

sanoisme di kalangan sunni juga ada.. jangan risau.. perkara ini sudah ada pada ramai orang dan ia tidak kira Agama dan bangsa.

Sano itu adalah bodoh, boleh digelar jahil murakab – kejahilan yang jelas setelah diberi penjelasan. Sudahlah jahil malah dia sombong dan bangga dengan kejahilannya. Orang yang mengamalkan sanoisme apabila dia berhujjah maka dia sekadar membawakan khabar burung tanpa riwayat atau membuat tuduhan tanpa bukti, dan apabila dia disoal maka DIA AKAN MENGEMUKAKAN TUDUHAN BARU TANPA MENJAWAB SOALAN DAN SANGGAHAN YANG DIBERI TERANG-BENDERANG PADANYA. Ketika dia kemukakan bukti, dia akan menyeleweng, atau dia akan mengambil sahaja apa-apa bukti tanpa melihat kesahihan buti tersebut.
Sanoisme ini sebenarnya lahir dari jiwa kacau yang merasakan kerdil apabila berhadapan dengan orang yang punya pengetahuan dan kaedah perbahasan yang baik serta mantap dari hujah dan bukti yang sahih. Tetapi oleh kerana seorang pengamal sano ini adalah pemalas untuk mengkaji, dan tiada bahan rujukan serta bebal, maka dia terpaksa mengambil kaedah gerila – serang hendap dari dalam belukar kejahilan. Dia seperti orang dewasa yang menjelir lidahnya dan mengejek-ejek lawannya, lalu menyungkup kepalanya ke dalam semak samun setelah itu. Selang beberapa saat lagi, dia mengejek lagi dengan lidahnya semula dan terus menyungkur ke atas tanah dan bergolek-golek mencari semak. Inilah perilaku Sanoisme dalam amalan manusia tidak kira Agama , bangsa dan kefahaman mereka.

silalah ariji menafikan dakwaan ini, dengan menjawab segala hujah dan sanggahan dalam blog ini sebelum berani mempelawa mana-mana ustaz atau individu untuk berdebat secara terbuka. Mungkin kau mudah mendapatkan tempat untuk berdebat tetapi apa jelah yang mampu kau hujahkan dengan pengetahuan kau yang AMAT CETEK namun masih seronok berlagak kononnya kau sajelah yang benar. walhal orang Jahil memang tidak akan dapat memahami Quran dengan semuanya menggunakan pendapatnya sendiri sahaja.. Sungguh memalukan sikap ini…

Anonymous said...

mungkin ariji merasakan begini

"aku pegang dengan quran, xkanlah aku salah, mesti aku betul yang lain itu ikut ajaran nenek moyang diorang, hahaha.. aku lah yang betul diorang sunni nie sesat, aku lah yang layak bercerita hal Quran"
Jawablah isu utama yang ariji bangkitkan dengan niat menyesatkan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah yang berpegang dengan Quran dan Hadith sahih.
Tidak dinafikan wujudnya golongan yang sesat malah KAFIR dari golongan yang menamakan mereka sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Malah umumnya kita tahu bukan semua Muslim itu Islam.. banyak yang menggelar dirinya Muslim tetapi dengan jelas mereka sebenarnya KAFIR.
Wahai ariji yang berfahaman sanoisme… Ingatlah kau itu perasan nak berpegang dengan Quran oleh itu sebenarnya kau juga perlu bergegang dengan TAURAT DAN INJIL!!!
Tidak ada ayat Quran yang khusus mengatakan Taurat dan injil itu telah diubah! Malah setiap kali ia digambarkan telah diubah nescaya tertulis perkataan KITAB.. Ini kerana umum mengetahui ayat Quran menerangkan, Namun semua mengetahui bahwa Taurat dan Injil adalah kitab yang telah dieri pada kaum dulu dan telah termaktub namanya didalam Qura’nul Hakim.
“Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.” Yunus:47
Ramai hindu yang masuk islam akan mengatakan kitab suci hindu itu adalah dari Allah namun telah diubah suai , sebab itulah didalam kita utama hindu mengajarkan bahawa Tuhan itu satu, tiada yang standing dengannya, ia juga mengatakan Tuhan itu tidak berimej dan tiada yang dapat menyerupainya.. malah ia juga mengatakan akan datangnya Muhammad s.a.w dalam kitab mereka!
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah”, dengan maksud untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.” Al-Baqarah: 79
,justeru ayat ini telah adalah umum…. Semua kitab2 terdahulu seperti Allah s.w.t jelaskan Dia telah menurunkan Kitab pada setiap bangsa. Dan setiap kitab itu telah diubah.. Ayat ini termasuk kepada semua kitab2 yang diubah.. ia tidak merujuk pada sesuatu kitab..
Namun Qura’nul karim mengatakan dengan jelas antara kitab dahulu yang ada adalah Taurat ,zabur dan Injil.. Itupun dengan JELAS DAN NYATA bahwa tiada ayat yang khusus mengatakan Taurat dan Injil itu mengandungi kesesatan.. malah Qura’nul Hakim telah MEMBENARKAN isi-isi Taurat dan Injil!

Anonymous said...

(sila lihat teks arabnya )

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. Al-Baqarah :41

Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang MEMBENARKAN isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Ali-Imran:3

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia MENGESAHKAN apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. Yusuf:111

Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang MENEGASKAN KEBENARAN Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus. Al:Ahqaf:30
Pada hal telah ada KITAB NABI MUSA yang MENJADI IKUTAN DAN RAHMAT ; dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang MENGSAHKAN KEBENARAN (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Al-Ahqaf:12

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab MEMBENARKAN KITAB-KITAB yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum ,tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu padanya itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. Yunus:37

Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku. An-Nisa:47


((Apabila Allah berfirman mengatakan kitab terdahulu diubah nescaya tiada nama kitab yang disebut oleh Allah.. ))

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" Ali-imran:199

Anonymous said...

Justeru, para anti-hadith jahil tiada hujah untuk mengatakan taurat dan injil itu diubah!!
Oleh itu mereka sepatutnya MENERIMA apa yang telah diwajibkan Allah s.w.t didalam kitab taurat dan Injil!
Dan didalam taurat dan injil itu ada hokum KHATAN DAN REJAM SAMPAI MATI!!

“Kemudian (ketahuilah pula bahawa) Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat untuk menyempurnakan (kemuliaan dan nikmat Kami) kepada orang yang telah berbuat baik (menjalankan ajaran Kitab itu iaitu Nabi Musa), dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat, supaya mereka beriman kepada pertemuan dengan Tuhan mereka” (pada hari akhirat kelak).Al-An’am:154

“Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” Al-Maidah:46

((Dengan demikian ariji dan puak-puak ariji tiada hujah dan alasan untuk menafikan hal ini kerana QURA’NUL HAKIM telah MEMBENARKANNYA!!! .. Ini baru namanya ikut Quran! Bukan MEMANDAI –MANDAI tulis dan faham sesuka hati yang akhirnya menunjukkan BETAPA JAHILNYA ANTI HADITH LAKNATULLAH..
Bacalah dengan baik…

Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling ?: 33

Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya :34

Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui?:35

Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa?:36

Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?:37

Al Maidah :33-37

Memang kena dengan perangai ariji dan puaknya……
Adakah ariji tahu akan kesesatan apakah yang terkandung didalam kitab terdahulu yang mengkhabarkan perintah-perintah Allah s.w.t didalamnya ? Walhal ayat2 Quran tidak menerangkannya! Malah Allah s.w.t menuntut Ahli Kitab agar terus menunaikannya!

“Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya”. Al-Maidah:66

Anonymous said...

Tetapi ariji mendongak angkuh memperkecilkan segala hokum hakam yang telah berada didalam kitab-kitab terdahulu namun mengatakan ariji orang yg beriman ?
Celakalah bagi sesiapa yang memburukkan hokum Allah s.w.t dengan sewenang-wenangnya!

“Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.” Yunus:94


Mungkin ariji telah lemas dengan pujian orang2 bodoh terhadap ariji.. jadi ariji pun merasa akan kebenaran pada ariji. Bertaubatlah! Allah s.w.t Maha Penerima Taubat!
Lain pula halnya untuk Orang yang benar2 Islam .. Mereka menurut perintah Nabi s.a.w! seperti yang telah dinyatakan Qura’nul Karim… Ahlul Sunnah beriktikad sememangnya kitab taurat dan injil telah diubah namun kitab2 itu juga mengandungi kebenaran! Oleh itulah tiada golongan Ahlul Sunnah akan mempertikaikan hukum2 didalam kitab itu yang mempunyai persamaan dengan apa yang Rasulullah bawakan. Lain pula bagi ariji dengan mudah dan jahil mengatakan pendapat jahil ariji semata2 tanpa ilmu……
Ahlul Sunnah tidak perlu merujuk kitab2 terdahulu kerana perintah taatkan Nabi s.a.w telah ada serta Nabi Allah Muhammad s.a.w telah mengkhabarkannya dengan HADITH!
Rasulullah s.a.w bersabda

“Janganlah kalian membenarkan ahlul kitab dan jangan pula mendustakannya, dan katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan pada kami….” (HR. Al-Bukhari )

Rasulillah s.a.w melarang membenarkan mahupun mendustakan Ahli kitab.......

betapa indahnya Islam.. dan betapa bodohnya anti hadith. Mereka bukan orang Islam mereka sesat.
Aku mengingatkan kau ariji bahwa perbuatan bodoh kau serta anti hadith lain supaya belajarlah Qura’nul Karim yang didalamnya terdapat petunjuk serta taatlah pada Nabi kamu!
Jika kamu ingkar nescaya kau hanya MEMPERBODOHKAN diri sendiri…

………..“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Az-Zumar:9

Orang dungu dan jahil tidak akan sama dengan orang yang berilmu… ariji walau lebih tua dariku tetapi begitu jahil dan bodoh dengan syariat islam..

Supaya kamu tidak mengatakan:

“Bahawa Kitab (ugama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka”.
Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: “Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka”. (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). Al:An’am : 156 & 157

Anonymous said...

*Tiada alasan bagi golongan anti hadith yang menolak hadith pada hari kiamat kelak! Golongan batil dan yang sesat lagi menyesatkan , dengan menetang Rasulullah! Sesungguhnya golongan ini tiada kaitan lagi dengan Muhammad s.a.w!
“Dan bahwasanya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu Allah perintahkan kepada kalian agar kalian bertaqwa.” (Al-An’am: 153).
“Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan” (dan membalasnya) Al-An’am:159
Golongan yang bodoh dan sesat menganggap hadith sahih tidak relevan lagi walhal tiada alasan mereka menolaknya. Apakah benar ariji menyangka Abu Bakr, Umar ,Uthman dan Ali (r.a) semuanya sahabat yang bodoh ? maka celakalah golongan ini… mereka akan terbakar didalam neraka jika mati dengan fahaman begini… Innalillah!



wahai en.sanoisme…Aku tahu kau tidak akan menjawab segala sanggahan dan hujah ku. Sebaliknya munafik akan berperangai seperti munafik.. Semoga dijauhkan kita diazab.. semoga Allah s.w.t mengasihani ariji yang jahil akan kebenaran dan semoga Allah s.w.t member hidayah pada ariji… Ingatlah apakah ariji menyangka dengan fahaman ariji itu tidak akan membuat ariji sesat ?
Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik,Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Al-Fatir:8

Aku memberi AMARAN KERAS pada kau ariji agar JANGAN SESEKALI MERAGUI RASULULLAH S.A.W!
“………..maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya” Al-Ghaffir:34
“(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!” Al-Ghaffir:35

Anonymous said...

Ingatlah! Apa yang kau perkecilkan itu adalah SUNNAH RASULULLAH S.A.W! ariji telah memilih untuk mengatakan ianya FAKTA PUPUS!... Apakah faedah hal ini ariji?????
Seringkali Allah bersumpah didalam Al-Quran ..dan ketika Allah bersumpah akan Muhammad s.a.w itu adalah HAKIM.. ALLAH AZZAWAJALL BERSUMPAH DENGAN DIRINYA SENDIRI!!

"Maka demi Tuhanmu! Mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan KAMU HAKIM dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka merasa tidak keberatan dalam hati mereka terhadap yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sempurna".
An-Nisa :65.

Marilah membela Agama Allah!
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Muhammad:7

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. Muhammad :8

Assalamualaikum.. –MuhdAbdillah-