Tuesday 7 December 2010

Mazhab Sunni Bhg. IV

Sebelum mencoret lebih jauh, perhatikan tema blog saya ini, Surah al-A'raf ayat 36. Ayat ini menerangkan bahawa kita tidak patut berpegang kepada apa yang kita tidak tahu, kerana kita masing-masing bertanggungjawab tentang apa yang kita lakukan. Jika kita tidak pasti maklumat yang kita terima itu betul atau salah, maka sekadar mempertimbangkan sahaja.

Memberi maklumat yang salah dengan menipu adalah dua perkara yang berbeza. Pemberi maklumat memberi maklumat terhad terhadap ilmu yang dia ketahui. Manakala menipu adalah dengan berniat jahat. Surah al-A'raf ayat 36 sememangnya sesuai untuk dipraktiskan untuk kes ini.

Seterusnya, berikut 10 faktor mengapa saya tidak bermazhab Sunni.

1) Jika amalan berkhatan menolak kesempurnaan kejadian manusia yang dicipta oleh Allah, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Surah At-Tin ayat 4;

Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna.

Ayat ini menerangkan, bentuk manusia dalam keadaan tidak berkhatan adalah lebih baik dari bentuk manusia yang berkhatan.

Jika anda memberi hujah tentang kesihatan dan sebagainya, itu isu lain. Sebagai contoh, pesakit kencing manis, dalam keadaan tertentu, pemotongan anggota badan lebih baik bagi mengelak penyakit merebak.

2) Jika saya terpaksa menolak surah an-Nur ayat 2, apatahlagi ia melibatkan pembunuhan, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

3) Jika saya perlu meniru segala perbuatan Nabi Muhammad bagi mentaati Rasul, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Adakah anda menyimpan janggut? Bukankah Rasul memerintahkan anda menyimpan janggut? Kenapa mazhab Shafie membenarkan 'perintah Rasul' yang ini diengkari?

4) Jika saya terpaksa menolak surah al-Baqarah ayat 256, yang menerangkan bahawa tiada paksaan dalam Deen, apatahlagi hukuman bagi kesalahan murtad itu melibatkan nyawa, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

5) Jika menggunakan nama Allah bagi mengharamkan muzik, nyanyian, sutera, dan emas dianggap sebagai satu perbuatan yang mulia, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Petikan Surah al-A'raf ayat 32;

Katakanlah; " Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia bawakan untuk hambaNya dan benda-benda baik dari rezeki?...

6) Jika memasang lilin pada kek harijadi, memakai topi Santa Claus pun tidak dibenarkan atas alasan kerana menyerupai kaum lain, maka mazhab Sunni bukan untuk saya. Malah, pemakaian tali leher pernah difatwakan sebagai haram, kemudian dihalalkan semula selepas Sultan memakainya. Sila rujuk buku bertajuk 'Teguran Suci dan Jujur Kepada Mufti Johor', halaman 48-49.

Mari perhatikan riwayat hadis berikut;

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka. (Riwayat at Tarmizi)

7) Jika si bapa dihalalkan menikahpaksa anak perempuannya, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

8) Jika saya terpaksa menganggap bahawa Nabi Muhammad adalah 'Superman', padahal al-Quran menerangkan baginda adalah manusia seperti saya, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Petikan Surah al-Kahfi ayat 110;

Katakanlah; "Sesungguhnya aku adalah seperti kamu...

9) Jika kerana dari pengaruh dari mazhab Sunni, tertuduh kesalahan zina dipukul beramai-ramai di tepi jalan sehingga mati, maka mazhab Sunni bukan untuk saya. Ini berlaku di negara tertentu, dikenali sebagai Honor Killing.

10) Dan antara yang kritikal, jika saya terpaksa meletakkan kitab lain setaraf dengan Kitabullah, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Bagi no 10), jika anda rasa Islam yang sebenar adalah dengan meletakkan kitab lain setaraf dengan Kitabullah, maka itu pilihan anda.

Berikut pula 10 faktor yang menyebabkan seseorang itu mengaku bermazhab Sunni;

1) Kerana tidak mahu bergelar Syiah
2) Kerana memerlukan mazhab bagi menunaikan ibadat seperti sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya
3) Kerana dididik sejak kecil
4) Kerana lahir di Malaysia
5) Kerana itu yang ustaz ajar
6) Kerana kurang mempersoal ajaran nenek moyang
7) Kerana menjadikan institusi agama seperti Jabatan Agama Negeri sebagai rujukan utama
8) Kerana pengaruh budaya setempat
9) Kerana takut terkeluar dari akidah
10) Dan yang kritikal, kerana ingin jadi seperti Nabi Muhammad.

Bagi no 9), tiada perkataan 'akidah' dalam al-Quran.

Bagi no 10) pula, al-Quran menerangkan tentang Sunnah Allah, dan tiada ayat 'Sunnah Nabi' dalam al-Quran. Perilaku dan perbuatan Nabi dikenali sebagai 'ijtihad Nabi', dan ia seharusnya selari dengan konsep al-Quran, dan al-Quran adalah al-Furqan, iaitu pembeza antara benar dan salah.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

8 comments:

Anonymous said...

(1 Jika amalan berkhatan menolak kesempurnaan kejadian manusia yang dicipta oleh Allah, maka mazhab Sunni bukan untuk saya )

*Jadi Ariji telah sesat sejak dari dulu lagi. Ariji sepatutnya tidak boleh memotong kuku,rambut, ,misai,bulu ketiak ariji juga perlu dipanjangkan, serta ariji sepatutnya wajib menyimpan janggut kerana ia juga tumbuh secara semula jadi, ia 100% ciptaan Tuhan. mengapa perlu diubah ?? justeru jika ariji mencukur janggut maka ariji telah 'merubah' penampilan ariji yg diciptakan Allah. malah jika ariji memotong rumput yang panjang di hadapan rumah juga bermakna ariji telah merubah tumbuhan itu yang juga ciptaan Allah. bermakna jika hal ini berlaku ariji telah dihasut syaitan. Malahan nnt apabila ariji mndapat anak perlulah ariji memberitahu para Dr yg menyambut kelahiran anak ariji itu agar JANGAN DIPOTONG TALI PUSAT BAYI ITU!. adakah ariji beranggapan bayi bertali pusat itu bukan ciptaan Allah yang sempurna? ? Dalil mana ariji pakai??? bolehlah anak ariji bergaya dengan tali pusatnya itu ke sekolah. Juga jika anak ariji mempunyai gigi jongang yg terkeluar maka ariji tidak boleh membiarkan dia memakai alat yg boleh membetulkannya. ia mengubah gigi yang diberi Allah s.w.t.
katakan “Biarlah gigi itu, Hafiz lagi hensem ada gigi macam 2”….

Malahan pada sesiapa yang menerima pandangan sempit ini maka pastinya dia berpandangan membina bangunan juga haram. daripa batu diubah menjadi simen kemudian diubah pula menjadi lantai dan dinding. walhal segala itu adalah ciptaan Allah.
begitu juga hal yang lain.

adakah segala perkara diatas bukan ciptaan Allah ? mengapa ariji blh pula membuangnya dalam tong sampah walhal jelas ayat itu mengatakan 'mengubah ciptaan Tuhan'..
ia adalah ayat umum.. adakah ariji menganggap kuku,rambut dll itu bukan ciptaan Tuhan? jadi mengapa mengubah ciptaan yang tumbuh pada tubuh ariji itu ? sila berikan dalil dari Qura'nul Karim bahwa memotong tali pusat pada bayi itu tidak mengubah apa2 tp khatan pula dikatakan mengubah pula..
adakah dgn berkhatan yg tinggal itu menjadi bulu? sudah tentu ia tetap diselaputi kulit!
malah fungsi zakar tetap sama!

ayat itu sepatutnya difahami dengan kaedah yang betul, yang berlandas kebenaran iaitu melalui Quran sendiri kemudian diikuti Hadith. Tiada tafsir Quran yang lebih baik daripa tafsiran Rasulullah s.a.w

sesiapa yang menukar jantina, mencacah tatoo,dll maka itulah yang dikatakan mengubah ciptaan Allah.
usah berfikiran jumud!


(dalam keadaan tertentu, pemotongan anggota badan lebih baik bagi mengelak penyakit merebak.)

Anonymous said...

*Tepat pun!.. namun jika gigi anak yang jongang tidak membawa penyakit, justeru ariji telah berpendapat ia mesti dibiar jongang.
berkhatan, ia bukanlah hal yang direka Abu Bakr atau Umar r.a. malahan umat islam yng berkhatan adalah kerana ia adalah Sunnah dan berada pada Hadith Nabi s.a.w.

Allah s.w.t telah mewajibkan utk taat pada rasul dan memberitahu pada Rasulullah itu ada teladan yang baik. TERANG DAN JELAS, KITA WAJIB MENTAATI RASUL DGN PERINTAH ALLAH SENDIRI!

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.” (Al-Ahzab: 21)


Umat Muslimin tidak akan berkhatan jika Nabi tidak nyatakan sedemikian. malahan Allah maha mengetahui!, Dia tahu bahwa mereka yang mengkhatankan anak2 mereka adalah menyahut ajaran Nabi s.a.w.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai sebelum Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". Al-Hujurat :1

Begitu jelas perkataan 'Allah dan Rasul-Nya!', mengapa tidak dinyatakan perkataan Allah sahaja ? atau Quran sahaja? mengapa perlu ada perkataan Rasul ? malah banyak ayat yang lain juga menyatakan seperti ayat tersebut!

seperti ariji mendakwa "Quran keluar dari mulut rasul" jadi kita taat apa yang keluar dari mulut Rasul yang jadi ayat Quran.. Namun bagaimana pula cara beramal dgn ayat ini..

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu....Al-ahzab :21

'PADA DIRI RASULULLAH'...adakah ini bermaksud hanya pada mulut nya sahaje?

malahan golongan anti hadith mereka akan membutakan mata utk memahami Quran.. contohnya pd ayat Surah Al-Hujurat..ayat pertama surah ini telah menerangkan bg mentaati Rasul s.a.w , ia juga mewajibkan betapa tingginya darjat Rasul s.a.w hingga tidak boleh mengangkat suara melebihi suara Rasul s.a.w!

apakah itu bukan keistimewaan ??

nescaya anti hadith akan berpendapat kebanyakkan ayat awal surah al-hujurat itu tidak berguna kerana Nabi telah wafat.! Innalillah!

(2 Jika saya terpaksa menolak surah an-Nur ayat 2, apatahlagi ia melibatkan pembunuhan, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*telah dibahas panjang. Hukum perlu dijelaskan Rasulullah s.a.w.

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
Al-Hujurat :7

mengapa tidak dikatakan sahaja
'dalam kalangan kamu ada Al-Quran'
mengapa Allah s.w.t mengatakan jika kita ikut pendapat kita semata maka akan mengalami musibah ?? adakah Quran tidak menyatakan semuanya ??

Dan apakah PENDAPAT RASULULLAH S.A.W yang berada didlm Qura'nul Hakim ? bukankah setiap perkataan Qura'nul karim itu adalah KALAMULLAH... adakah ariji beranggapan ayat ini tersilap kerana pendapat rasul tiada dalam Quran ?

Sedangkan Qura'nul karim sendiri menerangkan akan wujudnya pendapat Rasulullah s.a.w. kerana itulah golongan anti hadith banyak yang kafir! kerana membelankangkan ayat yang menjadi masalah dalam dakyah jahil mereka!

Anonymous said...

(3 Jika saya perlu meniru segala perbuatan Nabi Muhammad bagi mentaati Rasul, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.

Adakah anda menyimpan janggut? Bukankah Rasul memerintahkan anda menyimpan janggut? Kenapa mazhab Shafie membenarkan 'perintah Rasul' yang ini diengkari? )

*Bukan setiap perbuatan Nabi s.a.w perlu ditiru.. malahan gaya Nabi s.a.w berjalan pun kita tidak pernah tahu.. Sahabat juga tdk pernah membincangkannya... semua maklum akan Sunnah Muhammad s.a.w. Aku juga telah memberi pada kau 2 KALI akan beberapa jenis sunnah yang TIDAK BOLEH DIIKUTI. sila rujuk aritkel lama kau.

Sila DATANGKAN BUKTI Imam As-Syafie r.h meletakkan hukum menyimpan janggut sebagai sunat? sila scan dari kitab Al-Umm..
Walhal hanya Ulama terkemudian yang menyatakan hal ini, mungkin mereka bermazhab Syafi'e tetapi apa yang mereka lakukan adalah selepas peninggalan Al Imam As Syafi'e r.h.
sedangkan Imam Syafie tidak pernah berpandangan sedemikian.

Inilah taktir HUDUH orang yang mahu menegakkan kebathilan yang bersarang dalam akal mereka. menyalahkan Imam agung adalah kesukaan walhal diri sendiri berenang dalam kejahilan.

(4 Jika saya terpaksa menolak surah al-Baqarah ayat 256, yang menerangkan bahawa tiada paksaan dalam Deen, apatahlagi hukuman bagi kesalahan murtad itu melibatkan nyawa, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*Dari beberapa definisi / maksud ad-Din menurut Islam seperti yang telah diterangkan Qura'nul Hakim, maka jelaslah agama menurut sudut pandangan Islam sangat berbeza dengan persepsi Barat, agama dalam Islam adalah cara hidup, cara berfikir, berideologi, dan bertindak. Agama meliputi sistem-sistem politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan ketata-negaraan.

malah Islam berasal dari kata as la ma yang dari segi bahasa bermakna berserah diri. berserah pada siapa ? pada akal?
tidak!

ia bermaksud berserah diri pada Allah Azzawajall! dan tidak memandai-mandai seperti golongan atheist. dan apabila ditanya apakah ad-Deen ? jawapannya adalah ISLAM. namun bukan semua yang mempercayai tuhan itu islam. Islam adalah agama yang mewajibkan untuk taatkan Allah dan Rasulnya!
Ini bererti segala ideologi muslimin adalah berdasarkan Allah dan Rasul-Nya!

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". Al-Baqarah : 208-209

justeru kita tahu bahawa...

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

dan kita tahu tiada Ad-Deen melainkan islam..

Agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (Surah Ali Imran:19,85)

mungkin ariji menganggap hindu dan buddha itu juga sebagai ad-deen. ikutlah Qura'nul Hakim, usahlah memandai-mandai. Tiada satu ayat Quran pun mengatakan adanya agama yang diterima melainkan islam.

Anonymous said...

(5 Jika menggunakan nama Allah bagi mengharamkan muzik, nyanyian, sutera, dan emas dianggap sebagai satu perbuatan yang mulia, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*Bukan keselurahan mazhab Sunnah mengharamkan muzik. Namun perlu diingat...Bahasa Arab adalah amat hebat dan memerlukan kefahaman yang besar..

[31.6] Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada perkara2 yang tidak berguna.............

Abdullah Ibn Mas'ud berpandangan perkara2 tdk berguna itu antaranya ialah nyanyian.. Siapa berani mengatakan "Abdullah Ibn Mas'ud tersalah!" .. sedangkan jika ditulis senarai 10 sahabat yang plng banyk meriwayatkan utk pembukuan Al-Qura'nul Karim dizaman Umar r.a PASTINYA TERCATIT ABDULLAH IBN MAS'UD!!

Jasanya begitu besar!! malah Abdullah Ibn Mas'ud adalah manusia pertama membaca Al-Qura'nul Karim dihadapan Ka'bah!!!
usah berani mengkritik Abdullah Ibn Mas'ud!

pandangan beliau ini tidak mustahil kerana...

Qaf [17] Semasa dua malaikat menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia.

Allah s.w.t membenci perkara yang
sia-sia..
seperti juga muzik.. utk berhibur mmg tidak haram, namun jika menjadikan ia suatu kewajipan dan pekerjaan, serta hampir keseluruhan masa hidupnya dihabiskan degn 'compose' dan main muzik , apakah faedah nya ?

berpadalah dalam apa2 jua hal.

(6) Jika memasang lilin pada kek harijadi, memakai topi Santa Claus pun tidak dibenarkan atas alasan kerana menyerupai kaum lain, maka mazhab Sunni bukan untuk saya. Malah, pemakaian tali leher pernah difatwakan sebagai haram, kemudian dihalalkan semula selepas Sultan memakainya. Sila rujuk buku bertajuk 'Teguran Suci dan Jujur Kepada Mufti Johor', halaman 48-49)

*Standard tasyabbuh (penyerupaan) adalah pelakunya melakukan sesuatu yang
merupakan ciri khas yang diserupainya. Menyerupai orang-orang kafir artinya,
seorang Muslim melakukan sesuatu yang merupakan ciri khas mereka. Adapun
jika hal tersebut telah berlaku umum di kalangan kaum muslimin dan hal itu
tidak membedakannya dari orang-orang kafir, maka yang demikian ini bukan
tasyabbuh (tidak tergolong menyerupai) sehingga hukumnya tidak haram karena
penyerupaan tersebut, kecuali jika hal itu haram bila dilihat dari sisi
lain. Inilah yang kami maksud dengan relatifitas maksud kalimat

Justeru ia jelas, bukan orang kafir sahaja pakai tali leher ia adalah pakaian umum... tiada masalah,

namun untuk memakai topi santa clause adalah haram. kerana ia adalah SIMBOL untuk golongan yang mengatakan Allah s.w.t itu ada anak.. tidak pernah aku melihat orang hindu memakai topi ini ketika berjoget di batu caves melainkan ia dipakai ketika orang2 nasrani menyambut hari kelahiran tuhan mereka.
jika ariji masih suka untk memakainya jangan menyalahkan ada orang akan menegur perbuatan sia-sia dan bodoh itu.

Anonymous said...

(7 Jika si bapa dihalalkan menikahpaksa anak perempuannya, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*ini tidak ada didalam Sunnah. Jika ada yg beranggapan begini maka perlu diperbetulkan.

(8 Jika saya terpaksa menganggap bahawa Nabi Muhammad adalah 'Superman', padahal al-Quran menerangkan baginda adalah manusia seperti saya, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*Qura'nul Hakim juga menerangkan Muhammad s.a.w itu 'Rahmatan lil'Alamin'..
jelas perbezaan ketara antara Rasulullah dan orang lain.
malahan ariji sering mengunakan Surah At-Tahrim ayat 1 dan mengatakan Nabi tidak maksum..

Balasnya.. Hal itu tidak mendatangkan Dosa..

tidak salah jika Nabi tidak mahu meniduri hambanya! malahan asbabun nuzul ayat ini menunjukkan Nabi s.a.w adalah lelaki yang mencintai dan menyanyangi isterinya! Baginda orang yang menjaga bukan hanya makan dan minum keluarganya namun Rasululllah s.a.w menjaga perasaan mereka hingga sanggup bersumpah! Dan sesiapa pun tahu bersumpah adalah perkara yang halal bukannya haram.
bukankah kau juga mahu mencintai perempuan ariji ? adakah kau tidak faham bagaimana seorang suami yg memujuk isterinya????jgnlah merendahkan Nabi tanpa Ilmu...
mana2 isteri pun akan menyukai perbuatan ini! Namun, Allah s.w.t lebih mengetahui dan apa yg Allah Azzawajall beri adalah lebih baik.
-Nabi tidak melakukan dosa.
begitu juga pada surah Abasa
itu hanya KESALAHAN.. bukan DOSA!
Nabi MAKSUM DARI DOSA! bukan Kesalahan.

malahan bukan hanya ketika Nabi s.a.w melakukan sedikit kesilapan ditegur ,ketika Baginda sedih juga Allah menegur Kekasih-Nya itu! Malahan keseluruhan surah Alam Nashrah!
Begitu hebat kemaksuman Nabi s.a.w namun ariji gagal melihat itu kerana memilih utk melihat perkara agama dalam bentuk yang sempit dan beremosi.

Anonymous said...

(9) Jika kerana dari pengaruh dari mazhab Sunni, tertuduh kesalahan zina dipukul beramai-ramai di tepi jalan sehingga mati, maka mazhab Sunni bukan untuk saya. Ini berlaku di negara tertentu, dikenali sebagai Honor Killing.)

dimanakah hal sebegini berlaku ???
ini bukan dari pengaruh Sunnah. Ariji berdusta!

(10) Dan antara yang kritikal, jika saya terpaksa meletakkan kitab lain setaraf dengan Kitabullah, maka mazhab Sunni bukan untuk saya.)

*ariji sendiri memahami menyanggahi Qura'nul Hakim dengan begitu banyak sekali. malah dari dulu hingga kini TIDAK ADA SATU HUJAH ARIJI untuk mempertahan kefahaman songsang itu. malah begitu banyak teguran dari Al-Qura'nul karim sendiri tentang krisis pemikiran ariji.

(Bagi no 9), tiada perkataan 'akidah' dalam al-Quran.)

*tiada ayat yang menerangkan untk memahami Quran dgn akal sendiri. malah perkataan 'AQALA' juga tiada didalam Quran.
adakah bermaksud kita tidak ada akal ? dan tidak perlu guna akal ?

Tolonglah gunakan Akal.

(Bagi no 10) pula, al-Quran menerangkan tentang Sunnah Allah, dan tiada ayat 'Sunnah Nabi' dalam al-Quran. Perilaku dan perbuatan Nabi dikenali sebagai 'ijtihad Nabi', dan ia seharusnya selari dengan konsep al-Quran, dan al-Quran adalah al-Furqan, iaitu pembeza antara benar dan salah.)

*Sekali lagi ariji membelakangkan Qura'nul karim. Walhal jelas dan terang ayat Qura'nul Hakim melebihi terangnya matahari tentang adanya contoh dari Rasulullah s.a.w serta PENDAPAT BAGINDA RASULULLAH S.A.W


Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -Al-Hujurat :7

Wallahu'Alam..Assalamualaikum..

Anonymous said...

Bila dibaca semua yg tercoret di blog ini bagai seorang orang yang kurang cerdik yang menulis blog ini...

KERANA

1) Diterjemah bulat-bulat tafsiran alquran mengikut fahaman logik fikiran semata...
2) Hadith sahih ditolak habis...
3) Apakah Hukum-hukum yang disampaikan dan dilaksanakan Nabi Muhammad S.A.W menghancurkan NEGARA ISLAM pertama yang diasaskan oleh Baginda.
4) Tidak faham akan SIRAH Nabi yang sebenar... (fahami apa yang tersirat dan yang nyata)
5) Mazhab yang wujud merupakan rahmat dari ilahi...

Moga Tuhan mengampuni apa yang ditulisnya,Syurga Neraka itu wujud...

Anonymous said...

Fuyoo, panjangnya! Last last,

"Moga Tuhan mengampuni apa yang ditulisnya,Syurga Neraka itu wujud..."

Betul tu! Kepunyaan Allah segala isi Syurga & Neraka tu. Dialah yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu itu.

Jadi, siapakah anda sdr "Anonymous" utk menjatuhkan status "SESAT" kpd sdr Ariji yg juga percaya kpd Allah, percaya kpd keujudan dan peranan nabi Muhammad sebagai utusan Allah, percaya kpd Hari Penghakiman, dll spt yg Allah telah wahyukan dan dicatitkan di dalam alQuran yg dijaminiNya sendiri sebagai kitab yg lengkap dan tiada ragu2 lagi ke atasnya?

Bukankah rujukan hujah sdr Ariji hanyalah quran? Dgn lain perkataan sdr Ariji ni "pro-Quran", nak jadi pro-Quran semestinya mengKaji quranlah, bukan "mengaji" quran secara yg tradisinya difahami masyarakat marhaen kita. Soal beliau mungkin melakukan silap mentafsir/memahami apa yg dikajinya itu kita biarkanlah dihakimi oleh Allah kerana Dialah Yg Maha Mengetahui apa2 yg zahir mahupun yg tersembunyi. Dialah Tuhan yg Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Hentikanlah sikap suka menghukum seseorang itu telah sesat, hanya kerana mempunyai pendapat/pandangan yg tidak selari/berbeza dgn apa yg kununnya pendapat dan kepercayaan kita selama ini sahajalah yg betul dan tepat secara mutlak. Kot begitu, mengapa pula umat Islam dipecah mengikut imam mazhab yg 4 itu? Kemudian mazhab Syiah pulak bukan dlm kelompok 4 mazhab yg kununnya ASWJ tu? Tapi, apa yg kita maklum kedua2 kelompok ASWJ dan Syiah pun beriman kpd Allah, menerima nabi Muhammad sbg Rasulullah terakhir, percaya kpd hari qiamat, percaya kpd syurga dan neraka, dll? ASWJ kata Syiah sesat manakala puak Syiah pula kata ASWJ sesat,jadi macam mana ni?

Jwbnya, "Lakum deenukum waliyadeen"!