Saturday 27 November 2010

Pekomen Bhg. XIII

Mereply komen dari pekomen di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1323782569523397951&postID=5255788110019082605;

Assalamualaikum ya ariji..
nampaknya makin ramai yang sudah menulis surat utk manusia yang mereka belum jumpa lagi. hurm.

Waalaikumussalam ya makhluk yang mampu menulis dengan izinNya.

apa yang kau nasihatkan untuk bakal anak kau ini mmg baik namun masih perlu diteliti dan diperbaiki. bukanlah aku nk masuk campur cuma ada beberapa perkataan dan bahasa kau yang 'bias' terhadap fahaman kau sendiri.
Bias?

bagi maksud ayat Hafiz kau memilih utk menulis Rasul tidak diutus utk 'menjaga', melindungi, mengawal manusia.. ia memang benar tapi ia perlu dilihat dari skop yg lebih luas yg berteraskan Quran dan Sunnah. ia bukan hal kecil jika Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi isunya. Sedangkan kau menulis Nabi s.a.w tidak itu dan tidak ini namun masih juga kau tidak mengagungkan KeRasulannya padahal tentera dalam kitab kita bahawa Wajib untuk Selawat pada Baginda.

Mengucap perkataan 'selawat' berulang-ulang kali adalah berbeza dengan mempraktiskan 'selawat'. Sebagai contoh perhatikan ayat berikut;

"Berlarilah kamu."

Kemudian saudara mengucapkan perkataan 'berlari' berulang-ulangkali, atau saudara mempraktiskan larian?

Begitu banyak kata-kata Hikmah dan kebenaran dari Allah ar-Rahman menerusi pada Pesuruhnya, malah jika Baginda s.a.w masih ada pasti keadaan islam berbeza. Namun Allah s.w.t mmg luas takdirnya dan Maha Besar Allah dgn rancangan dan kehendaknya. 
Muhammad s.a.w adalah manusia istimewa yang menjadi rahmat sekalian alam!

Baginda adalah manusia seperti kita. Petikan Surah al-Kahfi ayat 110;

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
Katakanlah; "Sesungguhnya aku adalah seperti kamu...

tugasnya bukan mengawal tapi mendidik manusia!
adakah kita akan faham Quran dgn mendengar si kafir rashad khalifa atau berusaha memahami Sunnahnya?!
sedangkan Allah ar-Rahim telah menetapkan tiada manusia yang lebih rapat dan memahami Quran selain pesuruh-Nya! jadi sudah tentu Rujukan kembali pada Allah dan Rasulnya!
dan bergembiralah bagi mereka yang istiqomah dan sabar dalam mentaati Rasulullah s.a.w. walaupun kita tidak dikawal Nabi s.a.w tp kita WAJIB mentaati Baginda. ini termaktub bukan dalam perlembagaan negara tp pada hati yang bersama Tuhannya!
usahla dgn 'bias' memperkecilkan Baginda s.a.w secara tersirat!

Saya setuju antara berikut;

1) Nabi Muhammad telah mendidik manusia
2) Kewajipan mentaati Rasul

Saya kurang setuju antara berikut;

1) Rashad adalah kafir

Mungkin saudara patut mendefinisikan perkataan 'kafir'. Definisi 'kafir' bagi satu puak boleh jadi berbeza dengan puak yang lain, jika tidak, masakan puak Sunni dan Syiah saling bunuh-membunuh dalam tempoh ratusan tahun sehingga ke hari ini.

2) Saya bias memperkecilkan baginda

Saya meminta saudara kemukakan dalil dari al-Quran untuk hujah berikut;

1) Allah ar-Rahim telah menetapkan tiada manusia yang lebih rapat dan memahami Quran selain pesuruh-Nya.

Adakah saudara berhujah begini kerana saudara hilang keyakinan diri untuk memahami al-Quran? Kemudian saudara menjadikan kitab lain sebagai al-Quran no.2 pula?

"kemunafikan yg tersembunyi lebih dikeji dari kafir terang-terangan!"

wahai hafiz, (Jika kau wujud nnt)

usahlah risau apa Shafie kata tentang sukan kerana tiada percanggahan dalam Quran. Usahla sibuk pasal wahabi. bukankah pada zaman kau ini patutnya zaman canggih dgn pelbagai teknologi? buat apa kau sibuk menggelar "dia Wahabi, engkau salafi, beliau sufi"?? adakah ini dinamankan mendapat hidayah dan kesedaran ? Al-Quran telah menerangkan perihal bulan dan kajian saintifik telah banyak mengenai perihal bulan dari pelbagai jenis saintis dari seluruh dunia jadi usah belek kitab Qaradhawi untk kau mengenal bulan. xsesuai.

Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sememangnya perbuatan yang salah. Nabi Muhammad sendiri ditegur apabila mengharamkan yang halal. Surah At Tahrim ayat 1;

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? Dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Quran sentiasa Utama barulah diikuti dengan Hadith. Hadith sahih! bukan yang palsu direka-reka. jgn pelik nnt kau jumpa ada yang kata Hadith sahih telah pupus tapi riwayat kambing mereka paling setuju dan suka! inilah fikiran yang hanya ikut suka dan rasa. harapnya mereka ambil berat hal Syurga dan Neraka. Hidup bukan didunia sahaja. ini hanya ujian semata-mata.

Tuhan manakah yang mengsahihkan al-Quran no.2?

apa yang penting kau selami mengapakah kalendar hijrah yang menggunakan fungsi bulan adalah bertepatan dgn Quran!
adakah ia bercanggah seperti yang didakwa sesetengah mereka ? tapi sibuk mencintai kalendar masehi sudahnya.. tapi menghentam kononnya ummah makin alpa dan dia lah yang beribawa,sunnah pula dia ejek dia ketawa...

Dalam minggu ada hari. Kerana seminggu melibatkan tujuh hari. Begitu juga apabila Bumi mengelilingi Matahari untuk satu pusingan, secara langsungnya ia melibatkan putaran Bulan terhadap Bumi.

kau selidiki mengapa manusia berkhatan ? adakah kerana israilyyat atau kerana sunnah dan kesihatan ?? adakah ia mengubah ciptaan Tuhan?? geli hati memikirkan hal ini.

Riwayat hadis tentang amalan berkhatan adalah Israeliyyat. Amalan berkhatan popular kerana ia telah menjadi budaya masyarakat dan bersifat dogmatik. Sebagai contoh, ramai muslim percaya bahawa Nabi Isa akan datang kembali padahal terang-terangan al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad adalah penutup bagi semua Nabi.

jgn bersedih jgn merana. Kebenaran tetap menyala, kesusahan diganti pahala!

usah segala benda kau mahu fikir dan rasa. walhal tawakkal adalah senjata utama! bukannya akal yang hanya sementara..

berhati-hati dgn Hadith sahih Nabi s.a.w! jika kau memburukkannya nescaya kau PASTI BINASA!
sedangakn Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dunia untuk orang islam adalah bagaikan penjara
YA! memang orang kafir berbahgia didunia! mmg merekalah yg jd penguasa!

Al-Quran adalah al-Furqan, iaitu pembeza antara benar dan salah. Riwayat hadis sahih mana yang saudara maksudkan? Riwayat hadis yang menyatakan baginda telah tidur dengan sembilan perempuan pada satu malam? Atau saudara tidak dapat menerima hakikat bahawa baginda bukan malaikat?

Namun igtlah hafiz!!
itu bukan ukurannya. bukanlah disebabkan ada Hadith sahih menyebabkan Ummah ini merana dan kecewa. sememangnya itulah takdir yg Esa. Menguji dan memberi dgn Ujiannya. sedarlah inilah yang Nabi s.a.w kata! tidak pernah Baginda menjanjikan KEBAHGIAAN DUNIA pada kita seperti yg diidamkan olh sesetengah manusia! mereka berkata-kata bangsa yang mencipta ipod, dan komputer mcm amerika itulah yang maju dan popular, sdgkan ummat islam makin alpa. binasalah mereka. mereka tidak sedar akan kebenaran yang ada tapi hanya mampu mensajikan mengapa adanya rejam selepas ditangkap zina ? mengapa perlu buka puasa waktu maghrib ? mengapa ? mengapa ? mengapa ?
usah bertanya jika kau tidak mampu menerima. usah bertanya jika kau fikir kau sajalah benarnya..

Saudara berhujah seolah-olah ayat al-Quran bukan keluar dari mulut baginda?

jika sangkaan ku benar. maka mungkin kau akan lihat islam makin berleluasa di dunia! jika ini terjadi pujilah yang Maha Esa!
usah mencari salah Nabi Muhammad s.a.w pula!

usah sibuk mengejar dunia kerana kau akan menyesal dan kecewa.

'Nabi Muhammad' versi mana yang saudara maksudkan? Versi Shafie atau versi Maliki? Atau versi Wahabi?

benar kata ayahmu utk belajar bahasa Arab. belajar Arab Fusha kerana ia tidak digelar Arab klasikal. jangan nnt belum boleh ucap dalam bahasa arab "saya mahu ke toilet" tapi terus nak karang terjemahan Kitab terakhir dunia! kelakarnya!
semangat tanpa pemahaman akan merosak binasa mengundang bencana.

jika kau geli mencelupkan sayap lalat yng mati atas minumanmu untuk kau telan usah Nabi pula kau salahkan!

Membebel?

Akhir kata, Hadith sahih bukan perkara biasa. bukan fakta pupus dan bukan perosak agama.
Tanpa Hadith maka manusia akan terjemah agama dgn suka-suka hati mereka! kalau xpercaya.. Bukti ada didepan mata!!
Semoga Allah s.w.t mengurniakan bapamu seorang isteri yang baik dan yang taatkan Allah dan Rasul-Nya! dan menjadi ibu yang mengasihani dan mendoakan kau sentiasa.
semoga kau membesar sebagai anak yang mendapat hidayah dan rahmat-Nya dan menjadi anak yang membahgiakan ayahmu. InsyAllah.

-MuhdAbdillah-

Terima kasih kerana mendoakan kebaikan kepada bakal anak saya. Riwayat hadis adalah bukan benda bernyawa. Manusia yang bernyawa, dan manusialah yang melakukan kerosakan di muka bumi.

Wallahualam.

No comments: