Thursday 11 November 2010

Ketua Eksekutif, Buku, Fatim, Pasangan dan Akidah

Dikala mula berjinak-jinak menjadi 'Pegawai Ketua Eksekutif' di Simuland, kemudian saya menerima 'Anugerah Ketua Eksekutif' di Dewan Teater pada 1hb lepas. Kedua-duanya tiada kaitan secara langsung, cuma bunyinya hampir sama.

Cuti akhir semester kali ini saya akan mengambil pendekatan yang berbeza, iaitu study akademik untuk semester mendatang. Ini gara-gara prestasi akademik saya yang menurun sejak baru-baru ini. Ya, saya bukan Superman.

Hari ini, baru saja menyentuh sedikit buku yang bertajuk 'Marketing Management'.

"Wow, what a good book it is!" kata saya dalam jantung hati.

"Menyelam sambil minum air."

Kata pepatah ini mungkin sesuai bagi menggambarkan apabila buku akademik adalah buku yang bagus. Satu untuk peperiksaan, dan satu lagi untuk kehidupan mendatang. Bahagian pengenalan buku itu pun sudah cukup menarik.

"Ada mana-mana boy yang awak suka?" Saya menghantar mesej kepada Fatim. Siapa jua boy yang dia suka, saya akan support dia asalkan boy itu seseorang yang baik. Jika boy itu seseorang yang jahat sekalipun, apa yang patut saya lakukan selain cuba mematangkan fikirannya, agar dengan pemikiran yang lebih matang itu, semoga dia mampu membuat keputusan yang baik.

Saya bertanya soalan itu kerana dia sememangnya ada ramai peminat. Saya sebagai seorang 'abang' patut sokong apa saja yang baik untuknya.

Saya tiada pilihan lain selain cuba mencari perempuan yang baik. Jika saya David Beckham, mungkin hanya perlu petik jari saja untuk memanggil seribu perempuan.

Tadi Jue mencoret tentang isu berpasangan.

"True, being single is better than having the wrong partner. What a dream having the right partner. It's one of my goals for my life."

Coretan ini yang saya balas. Sudah tentu dia lebih banyak pengalaman bercinta, manakala saya lebih berpengalaman hidup sebagai single.

"Fatim! Fatim!" Tukang masak itu memanggil. Saya tersenyum. Ya, Fatim tiada di situ.

"Ariji, tolong tulis nama 'Cuwa' di kertas order itu."

"Saya sudah tulis pun. Nama 'Fatim'."

"Kenapa awak selalu pelik?"

"Sebab saya tengah rindukan dia."

"Oh, rindukan orang lain, tetapi keluar dengan orang lain pula?"

Saya dan Sha berbalas mesej. 'Cuwa' adalah namanya yang satu lagi. Ya, malam itu saya keluar dengan Atla. Malam itu adalah semalam. Rasanya sudah lebih setengah tahun kami tidak keluar makan bersama. Malam itu pelbagai soalan saya ajukan kepadanya, ingin menguji mindanya, kata saya.

Topik perbualan kami yang terakhir adalah berkenaan akidah. Sememangnya saya terkeluar samada dari akidah Syiah mahupun Sunni.

Apabila kita menyebut akidah, ia sebenarnya bukan sekadar tauhid, dan beberapa perkara yang dikaitkan dengan 'iman' semata-mata. Ia lebih dari itu. Sebab itu saya tidak mengfokuskan kepada akidah.

Apakah tauhid dan 'perkara-perkara iman' tidak tercatit dalam al-Quran? Maka dengan mendalami al-Quran, dengan sendirinya akan mendalami tauhid dan 'perkara-perkara iman' itu.

Akidah adalah terikat dengan pendapat nenek moyang tertentu. Sedangkan, sebagai muslim yang lebih dekat dengan fahaman Mu'tazilah, Islam Liberal dan Ahli Quran berbanding Sunni mahupun Syiah, sudah tentu saya tidak terikat dengan pendapat tertentu, tetapi cuba memilih pendapat yang terbaik antara kepelbagaian pendapat dan fahaman.

Adakah fahaman Mu'tazilah menolak tauhid dan 'perkara-perkara iman'? Tidak. Maka terkeluar dari akidah tertentu bukanlah seburuk yang disangka.

Kalimah 'akidah' kelihatan indah kerana ada kalimah 'tauhid' dan 'perkara-perkara iman' di dalamnya.

Malah akidah adalah sesuatu yang boleh dicipta dalam versi yang berbeza-beza. Sebagai contoh, jika sekarang kita ada akidah versi A, dan akidah versi B, padahal, pada hari ini, kita mampu mencipta akidah versi C jua.

Sekian dulu coretan.

Wallahualam.

No comments: